Since early Feb, waktu hantarkan si Zuhana ke Shah Alam,
Jumpa dengan si Ela, dan dia hantarkan saya dari Shah Alam
ke KL Central
Untuk naik ETS
Kitorang decide nak pergi bercuti sesama
And destinasi adalah tempat pilihan saya, iaitu Koh Lipe
Tak tahan daulat la
Rasa macam tepu kalau tak bercuti
Tapi azab sikit la nak kumpul bajet nak g bercuti tu
Hai ya, bila la nak ada duit berkepok-kepok nih
So, saya dan Ela racunkan si Zati dan dia lattalilat laili
lattamplong, terus ON
Bertiga lebih baik, kalau dia tak nak gi pun tetap, TETAP
plan ON
Nampak tak kegigihan di situ
Kitorang decide nak pegi end of Mac, sekali cuti sekolah
OMG.. Tak sanggup la nak bercuti time sekolah tengah
holiday
Mesti penuh warga negara Malaysia kat Thailand
So, tukar date ke Early April
Rasa macam percintaan jarak jauh sangat nak tunggu
April
Kami semua akan gather kat pokok sena dan bergerak naik
kereta zati
2 minggu sebelum trip bermula, baru lah saya booked hotel
Peliknya hotel penuh walaupun bukan musim cuti sekolah, Oh
My
Dapat la GreenView Resort, bilik untuk 4orang selama 2malam
untuk RM600 (mahei la hai)
6/4/2017 (Khamis)
Kami semua balik pokok sena a day earlier
Berkumpul di rumah Ela dalam pukul 7.30am, and Ela ajak
makan nasi goreng dan gulai ayam betik
Sedap, dan bernasib baik la kami makan berat
siap-siap..
Sebabnya kami akan melalui perjalanan yang panjang selepas
tu
Lebih kurang pukul 8.10am, kitorang gerak dari rumah Ela..
Melalui highway PLUS dan terus ke Pekan Changlun untuk beli
insurance kereta dan arrival card yang kaler putih tu.. Arrival card tu kena
bayar rm1 sorang and insurance kereta for 9days adalah rm16 tak silap (mamacik
dah lupa, tu la sapa suruh bertangguh nak update blog)
Kitorang beli sikit cikedis dan sebuku roti kengkonon buat
bekal di pulau sana
Perjalanan di teruskan sehingga ke Wang Kelian, melalui
jalan padang besar.. Scenery kat situ kan cantik.. cantik ya amat.. memang
memukau sungguh
Jalan clear |
Roundbout Chuping |
Beautiful scenery |
Memukau sangat.. |
Then, bila dah sampai wang kelian, kita kena lalu jalan
yang a bit scary, mencanak sikit, dan berselekoh tajam, sila berhati-hati dan
awasi jarak selamat
Jangan dok rasa kita bawak OK dah, malang tu tak berbau, mana la tahu, orang yang sebelah sana terbabas langgar kita, walhal kita ni dok rasa schumacker terhandal dah
Lepas je perjalanan yang ngeri tu kita akan melalui kampung
sikit dan boleh la topup minyak dekat Caltex sebelah kiri jalan tu.. Isi bagi
full
Perjalanan diteruskan sehingga ke Immigresen Malaysia.. lalu sahaje
Then stop dekat immigresen Thailand untuk cop pasport..
Pastu drive semula sehingga masuk ke Thailand..
Tengah tunggu nak cop passport |
Dah setel cop passport |
Ready to go |
Driver dari Pokok Sena ke Pakbara.. merangkap tuan empunya kereta |
Izati, u make it.. Izati dan TAV (no plat kereta dia) dah masuk Thailand |
Berhenti kat negara Thailand
untuk bayar insurance kereta RM20.. Kena bawak masuk insurance yang kita dah
beli tu dan bawak geran rasanya.. Kawan-kawan shopping sementara menunggu tuan
punya kereta masuk pejabat immigresen setelkan urusan kereta.. huahuahua
Zati beli spek hitam RM12 dan saya beli selfie stick RM10 (kat malaysia jual antara RM20-25)
Perjalanan diteruskan..
Jalan Thailand yang indah dan permai |
Jalan smooth |
Ikut je signboard sehingga ke Pakbara Jetty. Blog lain pun dah banyak bagi maklumat macam mana nak ke jetty tu.. Kami pun ikut panduan blog..
berselirat.. serhopa jepun sangat |
Tak dinafikan.. teknologi Thailand far better dari negara kita |
Lebih kurang 30-40 minit sampai la ke Pakbara..
Frankly speaking, kami seumpama di pukau setibanya di
jetty. Dari dalam kereta dah nampak banyak kereta parking dan bila kami hampiri
datang sorang abang tahiland sado tanya nak ke pakbara dah beli tiket belum.
Kami kat dalam kereta angguk2 jela.. Then, dia lari2 sambil arahkan kami untuk
ikut dia sehingga ke depan kedai..
Datang pulak sorang perempuan yang boleh
cakap melayu sikit2 dan sap-sap soi kami decide ambik tiket dengan depa pukul
11.30am dengan bayaran 1000bath seorang including parking for 2nights. Masa
kitorang sampai tu dah pukul 11.00am.. (kena jaga, bila nak balik karang depa
letak kita kat kereta pastu depa blah, orang parking pulak mintak bayaran, Ela
kata dia bagitau dah bayar and blah... Sebab Ela yang pergi ambik kereta)...
Untuk jimatkan masa, saya dan Ela uruskan bayaran manakala
Zati bawak kereta ikut lelaki tadi untuk pergi parking. Dan Zati kembali dengan
berita "Aku tinggalkan kunci kereta dekat lelaki tadi".. jem sekejap
kepala.. boleh percaya ke weh.. Dah la saya tertinggal kunci kereta viva dalam
kereta zati.. Last-last kitorang tawakal je la.. Harap segalanya selamat
Kitorang naik boat Ploysiam, dengan pakej akan berhenti di
2 buah pulau
Nak masuk ke jetty ty kena bayar 20bath yer, entrance fee
gamaknya,
Naik speedboat, macam PATI dah rasanya.. bersesak sesak
serupa nak minta nyawa
Once boat jalan, bila ditiup angin kencang, baru la rasa
selesa sikit
Dah la berkuap dibawah bumbung, kalau kat belakang maybe
openair selesa sikit
tunggu nak naik speedboat |
Dalam speedboat |
Lemas la!!!!! |
Kitorang dibawa menyinggah ke 2 buah pulau, Taman negara la
lebih kurang
Waktu kat pulau pertama tu kena bayar nak masuk, so,
kitorang decide taknak masuk
So, kalau korang nanti, bayar je tapi simpan tiket, berguna tiket tu, kedepan nanti tetap kena bayar kalau nak buat snorkeling dan island hoping, Menyesal pulak kami tak masuk lepak bawak pokok kat pulau 1st tu, dah la pasir putih serelah
Pulau 1...
Pulau ke 2...
Guys, we ols naik speedboat kat Pakbara pukul 11.30am dan sampai dekat Koh Lipe pukul 3.00pm… Maka, sampai dalam kelaparan la kami, lapar sampai menggigil
Lepas turun boat, kutip beg masing-masing dan menapak la cari resort.. Nasib la kami booked kawasan Pattaya Beach.. Memang boat berenti kat situ, Jalan 200 meter dah sampai resort
Check in dan kami terus di bawa ke bilik.. Since kami booked bilik untuk 4 orang, maka bilik kami kat nun hujung sekali..
Pemandangan dari resort |
BASIC giler, rasa tak sesuai dengan bayaran kalau di Malaysia.. ada katil queen satu, dan 2 single, dan setiap satu dilengkapi kelambu, serta toilet.. Itu sahaja.. Semuanya berasaskan buluh..
Mula-mula eksited la lagi, first time duduk rumah berasaskan buluh, lama-lama meremang pulak.. hahahahha
Kitorang rest kejap and keluar untuk cari makan selepas dah selesai solat.. kiranya lepas dah asar lah.. Kat Thailand, masuk waktu awal sejam dari Malaysia..
Kitorang gi makan kat walking street..
walking street view |
Walking street view |
Ada 3-4 kedai makan
muslim, sangat limited. Serta sila lah bawak duit berkepuk yer sebab sangat la
pricey. Petang tu kami makan dekat Bungroon.. Sebab takut mahal, kitorang ambik
nasi goreng setiap sorang dan air berjus… Total up, kami makan adalah 850baht
(RM110.50).. Ko hado… mahei uihhhh..
Lepas makan, rasa la bertenaga sikit.. kitorang merayau la
sekitar walking street tu. Dan selama di Koh Lipe saya develop skill terkejut..
Semuanya disebabkan oleh anjing.. Punya bersepah.. Adoi, saya ni pulak memang
takut tahap dewa dewi dengan anjing. Zati dan Ela pun perasan sebab saya asyik melatah
dan terkejut.. Penat la terkejut tu sebenarnya..
Jalan punya jalan sambil usha kedai nak ambik pakej snorkeling.. Sekali jumpa satu group pompuan (gadis lebih kurang kitorang) seramai 4 orang.. Dok belaga bahu sangat, kali kedua belaga bahu, terus ajak join pakej snorkeling.. Ok jugak kan, selesa sikit bergerak dengan geng perempuan sahaja… Dah la sesame Malaysian.. Dan kami ambik pakej ke 5 pulau dari sebuah kedai ni dengan bayaran 400baht seorang termasuk pakej lunch dan buah tembikai.. Padahal kalau standard price adalah 550baht.. The Girls Power ;)
Dah setel beli pakej, kitorang singgah beli air mineral sebab bilik takda sediakan air minuman, and balik bilik untuk rehat dan tido. Esok kami punya pakej snorkeling akan start around 9.30am..
Malam tu, masing-masing tido lena untuk dapatkan energy dan hanya terjaga apabila masuk subuh around 5am.. Saya la bangun, solat dan sambung tido ayam semula sementara menanti cerah..
7/4/2017 (Jumaat)
Lepas semua dah bangun, take turn mandi and get ready nak gi breakfast. Rupanya the other geng pun duduk kat resort yang sama.. Senang la..
Pagi ni kitorang hanya ada choice Kedai Makan Mina.. Itu pun makan pulut ayam yang super duper mahal..
Bayangkan, ayam seketul 70-80baht, hat kecik ada jugak dalam 30-50baht.. Pulut harga lain, sepinggan 30baht.. Air lain pulak, 120-150baht.. Kira la berapa untuk 3 kepala makan…
Lepas makan, kitorang patah balik untuk tunggu the rest dan guider kat depan resort.. Si Ela punya la membebel sebab budak2 perempuan tu pukul 9am tak nampak batang hidung and si guider pukul 9.15 tak muncul-muncul.. Aduhai, kuketawakan aja…
Best giler and cantik sangat air dia.. Clear.. Ada satu tempat tu, karang dia dan ikan dia sangat teramat cantic, namun arud deras.. Kitorang turun kejap je, pastu tak tahan dah.. Saya tak tahan sebab pakai mask tak kena and air masuk ke dalam.. Kitorng kembali ke darat semula selepas jam 2.30pm.. Puas sangat.. Makan pun ok.. sedap..
Sibuk bergambar selepas breakfast |
Zati kata "Dayah terer tangkap gambar muka sebelah" kan Zati???? |
Cik Ela, tau snapgambor je, bukan nak kira muka huduh ke idok.. |
Tiba-tiba sidia muncul.. auwww, malunya!!! |
Gagahnya beliau.. |
Ini la kawan, caras kawan sendiri, kat mana-mana pun asyik kena caras saja |
Menunggu adik-adik dan boat rider .. sebenarnya dalam hati Cik Ela dia tengah bengang masa ni sebab semua orang tak muncul lagi.. |
Zati cool aja.. Dia asal boleh berak selepas makan, macam mana pun takpa!!! |
Gadis Pokok Sena |
7 single ladies |
Pulau Batu Cantik (Hin NgaM) |
Tiba-tiba terdampar seekor dugong!! |
Dengan adik driver boat.. Dia pemalu,...and boleh cakap melayu sikit2.. Ada abang driver boat lain jeles sebab adik ni bawak kitorang semua ladies, agaknya la |
Zati yang kagum dengan seni potong tembikai adik driver boat |
Lentoknya Zati |
Sibuk cari batu paling cantik |
Ikan time snorkeling... NEMO!!! |
Pakai stoking kalerful, senang nak cam walaupun dalam air |
Rindunyaaaa!!! |
Dah settle snorkeling, balik hotel mandi and rest.. Dah set nak keluar cari dinner malam terus.. Untuk kelangsungan hidup, kitorang makan roti dan keropok yang dibawa..
Gambar dalam bilik memang sensored, bukan untuk tontonan umum.. sebab bersepah pun satu hal jugak..hahaha
Petang tu, dalam pukul 5.30pm, kitorang decided untuk g mandi laut kat depan resort.. Last time la ni.. Taknak mandi sebelum balik esoknya sebab takut baju terlalu basah dan menjadi terlalu berat.. hihi.. Tapi, saya mandi tak lama, kejap je.. Tak da mood nak mandi lama-lama. Zati dan Ela sambung mandi, saya balik bilik mandi dengan air bersih dan bilas baju untuk keringkan. Ok jugak, boleh rest kejap before maghrib dan solat awal..
Lepas solat maghrib, kitorang ke satu gerai halal jual pancake.. Dah datang Thailand kena la makan pancake kan.. Izati pulak tertiba terjatuh hati la pulak dekat adik yang ambik order.. Zati oh zati.. Mudah aja terjatuh cinta.. Cintaku dimana-mana gitu
Adik baju pink favorite Zati |
Ramai pelanggan dia |
Banana with nutella pancake and ais coffee.. Sedapppp |
Lepas makan, kitorang round kejap untuk beli cenderahati dan saya Cuma mampu rembat sehelai t-shirt berharga 220baht, itu sahaja.. Lepas habis shopping, teman cik Ela pulak nak buat Thai Massage.. Dia lain, dia tukar wang lebih 1000baht daripada kitorang, so, dia mampu la nak massage.. hihihi
Balik bilik kengkonon nak lena, tapiiiiii
Sakitnya la hai badan.. Macam kena duri. Menyesal tak massage, sakit habis sendi.. Taktahu nak minta tolong sapa sebab depa pun letih jugak..
