Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, September 29, 2013

Apple vs Samsung- macamkan terer sangat

Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke raya haji. Seronok tengok orang pegi haji tahun ni, sebab nampak macam depa dah sangat bersedia untuk menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Walaupun bilangan kuota berkurang dan ramai yang tak dapat pi dan ramai juga yang meninggal sebelum tunaikan haji (setakat ni 3 orang) namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk aim berada disana sebelum berumur 35 tahun. Semoga syurga milik jemaah yang meninggal, cita-cita setiap orang nak meninggal ketika menunaikan umrah atau haji, walaupun mati di mana pun sama saja namun istimewanya mati dalam keadaan diri bersedia menemui Allah tetap sangat istimewa bagi saya. Hati orang yang nak menunaikan haji atau umrah perlu bersih, perlu bebas daripada hutang, perlu mendapatkan kemaafan daripada semua orang dan paling penting perlu menyesali semua dosa–dosa yang telah dilakukan dan berniat untuk tidak mengulanginya lagi. Even kita yang tak pi sana pun perlu sentiasa macam ni kan sebab mati tak kenal tempat, usia dan siapa kita. Sapa la yang tak takut mati, macam saya ni, amal pun takdak, nak mengharapkan doa anak yang soleh pun tak pasti ada ka tak. Hehe.
 
Pagi ni saya dengar kuliah tajuk kenali pasangan, dan seperti biasalah orang bujang  ni dekat pukul 7am baru buka Tv. Kuliah pun dah nak tamat. Cuma point yang saya nak share adalah pasal sekufu. Disebabkan sekufu adalah salah satu ciri yang perlu dititik beratkan dalam kita memahami pasangan makanya ustaz menyarankan agar kita sentiasa mengimbangi ciri ini dalam diri kita dan pasangan before and after berkahwin. Contohnya, sebelum berkahwin sama-sama ambik degree pendidikan, tapi lepas grad perempuan jadi cikgu dan lelaki join kawan buat bisnes dan kemudian berkahwin. Lepas kahwin otak suami sentiasa pikir pasal bisnes dan ruang lingkup dia adalah kawan-kawan yang bisnes dan pasal untung rugi di mana sangat berbeza dengan sang isteri yang ruang lingkup dia adalah hanya anak2 murid. Makanya sang isteri perlu belajar memahami nature kerja suami supaya tak jakun untuk dibawa ke majlis-majlis suami dan kawan2 bisnesnya.Tak pun sang isteri boleh buat bisnes kecil-kecilan macam jual kerepek dekat sekolah (Ehhh!!). Tak aci tak aci, sang suami pun kena juga cuba-cuba join aktiviti kat sekolah, mungkin lepas dah hantar isteri pi kerja boleh sembang-sembang dengan pak guard sekolah nak tau cerita-cerita nakal anak-anak murid sang isteri. Nanti takda la jangok sangat bila isteri nak share pasal keseteresan dengan student, sang suami sibuk dok belek Ipad Mini.. Ok? Takpa takpa, kita ambik info ni sebagai maklumat yang caring is sharing, dan kita amalkan nanti kerana ‘it takes two to tango’.
 
Sebenarnya sambil type ni sambil pegang hati, hati den ni dah remuk seremuk skrin henfon kuning pemberian hosmet. Satu malam yang indah, saya menjadi sangat rajin, mengutip sampah sarap dalam kereta penuh satu bag plastik, sambil pegang henfon saya pun baling la sampah tu kat longgokan sampah yang nak di kambus esok pagi. Namun, kusangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari, henfon ni yang terbang. Syuuuuuuu...dushhhhh. Ingatkan tahan lasak sangat samsung ni, sekali angkat tengok skrindah berkecai. Sedih sedih sedih. Bukan sebab apa, dok bayangkan kena keluarkan duit beli fon baru. 3 malam tak nyenyak lena, dok pikiaq nak fon macam mana. Pusing kiri, pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan, Ifon jugak yang menjelma diruang mata. Abis cemana, ongkos seratus dua ja tapi hati terpikat pada cik Apple. Tanya pendapat sorang dua, semua suggest beli samsung sebab guna Android so senang nak install apps, takdak sapa yang sokong sangat nak guna Ifon. Tapi hati den ni, hati ini yang dah jatuh cinta tahap dewa dewi. Bila buat review pasai samsung and Ifon, hati den bertambah jatuh cinta. Der, mana boleh nak compare product mamat workhard dengan product mamat worksmart. Mat saleh ni kerja ontime, tapi steady dan beberapa yang saya kenai jenis tak kedekut ilmu. Tambah pulak kalau kita baca jurnal depa, sangat membantu. Tak macam paper korea, ada ka patot publish result yang depa dah tau memang method tu tak menjadi. Yup, kelihatan berat sebelah di situ. Satu lagi saya boleh tanya seller-seller kat tepi jalan pasai samsung, even anak menakan pun boleh buat tutorial pasai samsung either note 3 or S4. Tapi saya terpaksa ke kedai Apple nak tau pasai ifon. Wah, nampak tak betapa istimewanya Ifon, hang tak boleh dapat info tepi jalan der. Sangat secretive even mamat Apple pun tak boleh bagi details on Ifon5 sebab ianya hanya akan ada dalam market pada Disember. So, kena tunggu sampai dah ada kat sini baru boleh cakap lebih-lebih. Cuma kalau guna Ifon tak boleh install WhatsApps secara percuma, kena beli la pulok. Habis la kena bahan dengan Cik Ella kalau beli sematfon takdak WhatsApps. Setahun dok zikir kat telinga ni, “Dayah, beli la sematfon, senang aku nak watsap”.. sekali aku beli takdak WhatsApps. Haha. Paling best pasal Apple adalah, cewahhh, macamkan penah guna barangan Apple, dia sangat classy dan seksi. Ifon takda la guna cover plastik mcm samsung, dia guna Al tapi still Ifon ringan sangat and guna sebelah tangan pun boleh. Ok, better stop sekarang sebab cakap banyak pun tak guna, harga Ifon sangat la mahei.
 
Btw, Happy graduation to my niece, cepatnya masa berlalu, macam baru semalam update pasal kaklong mendaftar di USM, tetiba dia dah konvo. Tak lupa, Selamat pengantin baru kat Anem and Jijo, hadiah korang this week aku bagi..

 
 Seperti biasa, pengapit terhormat of the year!!!! Thanks bro, hang memang sporting..

Thursday, September 5, 2013

Khas buat Hajar

Selamat Hari Raya.. Hari raya ke-27 saya..
 
Dalam kerancakkan isu mesir dan syria, dikejutkan pula dengan isu kenaikan bahan bakar-minyak. Saya yang menurut perintah ni, tak kisah minyak naik ke tak. Duit berkepok kat dalam bank tu cuma bukan nama saya la akaun bank tu. Dalam memikirkan kenapa minyak mesti naik harga, reason yang paling selamat sekali adalah kerana orang sekeliling saya semuanya MAMPU. Mampu beli rumah ratus-ratus ribu, mampu beli kereta cecah ratusan ribu, mampu beli baju ratus-ratus ringgit, henbeg coach ribu-ribu... Orang yang kategori kurang mampu macam saya, duduk diam-diam, jangan beli barang mahal-mahal sebab perlukan duit lebih nak isi minyak balik kampung setiap hujung minggu. Setakat naik 2kupang tu hidayah, small matter. Orang lain duit jatuh sekupang dua takdanya nak kutip, jadi setakat minyak naik 2kupang tu senyap jela..
 
p/s:
Ok hajar.. setakat memenuhi masa lapang hang.. haha.. Nak tengok gambar raya aku? ada la sekeping ni, cilok kat FB anak sedara..



 

 
 
Lama pulak tak jadik pengapit.. ni time mengapit Zilah, Jar...
 

Thursday, July 18, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum,
 
Hari ni dah ramadhan ke-9, esok dah ke-10. Sekejap sangat. Alhamdulillah walaupun rasanya cepat sangat masa berlalu tapi ada beberapa projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan. Walaupun tahun ni sorang ja ke terawih dan sebagainya tapi segalanya masih dalam keadaan terkawal. Minggu pertama memasak dirumah untuk berbuka dan minggu ke-2 ni dah start rotate berbuka di masjid berdekatan. Seronok sebenarnya berbuka kat masjid walaupun kelihatan janggal sebab dok berbuka sorang-sorang bila orang-orang kat sebelah makan dengan anak-anak dan kawan-kawan. tapi saya ok ja. Makan cepat-cepat terus boleh amik wuduk semayang Jemaah. Walaupun lone ranger tapi kubahagia. Haha.
 
 
Kerja? Berjalan lancer walaupun konon-konon nak ke Europe main snow tak menjadi.. Takpala, saya tau mesti tahun depan nak dapat pi tempat yang lagi best.. hehe.. Lagipun tahun ni student saya nak amik SPM, jadinya kita bagi can la saya habiskan silibus.. Well, kata lone ranger, haruslah malam-malam diisi dengan aktiviti berfaedah.. Walaupun student cuma 5-6 orang tapi si cikgu ni stadi sampai stress sebab nak paham dan nak bagi student paham. Penah sekali tengah mengajar, tetiba cikgu rasa mengantok yang tak boleh nak pikiaq dah ni, makanya si cikgu asik Tanya student "kamu semua mengantok ka, cikgu Nampak macam mengantok ja.. Kalau mengantok bagitau, kita boleh stop".. haha.. Cikgu mesti la kena lebih bijak kan...
 
Hurm apa lagi ya? Master? Disebabkan tempoh scholarship dah tamat, saya cuba mintah tambahan setahun lagi, dan tanpa disangka-sangka scholarship ditambah menjadi tiga tahun, Alhamdulillah. Sampaikan ada yang bertanya adakah saya ada kabel besar dekat KPT. Bila duit bukan masalah utama, masalah lain la pulak timbul. Masalah MALAS... MALAS masalah terbesar yang mana penyelesaiannya adalah mati, haha.. teruk la kamu hidayah, cer berubah sikit..
 
 
Satu lagi, bulan lepas saya berpeluang jumpa dan mendengar tazkirah Prof Kamil live. Wah, kembang kuncup hidung dapat tentang mata dengan Prof, tambah-tambah bila kat depan dia nak mintak dia sain buku, dan saya juga dapat jumpa dengan Kak Roza wife Prof.. Ceramah yang sangat dinamik dan bermotivasi. Antara yang dianjurkan oleh Prof, salah satunya adalah berbuka di masjid supaya dapat solat magrib berjemaah. Dan terasa beruntungnya Kak Roza dapat suami yang bagus macam Prof. Saya suka sangat bila Prof asyik ulang-ulang bahawa dia nak bersama dengan isteri di syurga. Wah-wah, kalau saya kat tempat Kak Roza, mesti tangkap leleh, padahal tak sedar diri saya ni.. Sebenarnya saya dah siapkan satu entry pasal tazkirah Prof tapi hati berat nak publish, insyaAllah kalau hati terbuka akan dikongsi di sini. Kata Prof paling utama adalah bangunlah solat malam.
 
 
Semalam tetiba teringat satu benda bodoh yang saya pernah buat. Waktu kat U dulu saya selalu buat silap malukan diri sendiri. Contohnya: saya pernah tak puas hati dekat sorang lecturer dan saya pernah la kena lecture dengan dia, then untuk mengurangkan rasa marah saya kat lecturer tu saya mesej la sorang kawan yang sama geng mengadu.
 
Saya: "Gme, aku tak boleh tengok la muka Dr *****, aku rasa macam nak tumbuk ja"
 
************mesej sent***************
 
Dr *****: Lijah, ko marah kat aku ke? Sapa G..M..E????
 
Saya: Erk, manada...
 
Dr *****: Ok, tapi kalau kau marah dekat aku, aku mintak maaf ye.
 
*************Datang sorang senior*****************
 
Kakak senior: Lijah, napa nak mesej gme pegi hantar kat Dr. tadi Dr tanya kitorang sapa G..M..E..?
 
Saya: haha....
 
 
Tu la, saya ni selalu macam tu.. Bukan sekali tapi banyak kali.. Hal ini menunjukkan bahawa, saya tidak mengata di belakang orang yang saya tak puas hati itu.. haha,.. Sebab mesti saya akan tersalah hantar mesej tersebut kat orang yang saya tak puas hati, jadinya kami akan bersemuka dan masalah akan setel.. yeay.. yippyyyy
 
 
Ok, nak tido...Selamat berpuasa.. Ganbatte!!!!
 
 
 

Tuesday, May 14, 2013

Suara keramat Utara



Assalamualaikum..

Akhirnya dah boleh recover kekecewaan keputusan pilihanraya, yelah bukan saya mengundi sensorang.. Masing-masing ada pilihan hati memasing.. Kalau tak kecewa dengan keputusan pilihanraya, maksudnya saya tak normal, honestly hari senin tu rasa kurang bersemangat sekejap. Walaupun keluar jumpa kawan-kawan lama, sebab memasing balik mengundi, tapi tak excited macam selalu.. Walaupun bukan saya yang bertanding dan walaupun Pokok Sena parlimennya masih milik PAS tapi tetap mendung dihati mengenangkan Kedah bertukar pentadbiran. Sudah lah hidayah, semua orang dah angkat sumpah dah, gaji depa semua pun dah start bejalan..

Selama ni, saya tertanya-tanya apa yang terjadi bila orang ramai turun berhimpun semasa BERSIH. Kat TV3, situasi yang dipaparkan macam kecoh benar, macamkan yang turun BERSIH tu samseng-samseng belaka. Dan bila anak-anak sedara sanggup turun ke KL untuk BERSIH 3, rasa tercabar pulak sebab makciknya tak tau apa-apa pun. Ala hidayah, macam mana nak cerita kat anak cucu nanti? So, bila 11mei ada perhimpunan rakyat dekat Stadium Batu Kawan, bersemangat saya dan syazana menempuh jem nak sampai ke sana. Park kereta betul-betul sebelum pondok tol PLUS Batu kawan, dan kami berjalan kaki hampir 8KM. Jauh tu.. Dengan ramainya manusia, cina india semua ada, yang takda Cuma bangladesh,, saya ingatkan bangladesh pun rakyat malaysia!! Perasaan waktu nak mula berjalan tu, berdebar, takut ada rusuhan macam yang TV dan paper dok tulis.. Tapinya situasi yang berlaku sangat berbeza, semua orang bersatu, takda langsung bising bergaduh, takda orang kena raba, takda dompet kena curi, takda poket kena seluk, takda langsung.. Semua berjalan dengan kibaran bendera dengan laungan REFORMASI. Apa yang ada lagi? Apa yang saya nampak?
1.       Bangsa cina paling ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan ini sambil mereka membawa anak-anak yang masih kecil
2.       Melayu cina dan india sama-sama menyusun moto supaya tak mengganggu lalulintas
3.       Sangat berterima kasih dekat mamat cina depan syazana dan belakang saya yang sangat menjaga keselamatan saya dan syazana sewaktu kami merangkak atas paip air sepanjang hampir 100meter. Mencabar sangat time ni sebab kat atas jalan sesak sampaikan crowd langsung tak bergerak, terpaksa la kami memanjat tembok paip.
4.       Semua orang boleh berbalas senyuman dan menunjukkan tanda bagus (LIKE)
5.       Tiada perselisihan faham dan tiada pergaduhan langsung
6.       Rasa tak rugi join walaupun kalau fikirkan baik duduk rumah tengok running man, tapi saya positifkan diri, saya tak boleh harapkan orang lain yang UBAH..
7.       Ada sorang mamat cina hensem bawak bendera PAS dan saya ada gambar dengan dia.. Yeay
8.       Saya dan syazana ambik masa 2 jam untuk berjalan ke stadium. Merangkak, menggelosor dan jatuh dalam lubang... tapi pengalaman yang berharga..
9.       Ada beberapa buah treler yang menghalang lalulintas menyebabkan ramai yang terstuck tak boleh balik dan ada yang terpaksa pusing jalan jauh, akibatnya kami sampai rumah pukul 3.30 pagi... The Sun laporkan beberapa buah kereta dipancitkan tayar..
10.   Waktu kami tengah berjalan ke stadium, beberapa batang lampu jalan ditutup dengan sengaja, menyebabkan masing-masing terpaksa menggunakan lampu henfon (jalan ke stadium adalah kawasan kelapa sawit-gelap gulita kalau takda lampu jalan).. Wallahualam, tak tau la sapa yang nak main-main..
11.   Kami telah buat kerja gila balik dari Valdor ke bukit mertajam menggunakan laluan Bukit Lengkok original pada pukul 3 pagi... –nasib baik waktu lalu tu saya taktau sejarah jalan tu, serammmm..
12.   First time saya dengar DS Anwar berucap secara live.. Agaknya beliau sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin- sementelah ada beberapa orang pensyarah mengatakan dia adalah seorang ilmuan dan ada seorang ahli politik parti kati mengatakan beliau berkarisma sebagai pemimpin.. Yup, totally agree.. Walaupun saya ke stadium bukan kerana saya hendakkan beliau menjadi PM tapi bagi saya beliau memang ada aura pemimpin.. Seorang pemimpin yang hebat akan melahirkan generasi kepimpinan yang hebat...

Kesimpulan yang saya dapat sepanjang 6.30petang hingga 3.30 pagi, walaupun PR kalah tapi semangat rakyat yang inginkan pembaharuan masih kuat. PRU13 membuka mata ramai orang, isu perkauman sangat sensitif. Dulu saya ingatkan orang cina tak ambik port dalam perhimpunan seperti ini, tapi malam tu saya nampak bangsa cina paling ramai. Masing-masing membawa sepanduk. Dan paling penting sekali majoriti masyarakat cina yang keluar berhimpun adalah generasi muda. Bersedia lah, PRU14 mungkin lebih mencabar.

Sunday, April 28, 2013

saya mengundi di Pokok Sena

Assalamualaikum,
Mode: Pilihanraya
Sekarang semua orang bermood nak berkempen. Orang yang tak berminat nak bercakap pasal politik pun nak bercakap pasal politik (include me)..
Sewaktu proses penamaan calon, saya berada dikampung. Esoknya, saya keluar bersarapan pagi bersama kawan digerai roti canai kat pokok sena tu. Ops, pokok sena pada PRU12 telah ditawan oleh abang PAS makanya terpaksa la pakcik BN bekerja keras untuk memastikan pada PRU13 ni dia berjaya menakluk semula pokok sena. Nampaknya kedua-dua abang dan pakcik bekerja keras menggantung bendera, ceramah politik melebihi ceramah agama dan artis-artis pun dah kenal kampung saya.  Tahun ni, baru nampak masyarakat malaysia sangat kreatif, bendera tu boleh dibentuk membentuk macam2. Ada bentuk cincin berlian 24K, ada bentuk jam rolex 2juta, bentuk roket, bentuk ambulan, bentuk helikopter, bentuk kapal terbang, bentuk kapal selam, bentuk macam-macam lagi.. banyak betul duit depa semua cetak bendera banyak-banyak nak buat bentuk-bentuk tu semua.. patut la tahun ni bila isi LHDN terasa sangat ketidak pengurangan bila dah claim.. Walau dah claim segala yang patut claim seperti dulu2, kalau dulu dia boleh cover sampai dekat RM200 tahun ni dia Cuma cover tak sampai RM20 dan saya still terpaksa bayar the rest.. tension betul. Apa yang hampa buat ni kerajaan.. kata rakyat didahulukan.. nasib baik kena isi LHDN betul-betul sebelum pilihanraya....
Eh, terlupa pulak, pasal makan roti canai kat gerai. Tengah saya dan izzati makan, tetiba datang segerombolan pakcik2 dan makcik berpakaian segak bergaya. Kami pun boleh la mengagak, mesti depa nak pancing undi, depa pun datang tanya orang mana apa semua.. Then, pegi duduk tanpa order makan dan minum dan pastu blah pergi. Kemudian datang la adik gerai tu kira semua dan bagitau pakcik tu bayar untuk semua orang, dia belanja.. Alhamdulillah syukur tapi balik tu terpikir adakah dia belanja tu dikira sebagai memberi rasuah supaya mengundi pakcik BN tu atau bagaimana? Kalau tetiba hari mengundi saya tertukar fikiran taknak mengundi dia macam mana? Nak kena pi bayar balik dekat pakcik tu ke? Pening kepala pikir (cewah).. Sebenarnya pakcik BN tu bukan setakat bayarkan harga makanan dan minuman semua kat gerai tu tapi dia dan kawan-kawannya juga telah mendepositkan sejumlah wang waktu awal-awal depa masuk kedai ke dalam apron abang yang tengah masak roti canai, abang yang tengah bancuh air dan adik tukang kira harga makanan termasuk sesapa yang pakai apron kat dalam gerai tu, dan itu adalah deposit bukan harga makanan.. Banyaknya duit pakcik.. Kalau pakcik duduk makan sekali kat gerai tu mungkin saya tak nampak sangat kekotoran strategi tersebut tapi sebab pakcik pun tak makan kat gerai pastu pakcik belanja kami yang makan kat gerai tu, pakcik tau tak yang saya terasa sangat.. (pakcik buat saya dan kawan saya macam tak berharga, hahaha).. Saya tau pakcik dan kawan-kawan tak makan kat gerai, mesti pakcik dan kawan-kawan makan kat Nasi Kandar Yasmeen (kecik hati lagi)
Semalam saya ke rumah kakak saya dan saya tau kakak saya ni pengundi atas pagar dan sangat berkemungkinan besar dia taknak pegi mengundi sebab dia konon-konon nak menangkan pemimpin yang disokong suaminya tapi dalam masa yang sama dia nak sokong pemimpin lain jugak. Adiknya yang ilmu sejengkal ni pun mula la berkempen... Berkempen supaya dia mengundi..
Kak, mengundi ni tanggungjawab.. Kat TV tu siap ada lagu lagi suruh pi mengundi, bila dah jadi tanggungjawab dah jadi kewajipan. Kita kena pilih pemimpin bukan untuk kita sorang tapi untuk ni budak-budak tak cukup umur yang tak boleh bersuara untuk depa sendiri. Hampa budak-budak yang tak cukup umur ni jangan menggedik sangat pasai politik, tunggu dan lihat, umur 21 nanti pi mendaftar dan pastu pilih sapa yang hampa rasa terbaik (ini untuk anak-anak sedara).
Pastu kakak saya pun suarakan yang dia tak suka pembangkang kerana depa buat macam-macam manifesto yang tak logik.
Sapa kita nak tau benda tu logik ke tak selagi kita tak cuba. (Bila anda seorang penyelidik, anda hanya akan percaya benda tu doesnt work hanya apabila keputusan eksperimen mengesahkan, teori tak akan diterima selagi praktikal tak mengesahkan.)
Kita mengundi bukan ikut ideologi politik keluarga.. Kita mengundi berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian kita tentang pimpinan yang kita nak pilih. Sepatutnya, kita kena banyak membaca, kaji dan teliti setiap parti dan pemimpin yang kita nak pilih, Tapi kita ni malas dan kita tak banyak membaca. Macam mana kita nak tau sapa betoi sapa tak berapa betoi. Kita tak boleh dapat maklumat dari TV, TV tu macam lalang, sapa bayar lebih dia dapat siaran lebih. TV pun nak bayar staf dia, nak bagi bonus banyak macam petronas, jadi depa kena la bijak jugak berpolitik. Kita ni yang kena be serius. Kalau dah tak membaca, tak kaji kita nak pilih macam mana? (ini adalah pandangan peribadi saya) Jadinya kita tengok ustaz-ustaz pakar-pakar hukum hakam agama kata apa, apa pilihan depa.. Kita tengok dimana ulama-ulama tu? Sapa lagi kita nak ikut kalau bukan ulama. Sekurang-kurangnya kita ikut orang yang pandai dan kaji tentang Islam, mesti depa dah kaji semua sebelum buat keputusan. Depa adalah golongan yang banyak membaca dan banyak mengkaji, bukan macam kita kaji TV dan paper..”
 
Betul tak? Dah kita pun tak membaca dan mengkaji apatah lagi memahami, ikutlah golongan agamawan dan ilmuan yang telah menjalankan kajian dan mesyuwarah. Kata Ustaz Hasrizal, “seorang penulis perlu lebih banyak membaca dari menulis (izzati yang bagitau)”. Saya sangat kagumi ustaz hasrizal, dia seorang yang banyak membaca dan mengkaji, walaupun sibuk berceramah.. Dan dia seorang yang lantang bersuara (yang ni melalui buku, blog dan facebook).
Akhir kata, buatlah pilihan yang terbaik. Selamat mengundi. Selamatkan bumi kita, warisan kita kepada generasi selepas ini.
 
GO GREEN..

Thursday, April 18, 2013

Zikir terapi & Secangkir teh pengubat letih

Hidup ada up and down.. Ada masa macam dunia ni kita yang punya dan ada masa rasa nak kurung dalam bilik berbulan-bulan. Itula kehidupan, walau sukar atau semak macam mana pun, andai esok pagi mata masih tercelik, ia perlu diteruskan.. Payah macam mana pun, perlu bangun mandi solat bersiap pegi kerja start kereta pegi keja buat keja balik keja makan malam dan tido untuk bangun esok pagi bagi meneruskan rutin yang mungkin hampir sama macam semalamnya. Sekali-sekala terdapat penambah baikan dalam hidup dan ada ketikanya mungkin terlalu ralit hingga timbul kekurangan. -sigh-
 
 
Berbulan-bulan niat dipendam nak dapatkan CD zikir terapi hafiz hamidun, orang yang saya promote suruh beli dah beli, saya tak beli-beli lagi. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak dapat. So, dah kusam dah CD. Sedapnya suara hafiz, sedap jugak muzik background. Semuanya sedap, dan menenangkan. Pagi-pagi drive nak pegi kerja, sambil dengar CD hafiz, terus rasa tenang dan bersemangat.. Tahniah hafiz, hasilkan satu produk yang bagus dan bagus dan bagus sangat (standing ovation)...
Kepada yang belum beli, beli la, hayati dan ikuti... pandainya hafiz buat music arrangement..


 
Buku secangkir teh pengubat letih pun tak kurang hebatnya.. Pengalaman dan perkongsian ilmu dari ustaz hasrizal sangat bermanfaat, indahnya persahabatan dan meriahnya hidup dengan kembara yang unik.. Rasa macam kalau ada banyak duit, nak nya ke Turki.. Terima kasih ustaz hasrizal, anda memang penulis berbakat..
 
 
Teruskan hidup dengan penuh semangat, tak siapa tahu apa yang dijanjikan kat depan sana.. Selagi belum sampai ke hujungnya, jangan angkat bendera menyerah..

Friday, March 29, 2013

Kawen, Rezeki, dan Kelas agama

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair
 
Akhirnya sahabat seaktiviti dengan saya dah menamatkan zaman bujangnya yang panjang.. Alhamdulillah.. Sebagai sahabat, seronok melihat dia tersenyum gembira pada hari akad nikah tapi sebagai kawan seaktiviti terlintas "lepas ni aku nak pi join aktivitidengan sapa lagi??".. haha
 
Buat Shira & Anuar, tahniah dan semoga jodoh kalian kekal hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...
 Orang bila dah kawen, terlupa duit mas kawen.. jadi kita pegang kemas-kemas, pi makan roti canai dengan teh tarik... Seb baik la ada kawan cantik manis macam cik hidayah, sepanjang masa asyik pegang duit tu ja..
Orang dah masuk keja pi hanimun mana hala, saya baru nak update.. poor me!!
 
Bila henfon torchlight istimewa yang harga sewaktu dibeli 2 tahun lepas RM80 terendam dalam air terjun, ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya matahari muncul di tengah hari. Akhirnya minggu ni housemate saya hadiahkan hanfon samsung yang harganya hampir 4x ganda dari henfon torchlight tu.. Ya  Allah.. Rezeki yang tak disangka-sangka. Sapa sangka ada orang nak hadiahkan.. Malu tapi ku ambil juga.. haha..Orang memberi, kita merasa, tak ambil karang dia kecik hati pula..
 
 
 
 
P/S: Bagi sesiapa yang di Kulim dan ingin belajar bahasa arab dan mengikuti kelas tajwid, Islamic Studies Centre, Hi-Tech Avenue berdekatan dengan Bank Islam dan Al-Ikhsan ada menawarkan kelas tersebut.. Harga setiap kelas RM30. Kelas tajwid dewasa adalah pada hari rabu malam, 8.30 hingga 9.30 malam manakala kelas bahasa arab dewasa adalah pada khamis malam 8.00 hingga 10 malam... Kalau berminat telefon 019-3410722.

Friday, March 15, 2013

Pengalaman pendaki everest


Assalamualaikum,
 
Rabu pagi saya menonton rancangan Motivasi Pagi (6.30pg-7.00pg) dan pagi tersebut mereka menjemput seorang pendaki everest. Muda lagi mamat tu (boleh tahan jugak la). Saya tengok pun dah hampir separuh perjalanan cerita tu.
 
Antara soalan yang ditanya oleh Fedtri adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh beliau dan jawapan beliau adalah:
 
"sewaktu kami sampai ke kem (saya tak ingat ke berapa), pada waktu tersebut kami telah hampir kehabisan tenaga. Dan semua makanan dan air telah menjadi keras termasuk kurma yang dibawa dari Malaysia. Kami memerlukan setengah jam untuk mendidihkan air menjadi cair dan lagi setengah jam untuk air mendidih. Kurma juga menjadi keras, tersekat dikerongkong. Pada masa tersebut, adalah seorang kawan yang membawa AIR ZAM ZAM dan KURMA NABI. Hanya KURMA NABI yang masih lembut dan AIR ZAM ZAM yang tidak membeku"

 
Subhanallah....

 
P/S: InsyaAllah, Esok seorang ofismet saya, Puan Rahayu bakal menjadi tetamu Allah. Sama-sama kita doakan supaya beliau dan keluarga menjadi tetamu Allah yang paling istimewa dan perjalanan mereka diredhai Allah.

Friday, March 8, 2013

Mesir, sebelum dan selepas Dr Mursi

 
 
Hampir 2 bulan masa yang saya ambik nak habiskan buku ni. Asal pegang ja, mata pun layu di tasik madu.. Namun memandangkan penulis buku, Dr Riduan Mohamad Nor nak turun ke ofis, maka saya gagah cepat-cepat khatam buku ni.. Dalam banyak2 buku Ustaz, buku ni paling special sebab ada signature penulis. Best, untuk orang yang malas nak baca sejarah negara lain macam saya. Bila baca buku ni, rasa semangat sayangkan negara tu lebih tinggi.. Bila pikir pasal politik negara yang dikatakan kotor, baru tau kat mana-mana pun permainan politiknya kotor, walaupun negara tu bahasa pengantarnya adalah bahasa al-quran.. Tapi, bagi situasi mesir, sesuai untuk cikgu-cikgu bahasa melayu nak huraikan ayat "roda itu sentiasa berputar, kebatilan tidak akan selamanya menguasai dunia, dan sesungguhnya sesudah kepayahan itu ada kesenangan" ****puitis sekali cik dayah..
 
 
Dulu-dulu, saya tak ambik tau pun sapa pemerintah mesir, tapi sebab dulu-dulu TV kat rumah kampung paling clear adalah TV1 makanya selalu la terpaksa tengok berita dunia.. kalau tengok berita pukul 10.30 mlm tu, asyik la dengar pasal Saddam hussin, Mubarak, Sadat, Tel Aviv.. Bosan.. Tapi, bila tengok berita sekarang, rasanya berita dulu-dulu lebih berkualiti dan pandai goreng bagi saya mudah nak percaya (kiranya diorang pandai meyakinkan penonton la, tak macam sekarang.....)
 
 
Ok, nak kutip and paste kat sini apa yang Dr Sofwat Hijazi (macam penah dengar nama hijazi ni tapi kat mana yer??? hurm!!) nasihatkan kepada Dr Mursi sahabatnya setelah Dr Mursi menang kerusi Presiden Mesir dalam linangan air mata (saya pun berlinang jugak baca ni)..
 
"Saya ingin katakan kepada Dr Muhammad Mursi, dengan kurniaan Allah maka Dia menganugerahkannya kepada anda, bukan kerana kepakaran anda, bukan kerana kedudukan anda, bukan kerana usaha anda dan bukan juga kera usaha mereka disekeliling anda. Ia adalah kurniaan Allah.
 
Maka, hukumlah kami dengan kesaksamaan, dengan keadilan. Bertakwalah kepada Allah pada kami. Taatlah kepada Allah nescaya kami taatkan anda. Jika anda derhaka kepada Allah, maka kami tidak akan mentaati anda.
 
Ambillah iktibar pengajaran dengan apa yang berlaku kepada orang sebelum anda. Jadilah diri anda orang yang hampir kepada Allah, nescaya Dia akan mendekatkan anda kepada rakyat. Rukuklah, sujudlah, nescaya Allah akan memberikan anda taufik, insyaAllah"
 
 
Isteri dan anak perempuan Dr Mursi pakai tudung litup. InsyaAllah, suatu hari nanti Malaysia jugak akan dipimpin oleh pemimpin yang anak dan isterinya memakai tudung dan menutup aurat jugak. Yakin!!.. Sebab seorang pemimpin yang terbaik adalah anak, suami dan ayah yang terbaik untuk memandu keluarganya ke syurga...

Wednesday, March 6, 2013

Cancer Information

LATEST CANCER INFORMATION
from Johns Hopkins

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY AND ELIMINATE CANCER, JOHNS HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY …


...
1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.


11. An effective way to battle cancer is to STARVE the cancer cells by not feeding it with foods it needs to multiple.

What cancer cells feed on:

a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Note: Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminos or sea salt.


b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells will starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes t o nourish and enhance growth of healthy cells.

To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water--best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines will become putrified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor.

Anger, unforgiving and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.


Saturday, February 16, 2013

Inspiring- Walaupun beliau sudah tiada

Last two months, waktu saya gatal-gatal tangan search pasal Uni. of Sheffield, England, antara result yang keluar adalah Mas Afzal. So, semangat ingin tahu, sapa mamat ni. Saya search dan jumpa his blog. Oh, he is a medical doctor. Tapi by the time saya baca blog dia, entry last sekali ditulis oleh mak dia. Bila go through entry-entry yang ditulis oleh beliau, saya kagum seketika. MasyaAllah. Dia cuma setahun tua dari saya tapi he much-much-much far better than me. When a Dr write his very own story on how he face the challenge, dengan pemilihan perkataan yang terbaik, menjadikan dia dekat di hati. I give his link here http://masafzal.blogspot.com/. Selama ni, saya ingatkan kemoterapi adalah rawatan biasa, walaupun saya tau ia mesti menyakitkan tapi saya tak dapat nak bayangkan apa sebenarnya rawatan kemoterapi itu sendiri.
 
Al-fatihah
 


Beauty Tips

Buka buku lama, terjumpa tips yang diceduk entah dari buku mana. Takda pulak saya tulis dari mana saya quote tips ini.


1.       For attractive lips, speak words of kindness

2.       For lovely eyes, seek out the good in people

3.       For slim figure, share your food with the hungry

4.       For beautiful hair, let a child run fingers through it once a day

5.       For poise, walk with knowledge you’ll never walk alone

6.       People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed and redeemed

7.       Never throw out anybody

8.       Remember, if you ever need a helping hand, you’ll find one at the end of your aim

9.       As you grow older, you will discover that you have two hands. One for helping yorself and the other one for helping others
 
      Kadang-kala, kita bukan tak sedar tapi kita kurang sedar kenapa kita ada dua tangan. Tapi kita selalu sedar tangan digunakan untuk menuding jari menyalahkan orang lain. Dan kita jarang sedar bila orang menasihati kita. Sekurangnya semoga kita masih sedar sebelum kita terus tak sedar-sedar.
 
      Macam saya, asyik tak sedar tentang rezeki yang Allah bagi. Sehingga tersedar, saya dah lama tak demam, batuk dan selesema. Nasib baik tersedar. Itu pun sebab ada kawan mengadu kenapa dia asyik demam kebelakangan ni, adakah antibodi lemah. Terima kasih kawan, sebab pilih aku untuk bagitau yang hang demam. Menyedarkan bahawa kesihatan adalah rezeki terbaik yang Allah bagi.

seronok bila boleh berronggeng dengan kawan-kawan lama, hingga tak sedar masing-masing sudah ada kehidupan disisi yang lain..