Selamat Hari Raya.. Hari raya ke-27 saya..
Dalam kerancakkan isu mesir dan syria, dikejutkan pula dengan isu kenaikan bahan bakar-minyak. Saya yang menurut perintah ni, tak kisah minyak naik ke tak. Duit berkepok kat dalam bank tu cuma bukan nama saya la akaun bank tu. Dalam memikirkan kenapa minyak mesti naik harga, reason yang paling selamat sekali adalah kerana orang sekeliling saya semuanya MAMPU. Mampu beli rumah ratus-ratus ribu, mampu beli kereta cecah ratusan ribu, mampu beli baju ratus-ratus ringgit, henbeg coach ribu-ribu... Orang yang kategori kurang mampu macam saya, duduk diam-diam, jangan beli barang mahal-mahal sebab perlukan duit lebih nak isi minyak balik kampung setiap hujung minggu. Setakat naik 2kupang tu hidayah, small matter. Orang lain duit jatuh sekupang dua takdanya nak kutip, jadi setakat minyak naik 2kupang tu senyap jela..
p/s:
Ok hajar.. setakat memenuhi masa lapang hang.. haha.. Nak tengok gambar raya aku? ada la sekeping ni, cilok kat FB anak sedara..
Lama pulak tak jadik pengapit.. ni time mengapit Zilah, Jar...
No comments:
Post a Comment