Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, November 16, 2012

kanser dan hidup

Kalau ikut akal saya 5hari yang lepas, saya nak tulis mohon semua doakan maknjang saya yang sedang bertarung dengan kanser... Tapi, Allah maha berkuasa, maknjang saya kembali padaNya sehari sebelum maal hijrah.. Al-Fatihah, semoga dia diletakkan bersama dengan orang-orang yang beriman..
 
 
Kanser..
 
 
Saya rasa mak sedara saya cuma tau dia menghidap kanser payudara kurang setahun yang lepas.. Dan pada pengamatan saya, dia nampak sihat (mungkin saya yang tak perasan).. Raya Aidilfitri ke-4, dia masih datang ke rumah saya dan masih berjalan makan kenduri.. Masih sempat menyediakan kerisik  untuk kenduri anak perempuan beliau Ahad lepas.. Tapi, sayangnya dia tak sempat hadir kenduri sebab time tu tengah kritikal kat hospital.. Saya cuma sempat melawat jumaat lepas, melihat dia dalam keadaan yang daif, dengan mata kekuningan, perut membuncit dan gatal2 seluruh badan, rupanya sel kanser telah menyerang hati.. 2 hari setelah kenduri sepupu saya, dia kembali ke alam yang kekal abadi.. Sedih, sedih mengenangkan lambatnya saya menghasilkan anticancer drug yang terbaik.. saya percaya suatu hari nanti saya akan berjaya, setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI..


Sudah, kita tinggalkan kisah yang sedih dan kita mulakan dengan kisah-kisah yang gembira dan mampu membuatkan mulut tersenyum tanpa bunyi.. Apa lagi yang paling menggembirakan hati melainkan melakukan kegiatan bodoh seorang diri.. Saya dah ada aktiviti menarik dalam hidup..Nak tau?? betul nak tau?? Ok la, terpaksa bagi tau..
 
 
1. Saya pura-pura sesat.. saja, dah tau jalan yang betul tapi masuk jugak lorong yang salah dan akhirnya saya akan sesat.. kemudian dengan menggunakan otak sakti yang saya ada saya akan berusaha mencari jalan yang sebenar.. Masa ni la akan tercungkil sifat sebenar.. rajin bertanya, tak sesat jalan..

2. Rakam suara sendiri dan dengar balik.. auwww.. menarik sangat.. macam dengar fasha sandha tengah bagi ceramah..

3. well, tak perlu dipertikaikan lagi.. shoping terapi terbaek.. yang penting ongkosnya perlu tebal.. arghh, bisa diatur dong

4. Tengok cerita korea dan komen pengarah dia lembab.. cerita macam fairytale macam mana saya nak bayangkan saya pegang watak tu kat dunia realiti.. haishhh


ok, bosan jugak.. masuk bilik, tutup langsir, pasang kipas kuat-kuat, tutup mata, kepit telinga dengan bantal.. Selamat malam siang....



No comments: