Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, April 8, 2022

Salam Ramadhan 2022

 Salam ramadhan al-mubarak semua


Alhamdulillah, aku sempat pulang meraikan 1st ramadhan bersama mak di kampung seperti rutin 36tahun yang lepas. Syukur sangat, tak dapat aku bayangkan macam mana kiranya aku kena sambut puasa di perantauan (perantauan la sangat kan, tu pun ada hati nak mohon sambung belajar kat obesi), mesti kemurungan sepanjang sebulan berpuasa.

Lumrah la hidup, dengan mak kita sekalipun, ada ja benda yang nak di gaduhkan, especially anak perempuan dengan mak. Tapi, mak being mak, tetap no. 1 dalam hidup anak-anak. Benda paling bahagia yang kita akan rasa, adalah apabila mak kita excited bila kita ada kat depan mata dia. 

Orang kata, being apart make the love grow deeper. Tak sempat buka mata bangun pagi lagi, mak dah tanya nak makan apa. Tak sempat hadam breakfast, mak dah bagitau dia nak masak apa untuk lauk lunch. Yang kita ni, dok teringin lauk viral yang dok tunjuk dalam FB. Namun, kena la mendahulukan keghairahan mak nak menyediakan makanan kegemaran anak nya. Dalam masa yang sama, kit kena la pandai-pandai rancang, agar makanan viral tu sempat di jamah sebelum nak puasa esoknya. Hidup ni kena la bijak, nak bahagiakan mak, diri sendiri kena bahagia dulu. Gitu. 

Kadang, kita rasa kita dah tersenyum lebar happy bahagia memancar-mancar, namun hakikatnya orang sekeliling tak nampak pun kita bahagia. Sebab, in realiti, kita buatbuat bahagia.. Kita sacrificed untuk bagi kebahagiaan kepada orang lain. Ingat orang lain akan bahagia ka kalau kita buat-buat bahagia. Nope. Depa juga manusia, depa tau bila orang yang depa sayang sebenarnya tak bahagia. ..... 

Eh, apa aku melalut ni. 

Jom back to topik sambut puasa.

3 hari sebelum puasa, aku balik kampung. Kalau balik 3 hari sebelum puasa, maksudnya ada 2 hari je la masa nak enjoy sebab sehari tu konfem-konfem habis dekat atas banjaran titiwangsa-gerik. Aku ni, kalau takda la jalan titiwangsa-gerik ni, memang setiap minggu aku balik kampung. Seram betui la balik jalan ni, namun, sebab sayang, kerana insan-insan kesayangan dihati, aku rempit la jugak naik banjaran ni. Seharian kat sini, malam tu konfem tidur lena.

Sebenarnya, sebelum aku balik, famili members aku dah berkumpul ramai-ramai (which is semua balik kecuali aku, huwaaaaaaa), dan memasak untuk di agihkan kepada jiran tetangga. Sedih sebab dah beberapa kali event ni aku tak dapat join sebab aku di kelantan. ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

2 hari yang best, makan-makan-makan... hehe..macam kan kelantan ni takda makanan best.

Serious la, aku tak boleh nak terima sangat makanan-makanan kat kelantan ni.

First ramadhan, alhamdulillah. 

Berbuka bersama mak. Lepak dan rehat. Dan, mak masak lauk berbuka, hahaha.. Tak guna punya anak.
Puasa ke-2, aku dah bertolak balik ke kelantan.

Alhamdulillah. 

Now, menikmati ramadhan di kelantan pulak.

Nanti la dekat nak raya, atau selepas raya, aku akan ulas pasal pengalaman puasa aku di perantauan negeri serambi mekah ni. Eh, ye ke, kene ke jolokan negeri serambi mekah? hurmmmm.... nanti aku bagi opinion aku..kuikuikui


p/s: banyak benda aku nak share. new labmate, pd trip and kawan-kawan tersayang yang sentiasa di hati yang dah ada buah hati ๐Ÿ˜

No comments: