Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, July 19, 2024

Pembedahan complicated cyst - Update

 Pada 11 Julai, khamis.

Pagi tu aku ke Bestari, HUSM. Ditakdirkan doktor pagi tu adalah lelaki foreigner dari negara berdarah arab aku rasa. MasyaAllah, payah betui nak tangkap dia cakap apa. Sedihnya, result aku belum ready lagi. I means the fullreport. So, doktor tu call jabatan patologi dan secara verbally depa bagi confirmation bahawa ia bukan sejenis malignant. 

Alhamdulillah. 

Happy sangat. Rasa hilang satu beban di dada.


Kakak aku terus tanya, how is it? And petang nya, SV pun wasap tanya, how is the result?


Dan semalam, 18 Julai 2024, aku sekali lagi ke Bestari. 

Aku: "Kak, saya taknak jumpa doktor lelaki foreigner tau" aku mintak dekat misi kat kaunter tu.

Misi: "harini ada 3 doktor perempuan"

Fuh lega.

Dan aku di attend oleh doktor cina perempuan, yeay. Fullreport dah siap, double yeay.

Doktor: "Ok, harini kita dah ready dengan full report. It is not malignant and not cancerous, it is just benign".


Aku pulak pergi bersoal tanya, why haritu radiologist tanya aku kenapa aku nak go for surgery and kenapa pakar radiologist tanya MO kat situ kenapa depa bagi BIRADC 4B kat aku.


Masa tu aku rasa why aku kena lalui all the complication after the surgery. The emotional rollercoaster dan perubahan fizikal yang tak mungkin akan kembali seperti normal. Sedih sedih sedih. 


Menggagau doktor tu baca balik semua report.

"Tapi kes you masih diklasifikasikan as BIRADC 4a. You still need to remove it"


Aku senyum ja. Surgery has been done. I mean the damage has been there. I cannot get the perfect breast anymore. Nothing can be done melainkan plastic surgery. 


Kawasan pembedahan masih lagi keras dan lebam. 

Doktor mintak buat ultrasound dan mamogram sebab ada satu lagi ketulan yang tak di buang. Tapi ketulan tu cuma normal cyst. 


"Doktor, saya tak nak buat mamogram. It is so painful. Just refer saya for ultrasound"


Fasa sekarang, menunggu untuk ultrasound. Dan tarikh tu maybe selepas aku dah kembali balik bekerja. Dan aku masih perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan, untuk review samada aku perlu melalui pembedahan plastik sebab luka pembedahan tidak cantik.


Terima kasih Ya Allah. 


Lega satu hal. 


Hopefully, the tenderness will heal over time. 

No comments: