Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 21, 2018

Short Getaway 2018 - Pulau Tuba/ Pulau Dayang Bunting, Langkawi ------ Final part

Stress tengok muka bak dayang senandung (merujuk kepada kenyataan zilah dan ika).. Memang dayang senandung pun.. Dah pakai mask, pakai essence, lotion and apa2 jela produk innisfree yang ada tetap masih dayang senandung.. Walhal waktu kat langkawi haritu cuaca panas masa hari first je, lepas tu redup dan hujan sepanjang masa.. Pulak tu, masa kat sana muka saya langsung tak nampak ciri-ciri akan tanned sebegini, muka cik ela memang jejak kaki terus sunburn teruk tahap tak boleh pandang cermin...Tapi, cik ela konfiden dia tahap extreme, kalau gambar tak cantik bukan nak salahkan diri sendiri, tetap nak salahkan aku, padahal aku snap berpuluh kali setiap pose... Tetap, tetap dia salahkan aku tak pandai ambik gambar.. Still, dia nak kata dia terer ambik gambar aku, tapi aku tak terer ambik gambar dia.. Lastly, dia terpaksa terima kenyataan, model memainkan peranan untuk sesuatu gambar kelihatan menarik, kahkahkahkah... Cik ela, whatever rupa bentuk gambar sekalipun, hang tetap cantik in REAL, kita kena terima kenyataan, kita kena kuruskan badan, moh ler kita buat group whatsapp kita berdua, GROUP okay, supaya kita terasa semangat berpasukan.. 


Cik Ela ni, tak sempat nak post entry pulau tuba sampai habis, dia tengah bersukaria dekat Bangkok sekarang.. Kan dah kata, pantang lambat sikit, konfem minah tu dah fly tempat lain.. Astro memang suka staff jenjalan sebulan 2x ke??? Astro sila kaji SOP... jeles ni, jeles!!!!!


Moh ler kita throwback semula ke Pulau Tuba..


11.01.2018 (khamis)

Lepas subuh, cik ela siap-siap nak kejar sunrise.. Saya tarik selimut sebab nak nikmati suasana pagi kononnya.. (konon-konon kat kampung lagi cantik sunrise, padahal sayang nak tinggal katil).. 

Cik Ela balik je dari tangkap gambar sunrise dekat jetty depan resort terus beliau berbangga dengan hasil tangkapan.. Saya malas nak layan., sebab dah start lapar.. Saya ni celik je mata, memang kena terus breakfast, kalau tak memang semua benda akan nampak tak menarik. Dasar kan, pastu mengadu gemok...

Kami dengan tak mandi terus bersiap dan seberang jambatan pemisah pulau tuba/pulau dayang bunting, untuk cari kedai makan.. Pagi-pagi tak banyak kedai makan yang dah buka.. Ada satu kedai buka dekat depan sekolah menengah/masjid tuba.. So, kami singgah makan roti canai dan nescafe ais.. Sedapnyaaaaa

Then, kami pusing-pusing usha budak-budak merentas desa (padahal nak usha cikgu-cikgu, sebab semalam jumpa ramai cikgu hensem tengah escort budak merentas desa).. Menariknya pagi ni budak-budak sekolah rendah yang merentas desa.. Comel gila..

Untuk ke Pulau Tuba, kita kena merentasi satu bukit yang tinggi.. Semput jugak la motor kami, maybe salah satu sebab adalah kami  naik motor kriss, pick-up slow (tak nak mengaku sebab kami terlebih muatan berat)... Minyak habis sebab sini la.. Jenuh press minyak, berkepul asap, paling sakit hati bila tengok motor lain selamba potong motor kami.. Hahaa

Kami pusing-pusing tangkap gambar... eh, cari gambar semua takdak la pulak
sebelum pergi cari makanan pagi


Lepas puas tangkap gambar dengan muka tak mandi tu, patah balik ke resort untuk mandi dan ready nak lunch.. Harini nak lunch dekat kantin sekolah yang kat depan resort...


nampak dak bumbung merah atas bukit tu, tu la sekolah rendah kat pulau dayang bunting.. student ada 56 orang je...
Lepas makan kat kantin, hujan turun.. Terstranded la pulak kat kantin sekolah tu.. sempat la sembang-sembang dengan makcik kantin, siap tahu la makcik kantin dulu kahwin dengan cikgu sekolah.. KAGUM okay!!!

