Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, March 11, 2017

Eh, Dah Mac dah

Assalamualaikum,

Hi semua!!!
Sihat? Alhamdulillah..

Saya sihat, fizikal dan mental..kihkihkih.. Eh, silap!!! Fizikal sedikit terover sihat, eh, bukan sikit, dah macam over banyak pulak lemak-lemak diternak sehingga tersebar ke seluruh anggota badan..

Melihat kondisi tubuh yang berleluasa diterokai lemak, niat dihati nak pergi jogging petang ni sebab dah 2 malam tak sihat (walhal siang sihat walafiat siap boleh pi ke laut dan keesokkannya berjimba di sungai petani tapi bila malam menjelma seluruh isi perot berpusu-pusu nak meninggalkan kampong halaman tercinta… hoi isi perot, tak sayangkah kamu kepada tanah tumpah tempat ibu membesarkan kamu??).. Nasib la masih bujang, kalau tak memang kena pergi jumpa doctor check upt, sebab disyaki mengalami night sickness… 

Eh, melalut pulak..

Ok, kembali kepada niat dihati nak berjogging.. Sambil berniat, saya menyeret kaki ke dapur untuk memanaskan lauk dan menggoreng nasi sebagai santapan cacing-cacing yang sentiasa dijaga rapi..Kahkahkah.. Tiba-tiba, sayup-sayup kedengaran guruh dilangit.. Eh, nak hujanlah (sambil hati ketawa girang, perempuan gemok sentiasa mencari alasan untuk gumbira selalu)… Mulalah, sang hati berbelah bahagi.. Makan ke jogging???? Setelah menelaah baik dan buruk, baiklah saya makan sambil berblogging… Sambil menulis ni, tak kedengaran pulak guruh tadi, saja kan kamu ni mempermainkan gadis suci seperti saya??? Huh…

Ada satu petang dikampung, kakak saya mahu ke kebun. Saya seperti kedengaran guruh..
“Kekanda, ada guruh la, tak usahlah kekanda ke kebun, nanti kena hujan, kekanda demam”… bisik adinda yang manis rupawan
Kekanda pun menanti, sehingga berminggu tidak juga hujan-hujan… hahahahaha.. Halusinasi kuat betul adindamu ini…

Sudah berpurnama saya mahu berblogging, banyak yang mahu disimpan disini tetapi kenapa entah, malasnya ya ampunnnnn..

Saya dah jadi nenek. Anak buah saya dah deliver baby boy pertengahan februari lepas. Seronok nye lahai.. Tapi si halus tu (halus sangat, lepas 2 minggu beranak berat dia baru 2.1 kg) asyik tidor je siang. Takpe, nanti ibu dia kata nak tinggalkan Aqif di SP dulu sampai 6bulan, baru bawak ke KL… Yeay, lepas ni boleh la pergi main-main and shopping dengan Aqif. Tak decide lagi nak bahasakan apa dengan Aqif. Im too young la nak jadi nenek..kehkehkeh.. Nak suruh Aqif panggil maknenek la…

Tapi kan Aqil, nenek cik ni belum boleh dukung Aqif lagi.. Sebab semua orang tak bagi i pegang Aqif since Aqif too small and still a newborn. Kakak-kakak i kata i tak pandai dukung baby kecik, yela2.. So, please la cepat sikit membesar Aqif.. Nanti kita tendang bola sesama.. Kehkeh.. Maybe once Aqif dah 2months above, and dah ada muscle sikit-sikit, i dah berani nak dukung Aqif. Sekarang ni, i boleh geletek and cubit-cubit Aqif jela, sambil tengok dari dalam fon.. 
Kelmarin masa pergi rumah kakak saya sorang lagi, nasib la ada twin baby jiran dia. Sorang dari twin tu ada kat rumah kakak saya sebab yang sorang lagi mak dia bawak balik rumah untuk mandi, boleh la i cuddles and geletek-geletek secara ganas.. Hahaha.. Such an adorable babyboy.. Geram sangat.. Pegang tak sampai 10 minit, tidor.. Nampak sangat achik ni empuk... Whateverrrrrrrrr


Tahu tak, zuhana (sahabat bujang seopis dan segrup dengan saya dah berpindah ke shah alam, sekarang dia dah jadi PA bos baru kami).. Hebat kan dia.. Zuhana, you hebatlah.. I dah bagi satu buku kat dia masa dia nak pindah haritu, First Thing First.. So, please okay Zuhana, in few years you akan jadi our next Director, start being a boss from now. 

Masa Zuhana pindah ke Shah Alam haritu, saya hantar dia siap jadik driver lagi, stayed for few days and came back to Kulim by using ETS.. Seronok sangat naik ETS.. So mission saya nak naik the fastest train in Asia dah tercapai.. Starting with Shinkansen, KTX and the latest was ETS.. What a great achievement, for me la kan, orang lain mungkin rasa biasa.. Hey, i ride them free okay.. Our ETS memang membanggakan sangat, as it is soo convenient and the view pulak sangatlah fantastic.. 

Zuhana pulak,
Mentang-mentang dah jadi orang penting, gaji dah up jadi 5300, dia dah tak heran dah nak kawan dengan saya sekarang.. belagak seh.. Nanti dia terbang sana sini urus projek juta-juta, makin kurus la dia.. 

