Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, April 7, 2016

Berangan tak payah bayar

Sebelum nak mulakan update pasal roadtrip, nak membebel sikit.. Entry roadtrip japgi.. Yang tu kena slowly but surely.

Sapa ada masalah konfident level rendah??? Takda?? OK, saya angkat tangan..
Sapa ada masalah suka berangan? Ramainya? Saya pun paling suka berangan…

Saya tanya anak sedara saya Adam waktu dia 4 tahun..
“Adam besaq nanti nak kerja apa?”
“Kami nak juai moto besaq”….
Dalam hati saya, “ada hati nak juai moto besaq, bawak gerek pun tak lepas lagi”

Waktu dia 6 tahun saya tanya lagi…
“Adam nanti nak rumah macam mana?”
“Kami nak rumah 4 tingkat, dalam rumah ada lif”
Dalam hati saya, “tak padan dengan gigi takda, kat mana la dia tengok rumah orang ada lift, setahu aku rumah chefwan ja yang aku pernah tengok kat Instagram”
Lepas tu saya tanya lagi, soalan bunuh diri sendiri..
“Adam, Adam nak makcik kahwin atau Adam nak makcik beli semua yang Adam nak, makcik boleh beli henfon gerek baru bag sekolah roda ? Adam pilih yang mana?”
“Kami nak makcik kawen…”
“Tapi kalau makcik kahwin, makcik tak beli dah tau semua barang-barang yang Adam suka. Adam tak boleh keluaq dah nanti, makcik takmau bawak Adam naik kereta baru makcik nanti”
“Kami takmau, kami nak makcik kawen jugak”…. (insert imoticon mata ke ataih tu sat)

Sewaktu Adam 7 tahun…
“Adam nak makcik beli henfon kat Adam ka Adam nak makcik kahwin?”
“Kan kami dah habaq dulu-dulu tu”

Ni la kecik-kecik dah belajaq berangan… Berangan.. Makcik dulu kalau orang offer macam tu mesti nak mintak duit singgit, boleh pi kedai beli ayaq menit dengan keropok..


Malam ni saya tidor awal, terjaga pukul 1.. Lepas terjaga terus takut nak tidor balik. Sebabnya semalam pun tidor awal, dan sepanjang hari kat opis tadi kepala berdenyut.. Nyut-nyut sangat, jadi saya syak sebab saya tak boleh tidor semalaman sebelum tu dan semalamnya saya kaver tidor kengkonon, jadi terlebih tidor. Terus bangun, makan dan buat kerja-kerja sewaktu dengannya. Tetiba, teringat blog yang tak terupdate lagi kisah roadtrip.

Kenapa tajuk pagi ni berangan??
Saya memang kuat berangan, benda percuma memang orang suka… Sebelum tahun 2016, saya selalu set dalam kepala, apa yang saya berangan ni mesti saya takkan dapat. Memang dah setting baik punya. Dan apa yang saya set tu, memang itula yang terjadi. Once saya dah berangan, saya dah tau benda tu takkan terjadi. Jadi, saya tak la kecewa terduduk dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya akan kecewa bila saya mula berangan, sangat kecewa, kecewa sebab kenapala aku berangan benda best ni… Dan biasanya apa yang saya timing memang tak akan terjadi. Benda ni berlaku selama berpuluh tahun. Dan saya percaya benda ini dalam diri saya selama hampir 30 tahun. Lama kan…

Sampaila, tahun ini. Selepas saya pulang dari training. Saya kira, sewaktu saya kat jepun, saya belajar kenal sapa diri saya.. Saya belajar bina konfiden diri, belajar yakin dengan mindset.. Belajar kuasai diri sendiri.. Belajar “Man Jadda Wa jadda”… Ada jugak lompong-lompong nya. Tapi saya nampak perubahan dalam diri saya. Ya, bila bangun pagi-pagi macam ni, imbas balik, dan kita akan mula kenali diri kita.

Sekarang saya dah boleh berangan tanpa kecewa… Kedengaran macam apakebenda la Hidayah merepek, tapi percaya la, memulai berangan dengan kekecewaan adalah menyedihkan.. haha.. Contoh? Malas la nak bagi contoh. Dah bagi contoh adam kat atas tu cukup la..

Dan Allah bagi apa yang kita nak tu tepat pada masanya walaupun kita tak berharap kita akan dapat. He knows what will be the best for us, He is the best planner…

No comments: