Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, December 7, 2012

misteri jodoh

Cepatnya masa berlalu, dah nak habis tahun 2012.. eh, masih ada lagi hampir 23 hari.. tapi, rasa macam dah tak cukup tanah nak siapkan keja labwork yang ber"lambak".. abaikan, yang penting gembira dan bahagia itu penting.. labwork tu pikir time nak tido malam ja..haha
 
 
lately rasa macam tak banyak benda yang bermain dalam otak.. hurm, adakah sel-sel otak semakin merudum potensinya, atau adakah dah tak banyak benda menarik yang berlaku dalam hidup, tapi series rasa mendatar ja.. maybe, terlalu menghidu banyak chemical toxic menyebabkan sel-sel otak yang bagus di uninstall menyebabkan hanya sel-sel yang moderate ja berfungsi.. oh, my kebijaksanaan berkata-kata.. mungkin juga hasil usaha kuat untuk menjadikan diri seorang yang mengabaikan keliling dan hidup dengan kata-kata indah hasil ciptaan sendiri dengan sentiasa memotivasikan diri bahawa segala tindak-tanduk adalah tepat dan berasas.. lantak la apa nak jadi dengan orang lain, yang penting diri sendiri bahagia dan badan sihat dan 'berisi'.. argghhh
 
 
dah tau kenapa sel-sel otak kurang mempamerkan aksi yang cemerlang, tak pi shoping lagi sepanjang 2-3 minggu ni... damn..
 
 
 
sapa tengok semanis kurma last week, tajuk dia "misteri jodoh".. menarik kupasan dia sebab dia bagi contoh yang senang nak paham dan nak hadam serta diterima oleh ahli sains seperti saya.. katanya, tajuk misteri jodoh bukan sahaja sesuai untuk orang yang single mingle macam saya tapi juga sesuai untuk yang sudah berkahwin sebab hanya Allah ja yang tau adakah pasangan anda adalah jodoh anda yang terbaik.. well, baik korang doa banyak-banyak sekarang moga-moga dia adalah jodoh yang misteri tu.. kata Dr Rubiah, Khadijah adalah menjanda 2 kali barulah ditemukan dengan jodoh yang sebenar yang merupakan seorang kekasih Allah. Kata Dr Rubiah lagi, khadijah walaupun sudah berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan nabi Muhammad, namun dikurniakan 7 org anak, dan Rasulallah tidak pernah berpoligami sepanjang berkahwin dengan khadijah. Itula jodoh yang sangat misteri. Macam juga Saudah, yang bapanya nak kahwinkan dengan saidina hamzah tapi akhirnya berkahwin dengan Rasulallah.. wah, misteri kan.. kalah misteri nusantara yang ada awan ke asap kepul2 tu..
 
 
eh, tetiba tahap kecermelangan otak dah kembali ke tahap asal.. ok la, nak sambung siapkan report..
 
 
nak tepek satu gambar...
perasan tak ada tanda yedey kat dahi.. hasil bekam.. macam alim pulak ada tanda kat dahi...

3 comments:

yadeyyy said...

sapa kata alim kena ada tanda kat dahi?????

Fazira Albaijure said...

hihi. nk ulangsuara soalan di atas;

bole cik pinky jelaskan apa maksud cikpinky dengan statement: macam alim pulak ada tanda kat dahi...

terima kasih :P

Norhidayah said...

minta maaf ye cik fazira. Tak tau la, kat sekolah dulu kawan2 i ckp mcm tu...