8/4/2017 (Sabtu)
Agaknya dah pukul 3am baru saya terlelap dan 4am bangun ke toilet, sambung tidor dan bangun pukul 5am untuk solat subuh serta terus mandi… Siap basuh baju dan keluar sidai..
Masa saya tengah sidai baju kat belakang bilik (untung duduk belakang, dekat dengan ampaian pihak resort), dengar si Zati menjerit.. Ingatkan emergency apa la, rupanya dia nampak anak ular dalam bilik air.. Padahal saya baru keluar bilik air setelah bermastautin kat dalam tu.. (Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku nak basuh dan sidai baju tanpa gangguan mistik ..hihihihi)
Satu hal la pulak nak coolkan keadaan. Masa tu baru pukul 6am, pihak resort buka kaunter pukul 8am tak silap.. Kitorang ni macam perempuan gila cari orang nak minta tolong. Last sekali, ada seorang pakcik dari travel agen yang bawak kitorang snorkeling lalu dan, kami sangat bernasib baik sebab agensi ni staff dia semua boleh cakap melayu.. Lain-lain memang tak paham apa2. Pakcik tu masuk dalam bilik, check semua dan tak jumpa apa-apa.. Since Zati seorang je yang nampak ular tu, ermmm (I anggap jela dia halusinasi… )
Since saya memang dah properly mandi and so on, dah setel semua urusan toilet, jadi boleh la gi breakfast dengan gumbira. Ela dan Zati dengan muka tak mandi, kahkahkah..
Kitorang gi breakfast tempat biasa, Kedai Makan Mina and makan makanan yang macam biasa, ayam seketul, pulut dan secawan kopi ais. Sebagai penggemar kopi, kopi ais dia agak sedap.
Then, kitorang balik bilik, mintak staff resort datang check lagi sekali dan kemas-kemas apa yang patut sambil layan gambar sepanjang disitu.
Depan bilik |
Sebelum 1 |
I ada peminat ok!! |
Zati cuba nasib |
Pukul 11am, kami dah ke tempat pengumpulan untuk naik speedboat balik ke Pakbara. Dan boat bergerak around 11.45am dan sampai di jeti around 1.30pm camtu..
Sampai je jetty, ambik kereta, check apa yang patut, minyak semua ok, kihkihkih…
Kitorang terus pergi lunch dekat area tepi laut berdekatan Jetty. Malangnya makanan dia tak sesedap yang saya pernah makan sebelum ni.. KURENG sikit… atau maybe sebab kami letih maka nafsu makan kurang sedikit..
Then, terus bergerak ke Wang Kelian, boleh sesat pulak termasuk ke pekan Satun. Kisahnya, dekat satu junction yang patut belok ke kiri, kami terbelok ke kanan… Memang bercanggah la jalan tu. Tapi kami managed untuk sampai ke border pukul 5.30pm. Sempat beli beras pulut dan berat wangi serta kacang gajus..
Bear in mind, gate border Thailand akan tutup pukul 6.00pm, so sila sampai awal.. Manakala gate Malaysia pukul 7.00pm.. Time Different Malaysia-Thailand kan 1 jam.. So, sebab tu la beza dong!!!!!
Sunset di Chuping, Perlis |
And saya sampai rumah mak pukul 10malam.. Itupun sebab
singgah mengeteh sambil balancedkan account kitorang.. Sapa yang erhutang tu
boleh la belanja makan malam kitorang ni.. hahaha
Total cost:
Speedboat Pakbara-KohLipe-Pakbara (including jettyparking):
1000baht/person
Makan sepanjang di Koh Lipe dan Pakbara: 1400baht/person di
Kohlipe(tak dinafikan makan kat sana sangat mahal) dan 280baht di Pakbara
Sourvenir : 220baht (t-shirt kohlipe)
Minyak kereta, tol, jajan, insurance and lain-lain: RM40
Rate Exchange : 1000baht/RM12.90
Saya dan Zati tukar seorang 3000baht sahaja Cuma Ela tukar
4000baht, tu yang dia boleh shopping lebih dari kami dan siap boleh massage
lagi.. Disebabkan dia dah dapat treatment massage, balik tu, dia yang drive sampai pokok sena… I suka
jer…. (nasibla tak massage)
Kesimpulannya: Koh Lipe best.. dan tak sabar nak tunggu next trip bersama eju dan zati
No comments:
Post a Comment