Lepas hujan reda, kami balik bilik solat dan turun ke jetty untuk sesi santai.. Baca novel.. Sampai malam la membaca novel.. Sebab hujan lebat..


Pukul 10pm, tak tahan.. kami menggagau keluar.. Sekali warung sebelah resort buka, kalau tau warung ni buka awal lagi kami datang... 



12.01.2018 (Jumaat)

Kami terus mandi dan siap-siap lepas solat subuh.. Nak nikmati cuaca pagi kat jetty.. lepas tu terus cari breakfast kat Pulau Tuba pulak..Still makan roti canai.. lepas ni kena ambik homestay la pulak, boleh memasak.. Boring dah makan roti canai nipis nak mati kat sini... Balik dari makan saya sambung buat coloring pulak, ela macam biasa nap dekat bilik...







Tengahari kami ambik lunch ala carte dari resort.. Sorang RM45.. Okla.. 



Lepas makan, solat, rest kami keluar untuk ke mangrove pulak.. Mangrove ni satu bot RM180.. Since ada couple sebelah bilik nak join, sorang bayar RM45...



















Balik dari mangrove, lepas maghrib kami keluar nak cari dinner.. Sekali mostly kedai tutup.. Dah la sejuk nak mati bawak motor.. Cik Ela dok belakang pakai sweater sesedap rasa bagi arahan... Sejuk lain macam sampai tulang hitam... Angin laut sama kot... Sampai kancing gigi punya tahan gigil..


Malam tu, lepas dinner saya sibuk dok perabih ketam dan sotong lebihan siang tadi.. ketam tu langsung kami tak sentuh siang tadi.. Sayang nya nak buang. Ela konon-konon nak makan, sekali dia membuta.. Hampeh


13.01.2018 (Sabtu)

Final day.. 
kejap je rasa dah 4hari kat pulau ni..
Kami keluar breakfast dan pusing-pusing untuk kali terakhir.. Rugi pulak rasa sebab tak sempat nak makan mee udang yang femes kat pulau tuba.. 

BTW, Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran cik ela yang ke -13.. wow, muda remaja sangat
Tapi remaja lagi dah gemok... kahkahkah

Ini gambar pusing-pusing-pusing sampai habis bateri phone cik ela











Masa nak balik ke resort, kami meneroka sehingga ke pulau telok cempedak.. Best!!!

Then balik bilik, mandi lagi sekali, siap-siap and by 12pm, kami check-out
Tunggu bot, sejam lebih baru mai and kami selamat sampai ke jetty pekan rabu jam 2pm...

Mintak couple yang sebelah bilik (hasben dia mengajar dekat padang mat sirat, so depa park keta kat jetty) hantarkan kami ke Jetty Kuah.. Lepas saya selamat beli tiket, hand over birthday card cik ela, uber sampai, cik ela pun terus ke airport.. Dah 10 minit dalam kereta dia mesej bagitau baru dapat emel dari Air Asia flight delayed from 4.30pm to 7.00pm. Kalau tau awal, boleh la kami makan-makan dekat starbuck dulu sempena birthday cik ela.. Takdok rezeki!!!!

So, saya naik feri pukul 5pm sebab kalau naik awal nanti takdak sapa nak pick-up dekat kuala kedah.. MasyaAllah, ombak macam nak membunuh... terpaksa stand-by plastik hitam hat staff feri edarkan.. Nasib la sebelah seat saya kosong.. Rasa boleh bernyawa sikit, and saya duduk betul-betul tepi tingkap..

Malam tu sampai and overnight kat kuala kedah, rumah kakak.... 


Happy Birthday Cik Ela
Thanks sebab dah berkawan selama hampir 27tahun (Eh, tadi kata baru 13tahun)
Memorable sangat kan birthday kali ni (ke aku sorang je rasa memorable?)
Bestkan dapat kad dari aku..kihkihkih

No comments: