"Siapa Kamu Pada 5 Tahun Akan Datang, Ditentukan Dengan Siapa Kamu Berkawan dan Apa Yang Kamu Baca"
Friday, March 30, 2012
saya nak ke oversea
Thursday, March 29, 2012
cantik
But if he doesnt love you, it means that he is not in love with you
dapat tak? paham? tak paham?
maksudnya cantik bukan satu reason untuk orang fall in love. cantik itu perlu tapi bukan semua orang perlukannya.. cantik bukan boleh bagi orang makan, kecuali kau jual tubuh. Nak jual tubuh? taknak kan?
Jadi, kesimpulannya, bila kau cantik bukan bermakna akan ada lelaki yang tiba-tiba akan tergilakan kau.. maybe ada la yang gila, sebab orang tu kurang waras. Eh, bukan semua lelaki kurang waras ka dengan perempuan cantik. I guess yes. Tapi girls, kena la paham.
tah papa yang saya merepek... yang penting saya tau yang saya cantik. Lantak la orang nak cakap apa pun.
Cantik tu perlu yer kawan-kawan.
p/s: diusia 27 tahun baru aku kenal apa erti cantik.
Weken yang bermakna








Semalam adalah kenangan!!!!!!
Saya sekarang hampir setiap hari kol yon (dua sepupu saya
menurut kak nina yang kawen last week). Saya pun taktau pasaipa, tapi tiap hari
saya rindu. Haha. Ayat gedik nak mampos. Dulu sebelum dia kawen, suka hati saya
la nak kol dia time bila pun, samada saya nak kol dia sebelum subuh, sesudah
tengah malam or time dia tengah berak, i dont mind, tapi sekarang saya terpaksa
pikir banyak kali dan saya kena bayangkan dulu dia tengah buat apa time tu.
Tapi, last weekend memang saya sangat tersangat lah bizi. Dari Kulim-pokok
sena-Kuala Lumpur-Kulim. Jauh perjalanan, ramai yang saya jumpa, ramai juga
yang terjatuh hati..haha
23 Mac 2011
Malam sebelum tu, shira dan norita tido kat rumah saya. Saya
dah pesan awal-awal esok pagi kena bangun awal sebab saya nak kena kerumah kak
nora choc sesudah subuh (menurut kak nora) untuk ambik coklat yang saya order.
Saya order coklat tu sebagai hadiah kepada yon. Sengaja saya taknak beli
barangan untuk rumah sebab saya tau dia takkan duduk rumah sendiri lagi. For
this time being, dia akan duduk dengan famili dia atau famili mertua.
Petang tu, habis ja ofis hour, saya terus blah. Sampai
kampung dah nak magrib (time standard). Lepas isyak malam tu, saya berjalan
melenggang mak limah ke rumah yon. Dahramai dah orang kat situ. Menu yang lazat
(nasi arab lauk daging kambing) sangat menaikkan nafsu saya untuk melantak.
Wah, sodap eh. Lupa yang saya tengah dalam misi nak diet. Lepas makan, lepak2,
gosip2 dengan penantin terus kami mula berinai. Saya ni konon2 malu2 nak tolong
inaikan penantin, dok menyendeng kat sebelah penantin. Si penantin pulak, dok
sengeh2 kat saya dok suruh saya bubuh sekali. Saya kan pemalu, mana mau nak sua
tangan kat orang suruh tolong bubuhkan inai. Last sekali, saya cubit inai dari
jari penantin sikit letak kat jari saya. Dapat 3 jari. Ok la tu kan. Malam tu
dekat tengah malam jugak la, dalam 12 lebih baru saya jalan kaki balik rumah.
24 Mac 2012
Esok pagi selepas subuh, dah lepas cuci inai kat jari, saya
sibuk dok telek inai di jari. Dalam hati "bila la aku nak dapat pakai inai
full di jari tangan dan kaki". haha. Pukul 8.30 am, Qama kol sembang2
terus saya tak jadi sambung tido. Pukul 9 am saya dah start mandi dan bersiap
sebab pagi ni saya nak bawak penantin pi mekap. Pukul 10 lagi saya dok tunggu
penantin kol suruh bawak dia pi mekap. Last sekali pukul 11.45 am baru dia kol
saya nak suruh bawak dia pi mekap. Bayangkan dah nak dekat time makan baru dia
nak pi mekap. Haishhhh. Penantin ni. Dalam kereta, sibuk saya dok bersyarah kat
dia. Saya dok berleter sebab dia dah la penantin tapi sibuk dok nak sapu sampah
la, nak kemas rumah la, mengada betol. Tapi, salute la dengan pak andam tu.
Bapok tu mekap tak sampai setengah jam. Siap. Lawa lajugak, tapi sebab baju dia
kaler kelabu makanya, tak berapa nak naik sangat.
Pukul 1.00 pengantin perempuan sampai rumah. Kelakarnya,
time kereta saya nak sampai rumah pengantin, ada sorang pakcik naik moto dah
nak blah lepas makan kenduri, punya la dia terpegun tengok pengantin, mulut
ternganga luas macam dia sebut 'wwwwoooooooo'. Haha. Saya dengan pengantin
gelak macam nak pecah perot dalam kereta.
Pengapit yang cantik lagi bestari ini, menjalankan tugas
dengan sungguh dedikasi. Seminit pun saya tak duduk dengan pengantin, saya sibuk
entertain tetamu. haha. Tipu ja, saya sibuk dok jaga mekap saya takut cair.
haha. Yela, ramai tu dok usha2 saya. Maklumla, orang solo and available. Takpa,
yang penting apa yang saya nak buat, tercapai.
Tapi, dalam pukul 4 saya dah kalut-kalut nak bertolak. Pukul
3 lagi saya dah salam-salam dengan pengantin ala-ala syahdu sebab petang tu
saya nak tolak ke kl pulak untuk kenduri sahabat se uni saya. Sedih la, nak
tinggal majlis yon sedangkan majlis belum habis sepenuhnya, pastu esoknya waktu
majlis hantar pengantin saya tak dapat turut serta. Sedikit terkilan tapi yon
faham sebab dia pun kenal sahabat saya yang sorang lagi.
4.40 petang saya bertolak ke penang untuk kaut syana, meme
dan eju. Pukul 7 kami bertolak dari juru. Pukul 8.30 sampai tapah untuk kaut
yanie. Laju nak mampos syana pecut. Tapi takpa, kena speed trap dia yang akan
bayar. haha. Saya senyap je. Tapi dalam kereta memang hapening. Sampai pekan
rawang awal lagi, dalam pukul 10mlm, tapi malangnya, kami tersesat dalam bandar
rawang. Pusing2 u turn semua, patah balik ketempat yang sama. Si anem, yang dok
tunggu kami kat kl bagi arahan yang kurang tepat. Patutnya dia arah kami ikut
lebuhraya LATAR tapi maybe dia pun taktau samapaikan kami terpaksa mintak
tolong sorang brader tu tunjukkan jalan. Sib baik brader tu pun memang nak pi
ke pekan selayang maka, dia suruh kami folo dia. Tapi vios mana boleh ikut
moto, lepas dia selit-selit, hilang, tak sompat nak ucap thank. Kalau bro baca
ni (cewah, bajer retis) kami gadis-gadis jelita ucap terima kasih. Around 11
jugak la kami dapat jumpa anem kat wira damai. Dah jumpa, pegi makan kat area
gombak. boleh la belasah sebab dah kebulur sangat. Pukul 12 lebih jugak kami
blah dari restoran thaqwa.
Tengah malam tu, punya la havoc, bersembang tak ingat dunia
sampai pukul 3 pagi. Masuk bilik, saya bantai bergelak ketawa dengan yanie and
syana sampai pukul 4 pagi. Bersembang tak ingat dunia.
25 Mac 2012
Pagi esok, lepas subuh saya tido balik. Tapi tak lama, pukul
8 setengah bebudah ni sibuk dok bergelak ketawa menyebabkan kami bertiga pun
nak kena bangun join the korum. Lepas
bekfes semua, sambung gelak-gelak sikit lagi pastu bersiap. Pukul 12 kami dah
nak kena check out. Oh, kami dijanjikan akan duduk di homestay oleh anem dan
pengantin, sampai2 saya tengok bukan homestay tapi rumah flat. Malam saya
sampai tu, lepas ja tengok rumah waktu on the way nak pegi makan kat thaqwa terus
saya text anem yang naik kereta satu lagi “woit, ini bukan homestay..ini flat
ok..flat.. its not our taste” .. haha
Kampung pengantin, Kuala Lumpur.. its hard to explain. Nice place
but hard ti find if you are not orang kl sejati..bolehla.. tapi tempat dia
mantap. Kenduri sedap sebab makan nasi dan lauk yang maveles. Sedap siot. Tapi,
sure la kami ni sibuk nak bergambar sakan. Jumpa azrul n sahak. Sahak ja yg ok,
bagi saya azrul mcm non ok. Maybe sebab dia datang dengan someone dia kot.
Senyap seribu bahasa. Tak kisah la, asalkan masing2 bahagia.
By 3 pm, kami bertolak balik. Melalui rawang semula, tanpa
sesat. Sampai tapah semayang dan makan for the second round sebab dah kebuluq
semula... Saya sampai kulim dah pukul 10.30 mlm sebab pegi hantar vios adik
syana kat rumah adik dia dulu.. Penat tapi best..
p/s: lepas ni saya dah takmo jadi tukang makan kenduri
orang, saya nak jadi pengantin pulak..pls doakan yer
Monday, March 26, 2012
Happy
HORRRRAAAAYYYYY
mode: happy
p/s: kronologi weken yg best siot akan menyusul.
Friday, March 23, 2012
Dia sudah diambil
Thursday, March 15, 2012
Innalillah
Wednesday, March 14, 2012
Babies Aisyah

Baby ni nama Aisyah Humaira. Nak explain lebih2 pasal ecah pun tak boleh sebab den pun dah lama sangat tak tengok si aisyah ni. Kalau aisyah bam-bam anak zidah, den selalu la jugak tengok. Ecah anak syana ni nampaknya bukan untuk tontonan umum. Mak dia sorok dalam almari kain kot. haha. Baby aisyah anak zidah plak nama Wan Nur Aisyah. Anak zidah den tak mintak la plak gambar kat umi dia, tapi aisyah tu dah pandai tiru aksi orang. Macam nak gigit-gigit ja, geram sangat. Dah pandai buat muka macam-macam.
Ok la, orang takda baby macam den ni bukan berminat nak cerita lebih-lebih pasal baby. Maklumlah, feel seorang ibu tu takda lagi. Tengok baby pun takda feel. Teruk betul. haha
Tuesday, March 13, 2012
Rezeki seorang pelajar
TAHNIAH. ANDA BERJAYA.
syukur sangat2. Alhamdulillah. Namun, adakah saya perlu buat solat istikharah walaupun ini adalah berita yang saya tunggu hampir 2 bulan. Mestilah ya.
Allah membantu saya. Terima kasih.
Ada seorang sahabat yang saya sangat nak berterima kasih, pelajar phD school of technology industry sebab sangat menyokong saya.
saya dah tau apa eju akan cakap,
"dayah, jangan malas2, rajin2 datang USM, rajin siapkan proposal, rajin masuk library, rajin bertanya"
pendek kata, nak hidup memang kena jadi rajin...
weekend yang bermakna
Aman kan pagi selasa datang ofis time cuti sekolah. Actually saya dari kampung pagi ni. Cuti 3 hari, memang menghiburkan dan mengamankan perot la kali ni. Dari kenduri kahwen, tengok baby and last sekali kenduri kawen semula. Musim cuti sekolah, musim orang kahwen, pastu nanti musim orang timang baby bersama-sama. Untuk yang bujang macam saya ni, jadi tukang hepi bersama pun dah cukup seronok dah.
First sekali aktiviti sabtu tu, saya konvoi balik alor setar dengan marni and izzati (down from Ipoh). Kenduri sahabat baik saya, Doktor Sairah (medical Dr). Sahabat baik semenjak dari sekolah menengah. Teman belajar dan bergaduh kat sekolah dan asrama. Minah ni sangat gangster kat sekolah. Geng kami selalu dapat sticker merah dari kakak senior sebab diorang tak puas hati dengan sairah (tapi satu geng dapat note amaran tu, mana aci kan). Sairah ni ketua kadet polis yang hebat daerah alor setar, pastu pengawas sekolah yang digeruni dan macam2 la jawatan dia yang orang nak bagi tapi biasa la, orang low profile mana pandang jawatan2 macam tu. Haha. Tapi sebagai seorang sahabat dia, saya tau dia adalah seorang yang dalam hati ada taman. Mana taknya, saya kalau tengah bersedih atau terkilan akan senyap ja dan lama2 rasa tu akan hilang, tapi kalau tiba2 minah ni datang hug lama2, memang air mata tak boleh berenti. Saya tak boleh kalau orang tunjuk simpati, kuat dan tabah tera mana pun, mesti jadi sangat lemah. Dia ni suka la nak tunjuk simpati lebih2. Walaupun zaman sekolah dulu orang cakap kami lesbian, haha, tapi itu Cuma gosip-gosip liar untuk pelajar sekolah perempuan semua. Semua orang pun tau, dia memang antara top scoorer zaman kat sekolah lagi. Kami tetap stay kat Sultanah Asma even result PMR masing2 straight As sebab nak ambik SPM sama. SPM dia 10As, tapi saya takda la sehebat dia. Pastu saya ambik kimia kat USM dan dia just nak sambung medic kat UM. Malas nak gi oversea katanya. Bila dah bekerja, boleh plak dia menyesal ambik medic dulu sebab kerjaya sebagai seorang doktor amat memenatkan dan gaji tak selebat mana menyebabkan gaji tu tak mampu nak bayar semula kepenatan tu. Maka, dia mula menjadi doktor dan menjadi businesswoman. Hebat gila doktor ini. Setakat ni dah ada perniagaan cyber cafe dan tengah berniaga pasir. Husband dia engineer, sebaya dengan kami tapi dah benti kerja sebab nak tumpukan pada business diorang. Dia dah benti kerja sebelum diorang bertunang lagi, sebab tu sairah ni setia gila kat mamat tu. Banyak pengorbanan si Ayie ni untuk melihat sairah gembira.
So, MEDICAL DR + ENGINEER = BUSINESSMAN + BUSINESSWOMAN
Anak-anak korang nanti, suruh la pilih nak jadi yang mana satu.. pening kot nanti anak nak tulis mak and bapak dia keja apa. Haha
For Dr Sairah Zahir, semoga perkahwinan hang kekal selamanya dan ia takkan menjarakkan ikatan persahabatan kita. Thank you for this 15 years of friendship. Aku sangat menghargai.
Then esoknya, hari ahad tu, saya ke pendang. Melawat anak Dina dan Zahir. Boboy nama dia, saya yang bagi. Nama betul Ahmad Zikri bin Ahmad Zahirani. Bakal anak doktor phD. Boboy kalau lahir lepas abah dah konvo baru boleh letak nama Ahmad Zikri bin Dr. Ahmad Zahirani. Kesian kat boboy, kena jaundice yang tinggi. Terpaksa stay kat hospital lebih kurang 8 hari. Tapi takpa, mama Dina sanggup tunggu kat sepital walau lama macam mana pun. Macam anak jepun kot. Comel gilos. Just bagi baju yang tak seberapa tanda kenang-kenangan dari saya dan Dr Istikamah. Saya Cuma ada gambar baju ja, gambar baby tak capture plak aritu sebab terlupa henfon dalam kereta comel kesayangan. Haha. Teruk kan auntie ni. Takpa, auntie sayang zikri.
Then isnin (ponteng kerja), saya bawak mak and kakak ke felda teloi, dekat dah dengan ofis. Ada kenduri sedara yang saya pun takda la kenal sangat. Tapi menurut parent saya, ini adalah sedara dekat. Ada 2 pasang pengantin. Barakallah. Semoga nanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya tak sempat nak bersalam dengan pengantin, sebab biasalah, semua orang nak bergambar dengan pengantin. Makanya, pengantin adalah teramat sibuk melayan kerenah paparazi dan mamarazi.
p/s: untuk mama Qama, nenek kedah dah buatkan tilam baby, bantal peluk baby dan bantal tidur baby. Dah siap. Kena sampai ke tangan tuan empunya baru boleh upload gambar. Paling lambat semua tu akan sampai ke shah alam next week. Nanti uncle mizi bagi yer. Semua nenek yang buat, kakak Cuma tolong sikit2, satu bantal kepala dan bantal peluk yang bulat sebab terlalu banyak kekabu tu kakak la yang buat tau... peluk cium untuk mama baby..hehe
Friday, March 9, 2012
Trip Cameron

















hello-hello-hello
officially open this blog to peminat-peminat tercinta... ceewahhh
kata kawan saya: ko ingat ko retis?
haha, ko tak tau, retis tu type pemalas tahap dewa. bukan betol sangat apa yang depa tulis tu..
next: cerita cameron
p/s: tadi bakal isteri engineer yang merupakan seorang doktor, kol.. ada ka patot pi tanya saya sapa yang nak datang kenduri dia esok.. tunggu la mokcik oiiii..