Assalamualaikum..
Akhirnya dah boleh recover kekecewaan keputusan pilihanraya, yelah bukan saya mengundi sensorang.. Masing-masing ada pilihan hati memasing.. Kalau tak kecewa dengan keputusan pilihanraya, maksudnya saya tak normal, honestly hari senin tu rasa kurang bersemangat sekejap. Walaupun keluar jumpa kawan-kawan lama, sebab memasing balik mengundi, tapi tak excited macam selalu.. Walaupun bukan saya yang bertanding dan walaupun Pokok Sena parlimennya masih milik PAS tapi tetap mendung dihati mengenangkan Kedah bertukar pentadbiran. Sudah lah hidayah, semua orang dah angkat sumpah dah, gaji depa semua pun dah start bejalan..
Selama ni, saya tertanya-tanya apa yang terjadi bila orang ramai turun berhimpun semasa BERSIH. Kat TV3, situasi yang dipaparkan macam kecoh benar, macamkan yang turun BERSIH tu samseng-samseng belaka. Dan bila anak-anak sedara sanggup turun ke KL untuk BERSIH 3, rasa tercabar pulak sebab makciknya tak tau apa-apa pun. Ala hidayah, macam mana nak cerita kat anak cucu nanti? So, bila 11mei ada perhimpunan rakyat dekat Stadium Batu Kawan, bersemangat saya dan syazana menempuh jem nak sampai ke sana. Park kereta betul-betul sebelum pondok tol PLUS Batu kawan, dan kami berjalan kaki hampir 8KM. Jauh tu.. Dengan ramainya manusia, cina india semua ada, yang takda Cuma bangladesh,, saya ingatkan bangladesh pun rakyat malaysia!! Perasaan waktu nak mula berjalan tu, berdebar, takut ada rusuhan macam yang TV dan paper dok tulis.. Tapinya situasi yang berlaku sangat berbeza, semua orang bersatu, takda langsung bising bergaduh, takda orang kena raba, takda dompet kena curi, takda poket kena seluk, takda langsung.. Semua berjalan dengan kibaran bendera dengan laungan REFORMASI. Apa yang ada lagi? Apa yang saya nampak?
1. Bangsa cina paling ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan ini sambil mereka membawa anak-anak yang masih kecil
2. Melayu cina dan india sama-sama menyusun moto supaya tak mengganggu lalulintas
3. Sangat berterima kasih dekat mamat cina depan syazana dan belakang saya yang sangat menjaga keselamatan saya dan syazana sewaktu kami merangkak atas paip air sepanjang hampir 100meter. Mencabar sangat time ni sebab kat atas jalan sesak sampaikan crowd langsung tak bergerak, terpaksa la kami memanjat tembok paip.
4. Semua orang boleh berbalas senyuman dan menunjukkan tanda bagus (LIKE)
5. Tiada perselisihan faham dan tiada pergaduhan langsung
6. Rasa tak rugi join walaupun kalau fikirkan baik duduk rumah tengok running man, tapi saya positifkan diri, saya tak boleh harapkan orang lain yang UBAH..
7. Ada sorang mamat cina hensem bawak bendera PAS dan saya ada gambar dengan dia.. Yeay
8. Saya dan syazana ambik masa 2 jam untuk berjalan ke stadium. Merangkak, menggelosor dan jatuh dalam lubang... tapi pengalaman yang berharga..
9. Ada beberapa buah treler yang menghalang lalulintas menyebabkan ramai yang terstuck tak boleh balik dan ada yang terpaksa pusing jalan jauh, akibatnya kami sampai rumah pukul 3.30 pagi... The Sun laporkan beberapa buah kereta dipancitkan tayar..
10. Waktu kami tengah berjalan ke stadium, beberapa batang lampu jalan ditutup dengan sengaja, menyebabkan masing-masing terpaksa menggunakan lampu henfon (jalan ke stadium adalah kawasan kelapa sawit-gelap gulita kalau takda lampu jalan).. Wallahualam, tak tau la sapa yang nak main-main..
11. Kami telah buat kerja gila balik dari Valdor ke bukit mertajam menggunakan laluan Bukit Lengkok original pada pukul 3 pagi... –nasib baik waktu lalu tu saya taktau sejarah jalan tu, serammmm..
12. First time saya dengar DS Anwar berucap secara live.. Agaknya beliau sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin- sementelah ada beberapa orang pensyarah mengatakan dia adalah seorang ilmuan dan ada seorang ahli politik parti kati mengatakan beliau berkarisma sebagai pemimpin.. Yup, totally agree.. Walaupun saya ke stadium bukan kerana saya hendakkan beliau menjadi PM tapi bagi saya beliau memang ada aura pemimpin.. Seorang pemimpin yang hebat akan melahirkan generasi kepimpinan yang hebat...
Kesimpulan yang saya dapat sepanjang 6.30petang hingga 3.30 pagi, walaupun PR kalah tapi semangat rakyat yang inginkan pembaharuan masih kuat. PRU13 membuka mata ramai orang, isu perkauman sangat sensitif. Dulu saya ingatkan orang cina tak ambik port dalam perhimpunan seperti ini, tapi malam tu saya nampak bangsa cina paling ramai. Masing-masing membawa sepanduk. Dan paling penting sekali majoriti masyarakat cina yang keluar berhimpun adalah generasi muda. Bersedia lah, PRU14 mungkin lebih mencabar.
1 comment:
samala kita... awat x jumpak pon.. huhu
Post a Comment