Sedar tak sedar, sudah berada dipertengahan 2024..
Masih berbaki beberapa bulan sebelum aku perlu kembali menjalani kehidupan sebagai pekerja sepenuh masa.
Cepat benar masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku burst-out bilamana keletihan dan sakit segala tulang-belulang menguruskan emak yang diserang strok. Pejam celik sudah 1.5 tahun emak menjadi stroke survivor walaupun tangan kiri tidak dapat berfungsi. Kami masih lagi kelelahan melayani beliau yang dilanda penyakit kesunyian.
Ya, kadang rasa kelakar, kadang rasa nak marah bila nak layan. Hanya yang pernah handle orang yang dilanda kesunyian yang faham macam mana stress nya nak kena hadap mereka yang kesunyian ini. Mereka nak kalau boleh kita bersentuh kulit dengan mereka, sentiasa 24/7, 7hari seminggu melekat di sisi. Kita nak terkencing pun tak tenang.
On the day emak kena strok, my 2nd sister jatuh. And her condition worsens day by day.
Until one historic day, she was diagnosed with Stage 4 breast cancer.
The stress, the anxiety, the fatigue semua la, all the mixed feeling, buatkan aku rasa lemas nak susun jadual kehidupan. Berulang antara kelantan-kedah, macamkan kubang kerian tu cuma sebelah pokok sena.
PhD and PI for the MOSTI grant are my responsibilities too. Arghhhh
Lepas raya 2023, aku perasan something is not right with my body.
Rasa berdenyut-denyut di breast kanan dan terasa beberapa ketulan.
Aku beranikan diri, pergi ke klinik swasta di Pokok Sena dan Doktor perempuan yang cek aku di Klinik Aman, Pokok Sena immediately buat referral letter untuk instant follow-up di hospital Sultanah Bahiyah, ALor Setar.
Tapi memandangkan, aku akan balik ke USM Kelantan dan meneruskan kehidupan sebagai PhD student, aku minta dia refer aku ke HUSM.
Maka, bermula lah ulang-alik aku ke klinik Breast Cancer Awareness & Research Unit (BESTARI) HUSM.
First appoinment di Bestari, doktor perempuan tersebut dapat rasa kehadiran 2 ketulan. Dan dia terus suggest untuk aku ke unit radiologi untuk confirmation menggunakan scanning machine iaitu ultrasound dan mammogram.
Sebenarnya, sekiranya wanita di bawah usia 40 tahun, adalah tidak digalakkan untuk melalui ujian mammogram. Hal ini kerana, ujian tersebut boleh merosakkan kalenjar di breast. Mesin tu nanti akan compressed segala isi di bahagian dada sebab dia nak kesan kehadiran ketulan tersebut.
Tapi, it is a different case untuk aku. Aku ada dua strong reason yang menyebabkan this restriction diabaikan. Satu, aku ada simptom kehadiran ketulan yang jelas, dan keduanya sebab aku ada history kakak kedua aku yang baru disahkan sebagai pesakit kanser payudara stage 4.
Jadi, doktor terus galakkan aku untuk jalani semua test.
Setelah jalani kedua-dua test, aku kembali ke Bestari dan dinasihatkan untuk menjalani biopsi kerana salah satu ketulan tersebut bukanlah ketulan cyst biasa. Ia diklasifikasikan sebagai complicated cyst sebab terdapat calcification dalam kantung cyst tersebut. Cyst biasa kalau melalui ultrasound, akan nampak hitam kat dalam dia, tapi complicated cyst ni akan nampak macam ada mass kat dalam dia.
Which is not a good sign.
"Puan, this is classified as BIRADC 4B. The percentage for cancer is 30-70 %."
"Kita buat biopsy dulu yer"
"Saya nasihatkan puan untuk buang selepas ni. Kita taknak simpan unnecessary thing dalam badan kita. Samada it cancerous or not, saya nasihatkan kita go for surgery, so you will have a clear mind"
Aku ingat lagi that Indian lady doktor. Tegas sangat dia cakap, tah la kenapa bila nak release result tu aku diconsult oleh beliau. Padahal doktor aku sebenarnya orang lain. Dr. aku nama nya Dr Shahida.
So, aku pun ke unit radiologi semula untuk prosedur biopsi.
Tapi, semasa prosedur baru nak start, masa diorang tengah briefing tu. Aku tiba-tiba, rasa takut yang teramat. Macam-macam datang dalam fikiran. Aku start questioning all the risk that could be happened, and surprisingly, aku back-off. Aku surrender untuk sesi tersebut, aku tak cukup kekuatan nak lalui biopsi dengan hati yang tenang.
Aku pun call semula Bestari to inform them yang aku nak jumpa doktor semula.
After few days aku naik semula ke unit Bestari. Kalini doktor lelaki pulak yang entertain aku. Konpius betui aku siapa la doktor aku sebenarnya. Doktor ni senyap ja, tak faham aku sebenarnya sapa yang pemalu ni, and luckily that indian doctor also there.
Dia pun tanya why you refuse? You takut ke?
Dia siap suruh doktor lelaki tu tunjuk gambar-gambar if biar and melarat jadi breast cancer, betapa teruknya payudara tu akan bernanah. Huhuhuhu..
Aku pun bagitau dia, aku takut sebenarnya.
"Do you want me to come with you and hold your hand during the procedure? I can come with you"
Actually masa all this processess aku masih mempunyai perasaan malu yang sangat tebal.
"No Dr., its okay. I think I can handle it well this time"...
Kami pun dapatkan new slot untuk repeat semula biopsi.
Alhamdulillah, the biopsi went well. Sebenarnya, prosedur tu dilakukan dalam keadaan aku dibius ditempat yang nak dicucuk tu so aku langsung tak sakit. Tak terasa pun masa jarum besar tu dipetik untuk depa sedut cecair dalam kantung tu. Cuma prosedur tu lama jugak, sebab repeat banyak kali, doktor-doktor MO tu pun nervous sama naik dengan aku. 5 kali ok tembak nak dapatkan tapi tetap la sikit je yang dapat. Sampai depleted la kantung tu. Dan satu benda yang doktor tu tegur,
"Eh, kenapa badan awak shaking ni" hahaha.. Mesti la, walaupun tak sakit, tapi tetap takut tau.
Takut sakit...haha
Lepas prosedur, memang tidak digalakkan buat kerja berat, tak boleh angkat berat, tak boleh drive. Tapi aku kan degil, pada hari ketiga, aku dah drive balik kampung. Dasar ketegaq. Dan, alhamdulillah, takda sebarang komplikasi. Komplikasi ni lebih kepada ditakuti tetiba bleeding kat tempat yang di cucuk.
Lepas tu tetiba one day, aku dapat call bagitau operation date adalah bulan 3, seminggu selepas puasa start. Eh, cepatnya. Saya tak bersedia la.. Tolong anjakkan tarikh yang lambat sikit.
Maka, dapat la aku tarikh bulan Mei 2024.
Sebenarnya aku tak ingat la aku ada jumpa doktor atau tak selepas biopsi tu. Macam takda pulak depa explain kat aku apa keputusan biopsi aku. Aku pun tak fokus sangat nak tau apa result dia sebab dalam otak aku dah set. Walau apa pun terjadi, aku akan buang makhluk aneh dalam badan aku ni. jadi, mungkin sebab tu aku tak fokus sangat dengan result biopsi. Aku dok fikir taknak buat pembedahan tu cepat sangat, nak betul-betul free dari segala benda alah MOSTI ni baru nak masuk dewan bedah.
Hurm, in your dream dayah!
So, gedebuk gedebak gedebuk gedebak, dah sampai bulan puasa. Doktor call lagi sekali, dan tanya aku tak jadi ka buat pembedahan bulan 3?
Amboih, pandai doktor libang libu kan perasaan saya yer. Tak jadi yer doktor, kan dah anjak ke bulan jun.
Lepas tu, aku pun dapat satu tarikh pembedahan iaitu pertengahan bulan april, elok-elok selepas raya untuk buat ultrasound lagi sekali. Aku kembali awal ke kelantan selepas raya. Tak puas rasanya beraya bersama keluarga :(
Sesi ultrasound berjalan lancar. Masa ni aku dengar la doktor pakar radiologi tu question kenapa depa (doktor radiologi yang jalankan test mamogram&ultrasound) bagi aku BIRADC 4B. Sebab tu la aku kena jalani pembedahan. Masalah nya, depa dok tanya aku kenapa nak buat pembedahan. Aku mana la tau, aku cuma ikut treatment plan yang ditetapkan oleh unit Bestari. Im sure they know the best treatment plan for each cases.
Prosedur nak masuk wad ni sangat kelam kabut yer. Yang dok kelam kabut call merata tu aku la. Sebab bestari kata aku tak perlu masuk wad, radiologi kata kena masuk wad. Tak paham aku, nasib baik aku tak naik angin dan cancel all the thing. Ha, jangan main-main.
Last sekali, aku dapat selesaikan. Dan doktor aku hanya call hari khamis nak maklumkan suruh ambik admission note pada ahad atau isnin pagi. Hurm, dah terlambat doktor, saya dah uruskan semua benda.
Gagal betul HUSM jelaskan prosedur masuk wad kepada pesakit. Cemana dapat ISO9001 ni?
Jumaat petang housemate aku, Dr Woo Xiang Ling, bawak aku ke wad 3U. Wad aku akan stay sepanjang 3H2M tu, dia nak aku bersedia mental dengan keadaan wad.
Lepas tengok wad tu, aku takda la rasa teruk sangat tapi aku rasa menyesal pulak tak guna insurans aku untuk masuk private wing USM yang dibawak USAINS. Alamak. Bodoh kan bayar bulan-bulan mahal-mahal tapi tak guna medical card tu. Yes, itu la aku.
Then comes the historic moments...
10 Jun 2024.. Aku sepatutnya kena daftar masuk ward jam 10am.
What actually happened?
Aku tak boleh tidor, dan aku hanya terlelap selepas subuh. Dan aku terjaga pukul 10 pagi. Dah alang-alang lambat, aku pun mandi, shampoo, bersiap relax2.. Siap makan nasi dan nescafe ais di kafe sorang2. Alang-alang dah lambat kan...
Lepas register, naik ke wad, you know what happened? Wad penuh, katil takda kosong.
Aku mohon nak masuk USAINS, seorang doktor surgeon oppa hensem escort aku ke unit USAINS, malangnya USAINS pun penuh. So, doktor tu suruh aku tunggu je la queue operation public line seperti yang dah dirancang. Ok, i dont mind pun mana2 cuma wad 3U tu panas..huhuhu
I tak boleh panas2 ni, x lena la malam ni...
Dalam pukul 2 camtu, dapat katil kat wad 3U. Katil no.1, masuk je pintu terus jumpa katil aku dulu.
Bermula la sesi didatangi doktor dan nurses non-stop. Check blood la, gula, ECG, pasang branula.
Then datang 2 doktor lelaki, sorang cina and sorang malay. Yang terangkan all the risk and everything adalah the malay. So, aku ingatkan dia adalah surgeon yang akan operate aku. Tiba-tiba, doktor cina tu cakap, "i nak check la ketulan tu" dan terus tutup semua curtain. OMG... hahaha... Nope, i tak pernah lagi selama ni diperiksa oleh doktor lelaki, sebab radiologist yang buat test akan mintak permission sekiranya memerlukan kehadiran doktor lelaki, adakah aku akan bersetuju dan biasanya doktor lelaki datang tengok skrin je sambil depa dah tutup badan aku.
Tapi, kita profesional. Eh, dua-dua pulak tu dia check walaupun nak operate sebelah kanan.
Rupanya, bila aku tanya seorang doktor lagi, dia bagitau doktor cina tu adalah surgeon aku esok. Oh, no wonder dia nak check in details. BTW, doktor yang aku tanya ni dia selalu datang and tanya aku "betul ke you dah ready nak buat operation?" masa tu aku tak sure kenapa dia tanya, now, aku rasa mesti dia tanya sebab dia baca report aku dan aku kan pernah refused biopsi.
BTW, his name is Doctor Nicholas, a tall charming doktor. Setiap pagi akan datang greet and always smiling.
Tapi mostly doktor kat unit surgery tu memang lelaki la. Kenapa eh tak ramai perempuan pilih kepakaran in surgery especially breast & endocrine surgery? Hectic kot eh life?
Then come my anaest. A Malay male doctor. Tak silap aku nama dia, Dr Adni, young smiling face guy. Actually bacaan darah aku sangat tinggi, and sepanjang kat wad tu aku memang pulun siapkan report MOSTI. aku nak hantar minggu tu jugak sebab aku taknak ganggu recovery period aku nanti. Bila doktor tengok bacaan darah aku tinggi which is kadang-kadang cecah 160/110 and usually more than 145/93, risau jugak. Tapi doktor keep tanya, aku stress dengan kerja ka. Haha.. Aku mati-mati cakap dekat depa aku fulltime student dan tidak bekerja. Student sangat kan masuk wad nak operation dan selepas operation pun masih dengan laptop. Ya, student la yang paling takut tetiba SV tanya tanya progress, kalau bekerja boss tanya cakap je la i warded and akan ambil long MC.
Malam tu, tengah malam, nurse datang bagi pil tidur. "Doktor bius suruh puan makan ni sekarang yer"... Okes..Malangnya, aku tak tidur jugak semalaman.
Esok pagi dalam pukul 7.30am, nurse datang bagi satu lagi pil tidur. Padahal dah puasa since 4am, dia cakap takpa minum je air sikit. Ok, makan je la dengan harapan boleh tidur. Dalam 7.45am, mereka tolak aku ke unit radiologi untuk prosedur pertama.
Masa ni dah siap-siap pakai baju operation dan cap, cuma bagusnya diorang bagi tudung untuk pakai atas cap tu. Macam apa je rupanya. Lantak lah mak jemah.
Ultrasound Guided Hookwire Localization
Memandangkan saiz lump/ketulan tu sangat kecik, and susah nak locate kat mana lokasinya, maka ia memerlukan sistem ultrasound untuk locate kat mana ketulan tu. Lepas tu, tempat tu akan ditandakan dengan satu wire halus terus ke permukaan kulit.
Prosedur ini dilakukan oleh radiologist bagi menanda tempat/tisu yang nak dibuang. Nanti, surgeon akan buang tempat ditanda dan tisu sekitarnya.
Masa tengah prosedur tu, tiba-tiba aku dengar ada suara lelaki kat dalam bilik prosedur. Daripada side eyes, aku rasa orang tu Dr. Nicholas. Maybe dia nak pastikan prosedur berjalan lancar dan aku tak tarik diri tiba-tiba. Haha.
Aku: "Besar ka wire tu"
Radiologist: "Wire tu besar seurat rambut je"...
Aku pun side eyes kan bahagian dada, oh, gitu bentuk hookwire localization.
Setel semua, nurse tolak naik semula ke wad sementara nak tunggu turn operation.
Sebenarnya aku patient first untuk operation, tapi disebabkan aku kena masuk radiology, depa estimate aku akan jadi patient kedua atau ketiga. I'm okay, gwenchana.
Naik atas, jadi tikus makmal geng-geng HO nak soal siasat. Aku suka je jawab-jawab soalan ni.
Hah, apa lagi nak tanya? Nak tau history, A-Z aku bercerita.
Orang nak belajar kan, kita kena la support, nanti diorang jugak yang akan operate patient. So, kita kena gives full support to them. They are learning through real-life experiences.
Wide Local Excision
Dalam pukul 10.30 am, nurse datang nak tolak masuk OT. Macam sakit teruk pulak aku rasa ditolak tu. I dont loike the feeling.
Masuk je kawasan OT, receiptionist dewan bedah akan terima kita. Dia nak pastikans egalanya betul. Alamak. Baju salah pakai. Masa kat radiologi kena pastikan ikatan kat depan. Tapi masuk dewan bedah kena pastikan ikatan kat belakang. Adudu, dah la naked, kena buka baju kat situ jugak. Hahaha. Nasib baik nurse-nurse tu tolong cover. Dah la dengan wire kat dada, pastu nak tukar baju kat atas katil.. Azab betul. Then, receiptionist tolak ke lobi dewan bedah.
Tak lama pastu, nampak surgeon aku datang (DR ALEX). Tapi dia ni serius je, aku pun diam je la. Dia baca-baca fail pastu tah mana dia pergi.
Then, team anaest datang. Dr Adni dan geng (3 orang Dr lelaki)... Dan mereka bertiga tolak katil aku ke dewan bedah.
Dr Adni: "Puan orang yang saya jumpa petang semalam kan?"
Aku : "Ye saya la yang jumpa semalam"
Dr Adni: "Oh, lain. Maybe sebab ni tak pakai spek kot"... wah dia ingat aku pakai spek kemarin..hahaha
Aku: (tersadai macam dugong, memang la nampak lain, dengan tudung atas operation cap, macam mak jemah dah rupa aku..)
Dr Adni: "Boleh tidur tak semalam"
Aku : "hahaha, tak boleh"
Kawan dia: " Kalau kita tak boleh buka mata dah telan ubat tu"
Dr Adni: "nanti jangan lupa mengucap ye"
Aku angguk je la
Bila pintu dewan bedah di buka... Macam mimpi... Aku rasa sebiji macam dalam drama. Rupanya ia nya adalah sama. Aku masih terbayang lampu besar dan operation table kat tengah-tengah tu.
Then depa mintak aku anjak ke atas katil operation. Terbaring macam dugong kelemasan.. Hahaha
Pastu ada staff dewan bedah buka baju dan selimut-selimutkan aku. Pastu dia terlanggar kaki aku, aku rasa kain selimut tu macam tertarik. Ish, lelaki memang tak paham kan kita ni sebenarnya malu.. geram aku.
Dalam aku dok geram, aku nampak samar-samar macam ada penekup hidung tu. Tak sempat baca apa, aku terus padam....
Aku rasa ia adalah satu perasaan sangat indah, tidur paling nyenyak...
Tiba-tiba,
"Hidayah bangun"- terasa ada orang pegang bahu aku..
Dalam keadaan mata nak pejam tak pejam tu, aku nampak aku dah atas katil semula. Dan ada katil lain sebelah aku. Macam ada orang bercakap kat kepala, aku rasa mungkin itu suara nurse wanita yang tolak aku turun ke bilik pembedahan tadi. Aku masih lagi mengantuk, tapi dalam masa sama aku nak buka mata. Ya, baju dah elok dipakai semula. Cemana depa pakai, lantak laaaa... Yang penting aku tak ingat apa-apa.. hahaha
Dalam keadaan separuh sedar mata boleh buka tak boleh buka tu, aku ditolak naik ke wad. Masa keluar ke koridor tu dengar la nurse tu jerit nama aku, dengan harapan ada ahli keluarga aku menunggu kat ruangan menunggu tu... hahaha.. nan hado, even depa taktau pun yang aku go thru operation.
Masa tengah tunggu nai lif ke atas, dengar bising-bising. Budak-budak lab (akma, amalin, fizz, iffah etc) rupanya datang nak tengok, tapi sebab aku belum naik ke wad, depa dah turun untuk kembali ke lab. Nasib baik terserempak kat lif "eh, hidung akak berdarah"... Aku masa tu macam nampak depa tapi terlalu lemah nak bagi respond.
Sampai katil, move ke katil aku pulak. Nurse tu pesan "jangan bangun yer, mengesot je"... terperanjat depa sebab masa kat bawah aku bangun tukar katil. Takut le tu aku tetiba jatuh, lain kali bagi la arahan clear sikit "jangan bangun yer, mengesot je tukar katil".
Aku masih mamai kat atas katil. Kejap-kejap lelap. Aku cuba main sudoku. Itu pun kejap-kejap sudoku tutup muka. Dalam pukul 4 macam tu baru aku kembali ke dunia nyata. Dengan baju operation dan tudung mak jemah tu, haish seksinya...
Dr Anaest datang.
"tadi hidung awak berdarah sebab kita masuk tiub. Erm, kerongkong luka sebab tiub pertama kita masukkan tak boleh masuk. Kita masukkan yang awal tu ikut berat badan, tapi besar sangat. So, kita reduce to one size smaller baru boleh masuk, so kerongkong cedera"
Aku angguk je la.
Then, Dr Nicholas datang.
"Dr join ke kat dalam OT tadi? Ada gambar tak"
Kecewa sebab dia cakap tak join. Lupa aku nak tanya sapa lagi yang join. Surgeon aku, Dr Alex tak datang pun jumpa sampai aku discharge. So, i have no idea how big the incision, how deep etc.
Malam tu, lepas mandi bersihkan diri, aku dinner dengan housemate (Xiangling belikan subway- tak boleh makan sampai habis pun sebab tekak aku kan sakit) dan Liza.
Esok nya, awal pagi aku dah ready untuk dicharge. Specialist round and suruh bagi aku 2 weeks MC. Walaupun sebelum tu aku mati-mati cakap aku tak perlukan MC, terima je la.
Dalam 4.30pm, baru la aku boleh discharge. Yeay.
After 10 days, ada drainage yang teruk dan aku suffer post-complication sampai hari ke 29. Urghhhhh
Memori pahit yang buat aku trauma nak lukakan diri sendiri.
What a bitter-sweet memories. Untuk orang yang tak pernah sakit sampai kena masuk wad.
There is one time, aku pergi jumpa klinik pakar pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah since drainage tu tak ok. Masa aku tengah tunggu turn tu, aku pergi la lepak di cafe hospital. Aku tumpang satu meja kakak ni, dia bawak anak dia untuk rehab.
Ya, aku kan nampak sihat walafiat. Dia tanya aku satu soalan, yang tajam nya sangat menghiris kalbu "Hidayah pergi klinik kanser ke?"...
Paling lemah aku rasa, sebab aku hanya mampu mengangguk.
Tapi harini (9 Julai 2024), aku dah discharge dari klinik dressing. Luka dah kering. Alhamdulillah.
Khamis ni, aku akan dapatkan result patologi untuk operation. Adakah aku bebas cancer? Hanya Allah yang tahu, dan dalam hati ni, hanya Allah juga yang tahu betapa libang libu nya.
I will update you soon.
Walau apa pun keputusan khamis nanti, aku percaya, everything happens for a reason.