Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, September 1, 2021

Ogos 2021 yang menggembirakan

 Assalamualaikum,

1 September 2021.

2 bulan aku tak buka blog ni... fuh fuh fuh.. 

Sampai kopi tumpah atas keypad ni la kata, berlekit-lekit keypad aku.. adoi


Many things happened.

Alhamdulillah.

Hectic tapi aku happy.

In every hardship comes opportunities... 


Early Ogos, aku check semula website USM dan rupanya aku dah dapat offer letter untuk sambung belajar PhD di School of Medical Microbiology & Parasitology, USM Kelantan. Alhamdulillah.

And pertengahan Ogos, aku dapat invitation untuk bentangkan proposal aku kepada MOSTI (Masa ni KJ dah letak jawatan as menteri MOSTI, emosi aku agak terganggu, kahkahkah).... Takpa la, kelamkabut gila-gila, prepare slide, pre-pitch dekat team member dan pada 19 Ogos dengan sekali lafaz aku pun present kepada panel MOSTI.

Alhamdulillah, selepas setengah jam, aku dapat call dari wakil MOSTI maklumkan panel berpuas hati dan besar kemungkinan projek lulus. Apa perasaan aku? Entah, tapi aku menjerit la jugak, eh, sapa tak syok. Projek aku ni umpama projek underdog, nobody cares. Aku je yang syok sendiri. Tapi aku dapat support yang kuat dari USM dan UPM walaupun SV aku tak yakin pun projek tu akan lulus. Masa aku mohon pun dia dah cakap, Hidayah saya tak reti tau commercialization. Aku cakap, Takpa Dr, kita try sama2, saya pun tak reti jugak...

Lepas aku dapat result tu, SV aku beberapa kali wasap cakap yang dia tak percaya projek lulus. Proposal tu aku umpama kan serampang dua mata. Aku dah ada list geran-geran yang aku akan mintak dan channel mana aku nak ajak join sekali supaya aku boleh tapped duit depa. Matlamat aku cuma satu: aku nak sambung PhD untuk projek yang boleh dikomersilkan, bukan sambung PhD setakat nak dapat certification. Sijil PhD takda nilai tambah yang significant pun dalam hidup aku. Tapi, kalau aku boleh ada one product yang come along dengan PhD, aku anggap itu satu value added yang terlalu bernilai.. 

Aku bagitau bos aku, selagi aku tak berjaya dapatkan geran untuk run the PhD's project, aku takkan register PhD aku tu. Thats it, no compromise.

Alhamdulillah, 23 Ogos, aku dapat emel MOSTI untuk aku buat penambahbaikan pada proposal aku dan submit semula pada 30 Ogos. Setel. Now, aku tunggu the next move. Within 2 weeks, all my hardship, semua susah hati takda duit nak biaya projek, all gone. Aku cuma susah hati cemana nak go thru. Ala, benda nak go thru ni normal, kalau mudah, bagi budak sekolah je la buat kan? Benda kalau mudah, semua orang dah buat. Benda akan ada nilai novelty bila sukar. Benda sukar ni, once hang dapat, manis dia tu rasa macam dunia ni kita yang punya. Manis tu walau sekejap, opkos la kan, berapa lama hang nak syok, sekejap je, pastu kehidupan kembali kepada normal, tapi at least hang rasa manis tu macam mana..eh, apa tah ayat aku ni

Ogos jugak adalah bulan aku complete my 2 doses of vaccine. Malangnya, for both dose, aku kena drive dari Pokok Sena-Kulim-Pokok Sena... Tapi ok la, sebab dah setel.. Tunggu panggilan regular vaccination je la pasni.

And hari aku dapat 2nd dose vaccine tu, adalah hari genap 3tahun bapak aku tinggalkan kami...

Arghhh pedih.

Bapak aku meninggal due to acute pneumonia. Macam mana perasaan hampa melihat mangsa covid di intubate dan ditidurkan, itulah perasaan yang aku rasa 3hari terakhir aku jaga bapak aku di hospital. The pain melihat orang kita sayang in critical state adalah the last most painful thing yang kita akan pilih untuk terpaksa hadap dalam hidup kita. Sekurangnya untuk ahli keluarga mangsa covid, tidak perlu melalui trauma melihat the final battle orang tersayang kita terkapai mencapai oksigen untuk terus hidup namun gagal.

Sedih!

No comments: