Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Monday, November 19, 2012

cuti sekolah = kenduri kawen

Musim cuti sekolah ni, teringat betul zaman sekolah rendah.. bila kira-kira balik, dah hampir 15tahun saya tinggalkan zaman tu. Angka bertambah, berat badan bertambah, kedutan dimuka bertambah, yang tak bertambah Cuma kematangan diri..eh, yeke? Well, itu maknanya saya ni sentiasa berjiwa remaja..
 
Dulu-dulu, musim cuti sekolah sangatlah dinantikan.. yerla, zaman sekolah dulu sedaya upaya pertahankan rekod kehadiran kesekolah penuh. Kalau penuh kehadiran setahun akan dapat sijil kehadiran penuh. Seronok sangat kalau cikgu announce nama naik pentas, “untuk kehadiran penuh, dipersilakan ADIK NORHIDAYAH”.. wah, rasa adik sangat.. tapi bila dah masuk sekolah menengah, pikir-pikir balik apa la sangat dapat kertas sehelai setelah menangis hentak-hentak kaki keluar air mata darah sebab nak pegi sekolah jugak walaupun banjir sampai paras paha.. hai, memang ciri-ciri pelajar gilang gemilang dah terserlah sejak sekolah rendah lagi.. skema gegirl..
Zaman dulu-dulu time cuti sekolah la tak payah pegi kelas tajwid petang-petang, jadi boleh main sampai magrib. Haha.. Pastu bangun pagi esok, mencongok depan tv menghadap ALAM RIA CUTI SEKOLAH. Kemudian datanglah segerombolan kanak-kanak riang ajak main teng-teng.. main, main, main,main, balik ambik nasi makan bawah pokok besar, then main, main, gaduh, main, balik mandi untuk hari itu, makan malam dan tido.. Esok bangun sambung tengok alam ria balik.. pastu main, gaduh, baik balik, berebut budak laki kegemaran, hantar surat layang kepada budak laki yang tak disukai.. Kalau bernasib baik, boleh mandi dalam sawah.. Riangnya zaman cuti sekolah dulu-dulu.. main, tengok tv, makan, gadoh.. mandi sehari sekali..
Bezanya dengan musim cuti sekolah sekarang. Asal cuti je panjang berjela tempat nak pegi bercuti, tu tak termasuk tempat2 kat obersea.. Asal cuti je pegi tuisyen siang malam.. Asal cuti je balik kampung rumah nenek (ini bagus).. Asal cuti je, dah berjela game yang di download.. tak menarik langsung aktiviti cuti sekolah budak-budak zaman sekarang.. Patutnya main tu yang penting, dah belia nanti bukan boleh main dah ketuk-ketuk kepala bagi pandai macam kecik-kecik dulu.. Dulu main aci tuju kasut, waktu nak pilih ahli group tu mesti akan kira sampai budak lelaki yang kita suka dapat masuk group kita. Bukan zaman sekarang main game kat komputer. Mana boleh nak pilih-pilih bagai, pilih cover ipad boleh la.. Eh, saya ni cakap macam jauh benar zaman kanak-kanak saya dengan zaman kanak-kanak sekarang..
Yang tak berbeza cuti sekolah zaman dulu dengan cuti sekolah zaman sekarang adalah, KENDURI KAWEN.. Tambah pulak kalau duduk kat kedah ni, asal cuti sekolah je, tak kisah la hari isnin, selasa, rabu atau khamis, ada ja kenduri.. dasar tak memilih hari pulak tu.. Yang saya tensen bukan apa, bukan tensen pikir perut yang dah kedepan hasil suapan yang tanpa rehat, tapi pikirkan poket yang rabak.. haha..asal kenduri ja, otak ni asik pikir beli salad bowl, sebab tau mesti pengantin perempuan nak kuruskan badan balik selepas kawen..
Weken ni saya join majlis sambut menantu cousin saya.. so, kami ke majlis sebelah lelaki menghantar pengantin perempuan pulak.. wah, kemain lagi kelip-kelip bagai tetamu pakai sari.. yang paling tak tahan tu, sarinya  merah menyala, kuning diraja, pink terang.. yakin diri sungguh, itu la yang kita mau.. ye, cousin saya kawen dengan mamak yang saya rasa more to indian..kuikui.. takpa la asalkan bahagia, nanti anak takde la mata sepet, mesti mata bolat buntang, hidung mancung , ada lesung pipit, rasa macam nak cubit-cubit pipi.. paling tak tahan, saya dapat laddu sorang sebiji.. balik simpan dalam freeze 24jam, pastu tongsampah la tempat paling ideal.. 
 
Musim cuti sekolah ni, kalendar la benda yang sentiasa menjadi tatapan mata.. Pastu otak dok bayangkan makanan apa la yang kenduri tu akan hidangkan.. Paling best bila ada laksa yang kuah dia pekat, pastu ada bubur durian yang sedap, ada kuih-kuih yang sedap, air bandung yang menyelerakan. Waaaa, makan adalah satu aktiviti yang membahagiakan..
Eh,  satu lagi, salam maal hijrah..semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini..
p/s: bila sorang gadis awal 30-an berkenalan dengan jejaka lewat 30-an berasal dari negara luar yang semestinya bukan lombok, geli hati pulak saya yang melihat..
 
Post a Comment