Ada satu peringkat tu, saya rasa
sangat bimbang sebab asyik disogok bahawa negara sedang mengalami kemerosotan
ekonomi. Risaunya takut tetiba tiada bekalan makanan, ataupun perintah
berkurung atau tetiba helikopter tentera asyik berlegar-legar atas kepala (macam
filem-filem dokumentari pasal perang dunia).. Tambahan pulak time tu, berita
bahawa malaysia ni sangat banyak hutang, banyak corruption, macam-macam lah
sampaikan saya ni terbayang-bayang adakah sempat merasai tahun 2020. Tapi, bila
tetiba kerajaan dengan senang hatinya memberikan bermacam-macam imbuhan kepada
rakyat, wah, bagus kot ekonomi sekarang. Sampaikan belia pun dapat imbuhan.
Kaya nya negara saya (hurm!!).. Malangnya, kalau difikirkan logik akal, apala
sangat imbuhan (bukan tak pandai bersyukur) jika dibandingkan dengan kenaikan
harga barang yang tersangatlah tinggi. Saya semakin tak faham, apa relevan
perkara yang sedang berlaku sekarang. Jadi, sebagai belia yang tidak merasa
imbuhan tersebut, saya Cuma mengambil sikap, abaikan sebab tak bersangkutan
dengan saya. “Bukan rezeki aku” very cliche. Memandangkan orang-orang yang
membuat keputusan untuk memberi imbuhan juga adalah orang-orang yang
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kenaikan harga barang, maka semestinya
mereka juga adalah orang-orang yang pakar dalam bidang ekonomi. Jadinya, saya
beranggapan baik, mesti mereka sudah merangka yang terbaik untuk rakyat..
hopefully, walaupun hakikatnya kita dan keluarga kita yang menanggung akibat
daripada sikap “terlepas pandang” mereka. Beratnya beban akibat kenaikan harga
barang, namun bertuah berada kat Malaysia, tiada sebarang demonstrasi akibat
kenaikan harga barang yang tinggi. Sedangkan saban hari media mendedahkan
bahawa kerajaan sangat-sangat mengambil berat hal ehwal rakyat. Beratus juta RM
disalurkan kepada angkatan keselamatan sebagai imbuhan kepada mereka, kepada
orang seni, kepada badan-badan tertentu, dan kita terus rasa berada dalam satu
negara ber”kebajikan”. Harga barang tinggi weh.. Bukan harga rokok yang tinggi,
harga barang makanan sangat tinggi.. Salah siapa sebenarnya? Saya sebagai
rakyat yang tak pernah bersuara sebab mengandaikan saya sorang yang tak
berkemampuan atau orang-orang tertentu yang tak fikir tentang kepayahan
golongan berpendapatan rendah demi memenuhi impian sewaktu kecil mereka
(menjadi jutawan, sebab kena buat karangan “apa yang kamu akan lakukan andainya
mempunyai RM 1 juta”.. tetiba rasa macam sistem pendidikan salah, haha) Sekali
lagi, sebagai rakyat yang akur kepada pemerintah, mesti lah saya Cuma berdiam
diri dengan slogan ‘saya yang menurut perintah’..
Art Of Deception? Tak pernah
baca? Tapi mesti ramai yang dah khatam buku ni? Penulis buku ni kata, rakyat
amerika bodoh sebab dah tau kezaliman amerika tapi still ikut ja telunjuk
kerajaan kerana apa yang kerajaan amerika lakukan selama ni tak memberi impak
kepada mereka. Bodoh? Hanya orang bodoh yang boleh berada dibawah pemerintahan
yang bodoh kan. Baca la buku ni,
pembongkaran bencana 911 (11 september 2001).. Saya baru form 4, mengapa kena
guna istilah BARU, haha, waktu WTC dan pentagon musnah, makanya apa yang
diberitakan mestilah saya percaya 100%. Biasa la budak form 4, honeymoon year,
baca novel adalah kegilaan utama, jadi malas nak ambik pusing dengan
perkembangan dunia. Eh, agaknya saya masih lagi dalam sindrom form 4 kot,
sampai sekarang pun masih malas nak ambik pusing apa yang berlaku kat luar.