Dia sekarang meeting tak main la rakyat marhein macam saya ni, asyik jumpa menteri negeri pasola je.. Eh, meeting dengan menteri memang gaji tahap 5300 je ke Zu??? Bila nak belanja I lunch kat hotel tersohor tu? Kena tunggu umur 40 tahun jugak ke? Kata dah gaji 5300, kedekut la you ni Zu…

Mula-mula haritu, masa Zu pindah, saya nak buat dedicated entry untuk Zu.. Lepas tu mood tu hilang macam tu jer. Nanti la.. Maybe masa Zu kawen lepas raya nanti, boleh la saya buat entry khas untuk Zu.. Sempena perkahwinan Zuhana yang kami semua nanti-nantikan.. Zu, nanti lepas raya sebelum kenduri you tu, kita hangout sekali k. I nak kena kenal betul-betul bakal hasben you yang you sukaaaaa sangat tu.. (habis la kalau ada sesapa baca ni and kenal Zu, terbongkar rahsia Zu nak kahwin lepas raya)


Eju pun dah bagitahu dia dah nak balik Melaka for good. Ya Allah, rasa macam tak boleh nak hadam bila Eju bagitahu berita ni. Dah lama saya membayangkan one day saya akan ke Penang and Eju takda kat Penang.. Sedihnya.. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.. Eju yang selalu ada bila saya ada hal yang perlukan pendapat kawan-kawan.. Eju yang selalu come out dengan positive solutions.. Eju yang selalu jadi tempat melepaskan geram jugak.. hahahaha.. Lepas ni, no more hangout dengan kawan-kawan.. Hujung minggu jer balik kampong..Kata Eju, Mac adalah bulan terakhir dia di Penang.. huhuhuhuhuhu.. Sedih la, membayangkan dulu pun dah sedih, nak menghadapi ni taktau la macam mana… Kesian jugak dengan Eju, dia masih struggle nak dapatkan kerja.. Kalau ikutkan dia masih seronok kerja dengan Prof dia, tapi rupanya the grantt yang dok ada tu dah habis bahagian allocation untuk gaji RO.. Takkan la nak kerja for free kan, kena la balik Melaka, at least maybe it will be easier for her la untuk dapatkan job bahagian south macam Johor sana yang lebih besar pasarannya. Bila dia stay Penang, skopnya sedikit kecil. Just pray for the best for Eju, we ols yang tengah ada job ni pun berdebar takut tetiba dapat surat berenti kerja... Who knows kan...


As for me, 
Kerja ok je, cuma tahun ni kena lebih proaktif jana income. Rasanya kebanyakkan company pun menghadapi masalah untuk sustained, and some ambil tindakan buang staff.. Our company kabarnya sedang merancang kaedah mengurangkan kos operation, well, semua pun tahu, buang staff adalah salah satu the easiest way to reduce the operational cost.. Bersedia jela (saya dah boleh sesambil belajar asah pisau motong)..

And, this year saya dah bertukar from biomedical group to sensor group.. For me, it’s a good start, tapi all of them in the group berbackgroundkan engineering, saya sorang je sains biasa-biasa. Rasa macam left out jugak kekadang, tapi kena moved forward dengan depa supaya tak keciciran sangat. Struggle la sikit nak seiring dan sejalan. But, its so good to be part of the team, depa laju jugak la bergerak, so kalau saya tak bergerak memang akan kelihatan janggal. I pun kena la bergerak.. (Eh, proposal dah ready ke dayah??)..

And, I left the previous group with good memories. Thanks to my ex-boss for the best conversation during my PDA session and also for the good marks. Its really boost my motivation. And also, thanks for signing all of my form including advanced for my Korea’s trip. Actually she was a vocal boss which suited me well, but for some reason,  just for people like me, mungkin wavelength kita terlalu berbeza, tak sehaluan and panas je rasa.. Saya pun taktau macam mana tetiba boleh dikeluarkan dan dimasukkan ke group lain. Di saat saya dah hilang semangat nak kerja dan dah takda arah tujuan menanti nak kena tendang je, tiba-tiba sangat, jalan lain terbentang.. Syukur la, Allah sentiasa baik dengan saya, walau saya ni sentiasa lalai. So, saya kena gunakan peluang ini baik-baik. Alhamdulillah.. Bolehla bercuti dengan tenang lepas ni…kahkahkah..

Walau bagaimanapun, too many good memories with the group. From the beginning masuk that group, I suka sangat. Rasa macam teamwork tu ada tapi lama-lama, masing-masing jadi selfish.. Everybody terlalu berkira dengan effort masing-masing (and I blamed the boss for creating that negative environment and I even bergaduh dengan the boss for their decision yang tak masuk akal), which is lastly will merosakkan the whole organisation. And yes, we can feel dah sekarang the kerosakkan yang berlaku secara perlahan. I pun tak paham, and still tak dapat menerima, is it the reality in every agency?? The top will do just anything to make sure they climb to be the Top?? Eeee yakkk.. Their drama memang macam kita tonton cerita hindustan. Alah, lets just reflect dengan drama politik kita sekarang.. Its the same gais, the same, nak muntah rasanya memikirkan kesamaan kerakusan orang atasan.. Korang nak sangat hambek la, bawak la masuk kubur masing-masing, try la bagi sikit kat Mungkar Nangkir kalau rasa nak kurangkan soalan-soalan alam kubur.. I rasa depa memang nak bawak pangkat derajat duit emas berlian semua tu masuk kubur, nak belagak dengan geng-geng dalam kubur agaknya.. 


Sambung belajar? 
Saya sedang pikirkan.. Rasa macam sakit bersalin, eh bersalin pulak, sakit buat masters belum habis lagi, takut tu masih ada. Lepas habis masters haritu, memang dah serik nak belajar lagi. Sakitnya berada dalam situasi sebagai student. Atau mungkin saya kena cari SV yang betul-betul membantu saya as a student. Heh, nak senang saje kamu ni dayah..


Ok la, nak sambung makan nasi goreng.. Sejuk dah..
Hujan tak turun-turun pun, nasi goreng dah nak masuk pinggan kedua ni…


Da di duuuu..



No comments: