Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, November 14, 2024

Alone

 Sejak hujung tahun lepas, setiap kali balik ke Kulim atas urusan kerja, aku akan singgah tidur di rumah aku di Kulim. Sebelum tu, aku pilih untuk stay di hotel, tapi lepas Lyla suggest untuk cuci rumah aku sama-sama, maka aku dah start selesa tidur kat rumah aku sendiri selepas tu.


Jadi, bila aku dah kembali semula ke Kulim, aku terus duduk di rumah sendiri. Slowly equipped rumah dengan basic things. Pasal duit tak payah cakap la, mengalir macam air. Haha

I am proud of myself. I equipped the house alone.


YES, I live alone. Kat rumah 2 tingkat ni, macam perempuan gila dah aku rasa hidup sorang-sorang. Haha. 

Bayangkan eh, rumah 2 tingkat dan kosong, duduk sorang, bilik master je ada katil. Macam gelandangan je kekadang aku rasa tapi aku rasa perasaan CONTENT tu.


Perasaan bercampur baur. Kalau boleh usahlah di tanya. Penampor je jawapannya. 👅


Mungkin sekarang aku rasa sangat selesa duduk sorang. Malam-malam fokus writing (walaupun perkataan fokus itu terlalu besar makna nya).. 


Masalah aku sekarang, mak aku asyik call suruh aku berulang dari kampung ke Kulim sebab dia sunyi. Adudududu

Poksen ke Kulim hampir 100KM... Sehala.. Ko rasa? hahaha


Cukuplah kot dulu aku buat Kubang Kerian tu sebelah Pokok Sena, sekarang ni aku pun dah hampir nak kena jumpa psikiatris dah.. Tak usah di tambah bara yang tersimpan.. hahaha


Kita embrace je la perasaan sunyi kita tu mak...


Gituuuuu

No comments: