kata kawan saya:
"Agaknya aku banyak buat jahat dulu, sebab tu Allah uji aku"
Sebagai seorang kawan, surely saya terkedu sekejap sambil otak berfikir macam mana nak jawab balik in a proper way.. Adrenalin bergerak pantas, tiba-tiba sesuatu terlintas kat otak saya. Saya teringat kembali isi buku Ustad Kazim lalu saya luahkan kepada kawan saya:
"Kalaulah ujian tu berdasarkan dosa-dosa kita, maksudnya ulama dengan nabi-nabi dulu banyak buat dosa la, depa lagi la banyak kena uji"
Kawan saya tersenyum, saya lagi la tersenyum, moga-moga pemahaman saya tepat pada masanya dan berguna untuk kawan saya..
Ujian!!!
Orang kata hidup tanpa ujian macam biawak hidup, mendatar.. Kalau tengok muvie cinta yang sepanjang masa happy ja memang rasa macam nak delete muvie tu.. Bukan sebab jeles tapi rasa hambar, tak menarik.. Macam tu la kot hidup kita, kalau happily ever after takda mende la pulak kot nak di kenang..
Macam saya dulu, first time naik bas dari Alor setar nak ke Shahab Perdana.. kalau orang biasa mungkin naik bas, bayar tambang, dan tido je la atas seat tu sampai la bas tu behenti betul2 kat shahab perdana.. Tapinya berbeza dengan saya, bilamana saya tak tau kat mana shahab perdana (nama pun first time pegi, sebab first time bas tukar stesen dari alor setar ke shahab perdana).. Bila bas berhenti kat satu balai bomba ni (sebab ada orang tekan loceng) tanpa teragak-agak lagi saya pun turun sebab ingatkan itu la tempat yang bernama shahab perdana.. Malangnya ia hanya sebuah balai bomba.. adoyaiii.. den berlari mengejar bas tersebut semula sambil berlari menyusuri flyover dan terpaksa berhenti berlari sambil berpura-pura berjalan apabila dilintasi oleh kereta polis.. Nasib agak baik apabila, rupanya bas tersebut masuk satu taman dan membuat u-turn menyebabkan saya menyeberangi jalan dan menahan bas tersebut semula.. Agak pelik muka konduktor bas bila saya menghulurkan duit nak bayar tambang for the second time for the same destination.. Apakah budak 15tahun tidak tahu di mana shahab perdana.. haha.. Pengalaman tu.. Macam tu la ujian kot eh, pengalaman berharga yang diingati dan kalau kita memandang dari sudut yang positif ia akan menjadi kenangan dan pengajaran yang berguna..So, lepas tu saya laju ja boleh bagitau orang yang bas no sekian-sekian akan masuk taman sekian-sekian..
Orang kata lagi, orang yang tak merasa bahawa hidup dia memang sentiasa di uji adalah orang yang sombong dan belagak.. Jadi, kalau kita rasa yang asyik di uji ja maksudnya kita ni pemurah la.. sila senyum sekarang.. wah2...
Ujian ni sebahagian dari kasih sayang Allah untuk kita.. Kalau nak relate dengan kita pun sama jugak kan.. kalau kita sayang memang kita akan uji orang tu, cuba kalau orang yang takdak makna dalam hidup kita, kita confirm buat donno je, ada ka takda ka bukan memberi kesan pun kat kita so buat dek jela.. Sebab tu wujud pepatah anak derhaka, sebab anak2 ni kesayangan makbapak.. Memang akan sentiada menguji kesabaran makbapak, anak-anak kan ujian untuk makbapak.. Sapa yang nak jadi anak derhaka, tak cium bau syurga kot nanti, sebab kita ni bahan ujian untuk parent..
Just try to think positif. Sebab Allah tu adalah pada sangkaan hambaNya.. Kalau kita positif, hasilnya juga adalah positif.. Namun mungkin jugak hasil yang positif tu akan datang lambat sebab kalau ikut sains pun cas negatif lebih ringan berbanding cas positif.. It just a matter of time. Time is gold but dont waste time for unvaluable thing..
p/s: Sebagai kawan, saya tak mampu pun nak berhujah lebih-lebih, sebab saya tak berada disituasi yang dia hadapi tapi sebagai kawan jugak saya cuba menjadi pendengar yang baik...
No comments:
Post a Comment