Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, March 5, 2019

Trip To Taiwan with Bestie - From Taichung to Taipei (3rd Day- Zhongshe Flower Market)

Hari ketiga, 
Sesuatu keanehan berlaku,
Cik Eju bangun dan mengadu mata dia merah, Cik Ela pun mengadu mata sebelah dah bengkak,
Tapi mata cik Ela kejap je dah surut, mata Eju plak memang makin lama makin teruk,
So, since the morning lagi kami dah warning Eju jangan nak menggedik pakai contact lense, dah tau mata kena infection , jangan nak tambah keruhkan keadaan , kita ni lama lagi kat Taiwan,
Pastu Eju nak pergi klinik, masalahnya nak cari klinik pun bukan senang dan nak cakap and explain kat Dr nanti satu hal pulak, buatnya Dr tu tua and tak reti English, nak cakap cemana. Sampai hari nak balik tak jumpa klinik .
(Kes mata Eju ni la yang menyebabkan aku cuti sebulan lepas balik Taiwan, thanks Eju)

So, kami get ready and bila dah sampai lobby baru decided to bring the backpack with us, seb baik Eju insist jugak nak bawak bag sekali.. Aku bukan apa, takut kat tempat kami nak pergi takda disediakan ruang untuk letak bag, mampus la nak angkut jenjalan, tak kuasa den 

So, pagi ini,
Kami terpaksa membuat pilihan antara Rainbow Village dan Zhongshe Flower Market,
Bila tengok gambar-gambar orang, macam tak berbaloi pulak nak ke rainbow village tu, sebab dia macam satu rumah yang di warna-warnikan je..
Kenapa kami tak pergi dua-dua tempat?
Sebab kedua-dua tempat ni terletak bertentangan, satu di utara satu di selatan,
Lagipun,
Zhongshe Night Market ni adalah satu-satu nya suggestion Eju,
So, opkos, opkos, kita akan folo suggestion tripmate kita kan, benda baik jangan disishkan,

Apa yang agak menarik mengenai stesen Taichung ni adalah architecture dia.. Kami sempat bergambar pada malam kami tiba di Taichung dan pada pagi terakhir ni pun kami sempat bergambar lagi.. chikedout


























Untuk ke Zhongshe Night Market, kami menaiki train dari main station Taichung via Tai'an... 
Actually aku dah tak ingat kami naik train mana satu.. Lupa plak nak jotdown
Masa sampai dekat station tu, terkesima dan terpukau kami, sebabnya stesen tu takda building,
Sampai dan terus nampak pemandangan, dah la nak ke jalan kena turun tangga,
Sempat la kami bergambar sejenak sebab masing-masing jakun,
Hahahaha


Untuk ke Zhongshe night market dari station train tu lebih kurang 10 minutes by car and 40 minutes jalan kaki...
Dan untuk makluman awal yer, jangan kata kami tak habaq pulak, let say in the future teringin nak ke sana, mana tau dok gatai tangan beli tiket,
Sila ambil maklum bahawa tiada teksi di stesen ini, kena JALAN KAKI SAHAJA 
(Tapi kalau hampa nak naik teksi jugak, sila naik train ke Houli, dari Houli ada teksi ke flower market, jarak sama je samada dari Tai'an atau Houli tapi sebab Houli lebih komersial makanya akan ada teksi dan seumpamanya dari Houli)
So, kami bertiga, sebagai anak dara hat dah lebih suku abad, kami berjalan,
Tapi cuaca masa ni sejuk, nyaman seh, sedap sangat berjalan kaki walaupun agak jauh,
Tambah plak backpack pun selesa,
Nasib la aku buat keputusan bijak beli backpack Deuter dan kasut Karrimor,
Kasut Karrimor ni antara investment hat paling bijak, sedap dan selesa dan menyenangkan, kaki sihat tuan badan gembira,
Kalau kata kasut tak best, sakit kaki, memang akan ada mood nak maki orang je, hahaha
Tak, aku memang tak pernah lagi maki orang, tapi, nampaknya dengan memakai karrimor memang takkan mungkin ada scene buruk macam tu,

Kami membayar tiket masuk lebih kurang TWD150

Tengok lah sendiri kegilaan kami kat sana, ada sesetengah gambar tak lepas nak masuk dalam instagram sebab, sebab yang paham-paham sendiri jek la...hhihihi














































































Puas lah bergambar
Ops, yang puas tu aku, Eju masih banyak lagi kawasan pokok yang dia tak puas bergambar,
Tapi nak buat macam mana kan,
Adat berjalan dengan bajet terhad, dalam tengahari kami terpaksa bergerak keluar,
Puas lah tarik kaki dan tangan Eju punya nak ajak keluar,
Eju ni mentang-mentang balik negara asal, terus jatidiri kuat, aahaha

So, kami akan naik bas ke Taipei, rupanya stesen bas tu depan flower market tu je pun,
Ingatkan jauh bebernor, semua ni salah google maps, dia cakap 45 minit jalan kaki baru sampai,
Nasib abang guard jaga lalulintas tu baik hati berlari-lari dia bawak kami lintas jalan dan tunjukkan signboard bas hat kecik secoet tu,
So, kami kena tunggu bas lebih kurang sejam la jugak, kalau tunaikan impian Eju nak duduk lebih lama pun takpa tadi, (Pastu kena tinggal bas huaaaaarghhhh)


Kami naik bas, dan 2jam 30 minit kemudian selamat tiba di Taipei,

Nak jadi cerita kami sesat dalam stesen Taipei, lama jugak la, sebab?
Sebab stesen dia agak besar dan confusing, sangat confusing, semua benda nak letak dalam stesen tu,
Kalau ikutkan hotel kami kat luar stesen je, lintas jalan dah sampai

Tapi berkat kesabaran (choi) dan atas maklumat dari kaunter pertanyaan, kami berjaya check-in hotel

After dah selesai solat dan rehat kejap,
Kami keluar cari makan
Eloklah kita mencuba makanan depa kan, alang-alang dah sampai
Sedap ka taksedap ka, belakang kira
(Sebenarnya, makan nasi campuq memang paling sedap la walaupun cuma goreng ikan kering huhu)

Lepas habis makan kami ke street market (tak ingat dah aih nama apa tapi femes la)
Lepas tu kami walk around sampai lah letih
Letih kot punya la sakan berjalan hari ni












































Kami decide patah balik ke hotel sebab dah lewat jugak,
Mandi solat semua,

Aku rasa tak puas makan
So lets sambung makan sebelum melelapkan mata
Hahaha

Dasar gemok kan!!!!!


Btw, hari ini jugak merupakan hari jadi cik Ela

HAPPY BIRTHDAY cik ELA

Sememangnya masa aku decide tarikh ni memang aku sengaja pilih supaya jatuh dalam hari birthday dia,
Kalau pergi bulan 6 pun aku akan decide biar jatuh dalam hari birthday  cik Eju
Kali ni lebih kepada keseronokkan untuk cik Ela, eh, seronok tak beliau? tak pasti pulak hahah
Tapi bila pergi tempat macam ni, takda la yang special sebab makan pun ala kadar ikut google je mana tempat makan hat halal, pastu nak gerak jauh-jauh takut sampai kang kedai dah tutup satu hal, buatnya kedai tu tetiba tukar tempat, kang ada pulak perempuan gemok nangis hentak-hentak kaki tepi jalan...

Ok, tamatlah hari ketiga

Kita sambung esok-esok pulak k.... adios

No comments: