Since last week, aku sangat tertunggu-tunggu hari Sabtu, sebab sabtu adalah hari aku akan balik ke Kelantan.. I cant wait for sabtu.. I cant wait to reach Kelantan..Gila kan
Kalini, kembali ke kelantan adalah kerana nak check out asrama, jumpa semua kawan adik2 lab dan supervisors, dan jumpa cardio clinic untuk appoinment echo dan stress test. Appoinment cardio ni adalah kesinambungan dari kisah aku chest pain dan bermalam di yellow zone in september. Actually, kalau ikutkan appoinment yang emergency dapatkan adalah pada Februari 2025, tapi aku pergi sendiri ke jabatan kardiologi dan mintak cepatkan. Alhamdulillah the date is just great.
Pada 28/10/2024, aku pergi appoinment acho test. Walaupun nurse tu buat lawak sekejap buatkan otak aku pikir macam-macam, tapi thing turned out well.
Nurse: "Awok ni buat test ni untuk ON ubat chemotherapy ko?"
Aku: Ëh taklah"
Nurse: "Ko awak baru nak mula kemo?"
Aku: "tak tak.."
Astaga.. awat pulak melalut ke kemo bagai ni..
Nurse: "Tengok kad awak ada appoinment Bestari, ingatkan buat test untuk sana""
Hurmmm... i cukup tak suka guna kad yang ada appoinment Bestari untuk any appoinment lain. I rasa semua orang pandang i serong..
Nurse: "Tak comey la.."
Bayangkan dia dok ulang ayat tu few times sambil mata tengok monitor dan tangan tengah dok scan jantung aku. Eh, masa tu otak aku pikir pasal segala harta aku ada, nak letak nama sapa ni.. ahahhaa
Tapi maybe dia memahami kerisauan aku, tiba-tiba dia cakap gini;
Nurse: "Yang tak comey tu bukan result tau, ni monitor ni tak lawa gambar dia.. Boleh la gambar ni asalkan nampak elok je ni... Result awak ok jah"
Lega hati i.. Dah la tunggu nak masuk bilik tu habis 3 jam.. Dapat time-slip saja pulak tu, mc tak boleh ..
Pada 29/10/2024, aku ada appoinment stress-test. Stress ni bukan nak tau tahap stress aku tau, ni stress-test untuk cardio, still aku kena pi jabatan kardiologi.
Tekanan darah aku ok, 143/84
Pastu dia pasang segala sticker kat chest aku.. And aku akan lari atas treadmill with increased elevation sebanyak 4 fasa.. Menarik, berdebar gila aku sebab aku dah lama x lari...
Ini la mesin treadmill tu, aku kena lari sebanyak 4 fasa dan setiap fasa adalah selama 3 minit dan setiap satu minit mesin tu akan measure jantung dan heart rate aku.. Aku sempat lar 3 fasa ja.. Masuk fasa ke-4 dah kena lari, boleh pulak nurse+doktor dok tanya aku larat ke tak, siap cakap kalau tak larat boleh stop..Opkos la aku terus stop.. Penat kot..Aku ni ada tanggungjawab besaq yang lain lagi..
Masa aku dok jalan atas tredmill, aku dengar dan nampak Dr Faisal (doktor yang handle kes aku) dan sorang lagi doktor perempuan dok selak fail aku, sambil dok bincang adakah aku dihantar oleh Bestari. Aku dok rasa nak menjawab je, nasib baik kakak nurse tu tolong jawabkan,
Nurse: "Emergency yang refer dia ke sini""...
Thank you kakak nurse yang peramah dan baik hati.
Lepas aku setel atas treadmill tu, doktor suruh aku rehat kejap selama 6 minit... Dr Faisal (yang pakai mask kat dalam gambar atas tu) dok call-call, dok keluar masuk bilik treatment ni..Aku tanya nurse tu, ok tak result aku, nurse tu kata OK. Bila doktor tu duduk kat kerusi dia, aku pun tanya dia ok tak result stress test aku, and dia kata OK.
Tapi dia macam tak tenang and dok keluar masuk bilik tu. Ish geram aku.
Doktor F: "Your LDL very high. I need to confirm something"
Tak lama kemudian dia masuk bersama seorang lagi doktor perempuan dan depa mintak nak cek mata aku. The moments depa nampak je ring pada mata aku, muka masing-masing macam YES, WE FOUND IT... Rupanya dia syak aku ada familial hypercholesterolemia.. Sejenis penyakit yang disebabkan oleh genetik dan boleh menyebabkan stroke atau masalah jantung.
Tak lama kemudian, Prof. Dato. Dr. Zurkurnai (Ketua pakar cardiologist HUSM) masuk, dia cek semula mata, genggam-genggam tangan kanan aku dan cek kaki aku.. Bila Dr Faisal bagitau aku student PhD virologi, Prof tanya aku buat pasal covid ke? Aku pun dnegan bangganya bagitau aku study on hepatitis B..cey
Masa dia cek tapak tangan kanan aku dia komen macam ni;
Prof: "Tangan ni sedap sangat.. Ni kalau kena ni sakit ni.. (Sambil prof pandang HO kat situ).. "
Aku: "Kalau nak try pun boleh jugak.."
Sebenarnya aku malu dia dok tunjuk tangan aku depan semua orang. Aku memang ada insecurities dengan tangan aku..
Lepas tanya few questions, dan konfem dengan diagnosis, berbincang pasal tratment dan ubat yang sesuai dan mampu untuk aku, Prof pun belah. Sebelum belah, Prof ingatkan lagi sekali pasal the best medicine and Prof cakap macam ni: ""Dia belajar virologi, dia faham pasal ubat tu"... Gituuuu
Dr. Faisal mintak nak cek semula mata dan kaki aku.. Nasib baik dia tak mintak nak pegang tangan aku.. Aku dah cukup kuota pegang tangan dah pada hari ini.. Tak sanggup olready..
Dan setelah berbincang semula pasal ubat, aku ambil keputusan taknak melalui ubat yang quite bagus tu sebab sekali injection harga dalam 600lebih dan sebulan kena 2x injection.. Bankrap la makcik landlady ni..
Jadi aku akan teruskan treatment dengan makan ubat Atorvastation...
Walaupun Dr. Faisal kata ubat ni sebenarnya tak berkesan pun, dan dia sambung ayat ni:
"awak consider lucky kalau ubat tu berkesan".
Hopefully, I am that lucky patient.
Ceh, tak membantu memberi semangat kat aku langsung.
Kata Dr. Faisal, even diet dan exercise also not helps in my case. Arghhh lemah aku
Masa dia tuliskan MC aku, dia cakap macam ni;
Dr F:"Tak sangka sirim ada bidang lain selain elektrikal.. Siap belajar virologi"
Aku malas nak komen apa-apa, aku senyum je la..
Otak aku tengah pikir pasal apa aku nak buat lepas ni.. hurmmm
Pastu masa Dr Faisal nak update diagnosis aku, aku nampak my first diagnosis adalah KANSER PAYUDARA - Bestari... my heart break into pieces..
I know it is my times to move on and lupakan pasal diagnosis pertama, it is too hurtful. The only way untuk moving forward adalah go to another hospital for new chapter beginning. Thats why aku mintak Dr Faisal refer aku ke hospital kulim.. Aku taknak dihantui dengan kanser payudara lagi dah..
Life must go on kan..
Aku mintak kat Dr Faisal untuk snap nama disease aku ni