Yuhuuuuu
Wah, lamanya tak
update.. salam ramadhan.. ramadhan sudah hampir ke pertengahan.. pantas betul
masa berlalu, sangat tanpa disedari. Daripada anak bulan sabit hingga kini anak
bulan dah hampir separuh, cepatnya la hai detik demi detik, saat demi saat
berlalu seperti pelari pecut.. tak larat den nak ligan. Den dah la lagi sebulan lebih umur nak bertambah, berat pun bertambah (wah, bangga nya).. berat adalah satu jenis indicator untuk menggambarkan kebahagiaan hati den.. eh, bukan hati saya sudah dicuri tapi den rasa hati den ada tarikan elektrostatik la.. hai la hati, kamu sangat kimia, macam tahu-tahu ja yang den ni chemist sejati. Bukan macam filem dejavu tu, apa tah kaitan jantung dengan tarikan elektrostatik..
Untuk ramadhan ini,
saya langsung tidak menetapkan sebarang target.. tiada target berapa juzuk nak
dihabiskan, tiada target masjid mana nak diimarahkan, tiada target berapa bajet
untuk berbuka, tiada perancangan yang rapi seperti tahun2 yang lepas.. Saya
ingin melalui ramadhan ini seikhlas yang mungkin, dan alhamdulillah, saya rasa
ramadhan ini sangat menenangkan.. saya melalui seadanya, melawan perasan malas
yang sentiasa bermaharajalela, perasaan malas yang dikatakan ibu segala
penyakit, penyakit malas yang tiada ubat, bagi menjadikan ramadhan ini kenangan
yang terindah.. Mana la tau kot-kot tahun depan saya akan melalui ramadhan ini
bukan lagi keseorangan..perrrggghhhh, ayat takmau blah..
Malam 2 malam yang lepas (malam kemarin la), saya,
hosmet dan collegue berbuka di nasi kandar pelita, hasil saya mengidam. Mengidam ni nak makan LINE CLEAR.. dulu2 rajin jugak berbuka kat line clear.. nak kena pi nih minggu last ramadhan..Then,
saya dan shira ke masjid kulim. Habis ja solat isyak sebelum bangun untuk solat
terawih, imam umumkan “rakaat pertama ini akan ada sujud sejadah”.. berdebar
pulak rasa hati nak mulakan rakaat pertama.. sebab: LUPA dah macam mana sujud
sejadah.. TAHU tapi tak pandai..
Mengingatkan saya
pada solat jemaah pertama saya di masjidil haram.. saya dan jemaah lain
disambut pada pagi subuh itu dengan sujud sejadah. Betapa jahilnya diri. Kata
agen agensi, “ingat nanti imam baca surah dan ayat apa, kerana itu adalah
reflek kepada diri kita. Ada sebabnya kita disambut dengan ayat yang imam baca,
sebagai peringatan kepada kita”.. dan pagi itu, saya terasa sangat la jahil..
TAHU tapi tak pernah buat.. last buat sujud sejadah zaman sekolah menengah kat
asrama, waktu solat subuh pagi jumaat.. Ya, itulah ingatan yang sangat sadis
untuk saya.
So, semalam memori
2 bulan yang lepas kembali menggamit memori. Semoga Allah menjemput saya lagi.
Eh, dan kamu juga..
Oh, lama nya saya
abondoned kan blog ni. Semua sebab masalah teknikal. Gerammmmm..grrrggghhhh..
tak sempat la nak update pasal perjalanan yang indah ke gunung yellow-pass..
pendakian yang mungkin terakhir saya bersama dia.. lepas ni, andai kata ada kawan perempuan yang nak pegi, baru la saya boleh join.. haish la kawan, bergembiralah kamu
bersama pemilik sebahagian lagi pelengkap hidup kamu. Doakan saya juga
ditakdirkan melalui fasa yang indah dalam hidup ini bersama insan yang sangat
istimewa. haha.. vocabulary saya semakin bagus ni, nak tulis novel la pasni.
Semalam berbuka kat rumah saya.. menu utama yang saya masak adalah murtabak megi special,.. dah lama nak masak tapi takut takda orang makan, rupanya ditakdirkan saya masak benda tu untuk menjamu orang berbuka.. Sebabkan kita masak bulan puasa, sedap ka tak sedap ka mesti la orang kena puji sedap.. hehe.. tak puji sedap, siap la kamu2 semua tu.. Agaknya dah jadi tradisi akan ada jamuan berbuka dirumah saya..
Apa lagi eh, erm.. cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja... haha.. suka la lagu tu.. eh, dah cukup la.. bye...
Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga beroleh barakah semua.. ya, saya tujukan untuk kamu, tak payah la nak toleh kiri kanan, memang khas untuk kamu... kamu la...
4 comments:
takperlu vocab yg bagus utk mula menulis novel. tulis saja. mcm faizal hussein. yg penting, telus dan iklas. hihi.
bahasa faizal hussein tinggi sangat.. takpa la sebab dia tinggi.. i kan rendah dan comel ja (sambil kelip2 mata)
u dh baca ka buku dia? bahasa paling direct. tade belit2 mcm u. haha.
tulih panjang2..isi dok sama lagu tuh...pi mai pi mai tang tuh jugak la hang nih...keluaq la skit pemikiran budak sekolah tuh..
Post a Comment