Kalau korang pun malas nak ambik pusing, maksudnya korang pun masih dalam
sindrom form 4.. Tapi 3,4 tahun lepas orang dah semakin berani cakap 911 adalah
hasil angkara Amerika sendiri, tapi tak taula kenapa takdelah heboh pulak kat
media kita kan.. eh, ke aku yang tak pernah dengar berita??? Mungkin chanel media
kita pun dah jadi mcm CNN, ABC, CBS, FOX dan mcm2 la kroni2 yang terlibat dgn
911? Baca la buku tu, rasa macam, eh kenapa macam baca novel pulak ni.. macam
baca novel english pasai ahli sihir yang bijak. Kita ni yang membaca ni rasa
geram sangat, kenapa la orang-orang yang kat sekeliling tu tak tau yang ahli
sihir tu jahat. Rasa macam nak pegi bunuh ahli sihir tu. Hah, itu la rasa bila
baca buku tu.. baca la, dia ada malay version. Sebab New World Order sedang
rancak maju seiring dengan objektif mereka. Betapa kejamnya Israel untuk
menakluk dunia dengan membunuh orang Islam. Kejam sangat, demi membusukkan nama
orang islam dan untuk menakluk negara-negara yang hebat macam Iraq, Afganistan,
Somalia, syria, Mesir, Bahrain, Yaman, Sudan dan banyak lagi, mereka sanggup
memusnahkan bangunan yang bersejarah dalam negara sendiri dan memperbodohkan
rakyat negara sendiri.. Oho, jangan lah ini yang sedang berlaku dalam negara
saya dan saya adalah boneka yang menonton tanpa memahami apa yang sebenarnya
berlaku.
Cer fikir fikirkan...
Sejak dua menjak ni, selalu
terpikir, apa la achievement yang saya dah capai yang boleh dibanggakan oleh
diri sendiri.. Hurm, macam tak ada apa sangat..
KERJAYA.
Some people kata orang yang berpandangan jauh dia takkan stick dengan satu
company tu lama2.. maybe after 4 years dia perlu lompat kerja, mungkin
juga dia melihat sistem pilihanraya sebagai based kot. Negara kan akan
membubarkan parlimen setiap 5 tahun sekali. Eh, 4 tahun ke 5 tahun, tak
sure pulak. Tapi ada orang kata, kita perlu komited dengan apa yang kita
buat dan mengabdikan diri dengan sesebuah company supaya kita dikira sebagai
setia dan komited. Hurm, well susah nak pilih which one the best opinion
sebab siapa kita ditentukan oleh siapa kawan-kawan sekeliling kita dan
buku apa yang kita baca kan? Tepuk dada, tanya la kocek masing2.. Maybe
kalau lompat-lompat kompeni boleh manambahkan ketebalan kepingan biru
kehijauan didalam kocek kita, mesti lah kan!!! Tapi saya masih lagi di ofis
yang sama for almost 5 years. Yer, sebab tu lah kena pikir semula ni sebab
sudah sampai tempoh parlimen akan dibubarkan.
Lagipun kat workstation saya ada satu quote yang baik punya "I Love Work, it gives me something to do between weekends"
KEWANGAN..
Mana ada orang simpan duit lama-lama jadi bukit..
KENDERAAN..
Viva hitam masih menjadi pujaan hatiku.. baru halfway bayar loan, ada lagi
separuh jalan.. adoyaiiii.. viva tu dah berjalan jauh dah..pembakar
semangat menjadikan tuan nya lebih berani.. kawan-kawan USM sangat
mengagumi viva tu sebab dah banyak jasa. Walaupun sahak dah bertukar dari
kancil ke viva ke nissan x-gear, saya masih setia dengan viva hitam itu..
Its ok Hidayah, awak kan setia dengan yang satu..
KESIHATAN..
Alhamdulillah, mungkin formulasinya adalah “ minum susu ibu anda jadi
sihat dan kuat” serta gagah macam saya.. Rindunya dengan outdoor activities.
KEAGAMAAN..
Masih perlukan banyak improvement dan istikhamah.. Iman, ada naik turun..
KAWAN-KAWAN..
by 2014 kalau saya masih belum kawen, saya akan menjadi bujang hot..
mostly semua kawan2 bujang akan kawen tahun ni.. Jadinya, ruang lingkup
saya lebih mengecil sebab dah tak banyak kawan nak melepak macam zaman
bujang2 ramai-ramai dulu.. Takpe2, hidayah jadi bujang hot la syok..
(agaknya).. 2013, tak banyak perancangan saya.. Mungkin saya merancang
untuk 2014.. woi, 28 dah ok this year..
KELUARGA.. masih dalam perancangan..
bukan perancangan kedua-dua belah pihak macam artis selalu bagi alasan..
saya masih lagi tahap perancangan diri sendiri.. membina keluarga bukan
macam membina kerjaya kan, tak selesa boleh lompat-lompat.. Walaupun bukan
berada dalam zon usia selesa untuk membujang lama-lama, tapi saya selesa
memikirkan it takes 2 to tango.. kalau tak pandai menari jangan la menari,
takut pinggang terseliuh, parah akibatnya.. Anak sedara saya kata, sebelum
kawen kena dapatkan rawatan di 3 tempat yang popular iaitu Yun Nam
Haircare, London Weight Management dan New York skin Solution.. haha..
Budak tu memang, saja nak tunjuk pandai depan budak bijak. Well, after
pelamin anganku musnah haritu, saya mengaku agak berhati-hati walaupun
kadang2 agak tergelincir dari landasan yang benar. Kita belajar dari pengalaman,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Kamon hidayah,
fighting!!!
Eh, apasal
macam panjang lebor pulak ni. Ok la . Babai.
No comments:
Post a Comment