Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, February 10, 2018

Ni mak sapa ni?

Sehari sebelum nak bercuti ke Pulau Tuba haritu,
Tiba-tiba saya dapat called dari pusat tuisyen lama,
Eh, saspen gila,
Ingatkan ada hutang tertunggak ka apa kan (kat celah mana pulak la pusat tuisyen nak bagi buat loan).. lagipun last year memang saya tak ngajar tuisyen, taktau sebab apa,
Dalam kesaspenan yang tinggi tu, ditambah plak mood masa tu dok nampak cik Ela ja, saya pun angkat la phone,

"Hello, ni cik hidayah ka?"

"Ya saya, ada apa cikgu call saya ni"

"Oh, ni nak tanya, cikgu boleh lagi ka mengajar tuisyen tahun ni.. kalau cikgu okay, nak mintak cikgu mengajar subjek kimia macam biasa"

"Eh, nak mintak mengajar balik ka? Boleh ja I.Allah.. Bila nak start ni, bulan depan boleh ka kalau saya start awai bulan.. saya pun nak kena study balik ni.. dah setahun tak mengajar'

"Kalau boleh secepat mungkin la cikgu.. Sebab ada beberapa student dah mai daftar ni.. tahun lepas tu kita takdak student sebab tu kami tak panggil cikgu"

"Secepat mungkin? Alamak, hari apa ni nak ngajar, kalau boleh taknak la malam.. kesian student satgi, saya pulak dok menguap depan depa.. hahahahahah"

"Cikgu boleh pilih anytime yang cikgu nak.. jumaat pun ada beberapa slot yang kosong...."

and atas kapasiti ini jugak la, saya menikmati percutian di pulau tuba dengan tenang.. at least ada something yang best menanti...

I love teaching... gituuuuuu...
(padahal asyik naik angin bila student tak paham)

Fast forward k...

Kemarin (jumaat la kemarin tu)

Saya pergi la mengajar,
Pastu owner pusat tuisyen (owner ni junior saya masa kat usm, dia beli pusat tuisyen ni tahun kedua saya mengajar) tu suruh tunggu kejap sebab kelas no. 3 dah habis, so tunggu kelas kosong barulah saya masuk... Bila tengok jam dah 10.30am, terus la saya naik ke tingkat atas untuk tunggu kelas no.3 kosong...

Naik tu nampak la kelas tu kosong cuma cikgu dia dok kemas buku nak keluar kelas... Pastu kelas no.2 pun dah tamat, and budak-budak sekolah rendah kat dalam tu start keluar.. Saya tunggu la kat area sofa dengan student saya yang dah sampai, sambil tengok budak-budak keluar kelas..

Tiba-tiba ada dua orang budak perempuan yang sekolah rendah tu lalu depan saya and stop sambil dongak tengok saya

"NI MAK SAPA NI?"

OMG.......... speechless ... terkedu... kahkahkah... 2 kali ok budak tu tanya

"Ni mak sapa ni?"

sekali cikgu kelas depa, yang kelas no. 2 tu keluar... cikgu lelaki... cikgu tu terus gelak gelihati... hampeh

so, sebab budak tu tak gerak dok tunggu depan saya, saya pun buat la miming mulut "saya cikgu"

Dia tak paham OKAY!!!!!

"Mak sapa?"

OMG budak ni...

"saya cikgu kat sini"

Baru dia puas hati dan blah okay

dah la depan student aku pulak tu, dan disaksikan oleh cikgu lelaki tu...cis!!!!!

Tapi memang kelakar la budak tu, sangat mengambil berat, dia nak tau jugak sapa anak saya, padahal saya pakai t-shirt and jeans je pun...and stokin kaler-kaler gambar kartun... adakah maksudnya aku rupa mak-mak pakai macam tu????

Eh, aku lupa kawan-kawan pun anak depa dah masuk sekolah, so, tak boleh perasan muda sangat..kahkahkah


Budak tu memang made my day la kemarin... 

"NI MAK SAPA NI?"

No comments: