Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, May 2, 2012

Gunung Berembun, Cameron Highland


Assalamualaikum (demam versus ni, i minat black sahaja)




Suka!!!  suka.. suka.. suka .. suka sangat-sangat.. weken yang owesome.. hehe..



Tapi, aku memulakan weken yang owesome tu dengan makanan yang best kat ofis hari jumaat tu.. kami bersteamboat ala-ala “Seoul Garden”.. jadi la.. daripada perabih sorang dekat patpuluh hinggit kat kedai korean tu, sedap la jugak tomyam yang aku tolong potong carrot tu.. eh silap, aku tolong buang kulit carrot.. hihi.. aku mana boleh buat keja masak-masak ni, nanti kulit tangan aku jadi kasaq dan jari aku tak runcing, musnah la impian (nak tekel tengku faris.. oppsss)... thumbs up untuk cik manis tingkat empat (termasuk saya yang masih bertitle cik) sebab pandai masak.. sedap, paling sedap adalah megi goreng yang gadis manis mana tah yang masak, pandai sungguh masak, mesti mak dia sayang lebih kat dia (manis sungguh gadis itu!!!)..



Sabtu pagi.. yahoooo. Yabedabeduuuuuuu...



Kami berempat, saya shira cupin cikzul bertolak dari kulim tepat (tepat tu) pukul 6.30 pagi.. saya dengan shira keluar rumah pukul 6.08 minit pagi, pegi amik cupin pastu pegi kutip cikzul kat ofis.. Kami park keta kat balai polis simpang pulai, tapi sebelum tu sambil tunggu geng shah alam sampai kami isi perut kat kedai mamak dulu (yummy-yummy)... then geng shah alam sampai kat simpang pulai sebiji bas sirim pickup kami.. woot-woot, naik bas sirim.. woot-woot, lama dah tak penah naik bas, dulu-dulu pun tak naik bas jugak, belajar sekangkang kera mana nak naik bas sangat.. naik bas pusing sana pusing sini dekat sejam, sampai la kami kat brinchang (first destination), kami akan melawat ladang teh BOH sungei palas... Tukar bas naik bas sekolah kontot.. perghhhh, uncle kumar bawak bas kalah micheal schumacher, mesti schumacher nangis meleleh kalau dia tengok... dia lagi satu inchi nak sampai gaung baru dia pusing handle bas.. meraung la kau dalam hati.. clap-clap untuk uncle kumar.. standing oviation plis.



Saya dah bosan pi sungei palas ni as last month pun saya dah pegi dah waktu riki jalan, jadi bila dibagi masa hampir 3 jam, macam jem jap kepala pikir nak buat apa kat situ.. kalau belakon ombak rindu ada takpa la jugak lama-lama kat situ.. Tapi akhirnya kami berjaya berlama-lamaan kat situ bila kami semua melepak kat kedai minum teh.. manisnya teacino... sedap weh, kalau korang pi beli la teacino, kat sungei palas ja ada teh tu.. sedap siot.. malangnya, saya tak beli, apa satu pun saya tak beli..





Then, kami gi makan tengahari merangkap petang dan terus check in kat Kg. Taman Sedia. Sejuk toksah habaq.. ketaq wehhh.. Masuk bilik, selubung bawak selimut. Malam tu kami gi pasar malam berinchang, alah, takde menda pun nak makan.. nampak makanan best tapi yang masak cina.. adoi, kebulur ni kalau lama-lama kat situ.. last sekali pi kedai tomyam yang cekik darah tapi tak sedap.. lepas makan, naik bas balik homestay, tarik selimut, tidoooo.. nikmat tuhan yang indah...



Esok pagi-pagi, bangun makan nasi lemak kak ros yang lazat.. macam nasi lemak mak-mak kata kakak2 dari shah alam.. then, kami gerak gi mardi... syok jugak mardi ni, ada pokok2 bunga yang cantik, ada pokok buah, ada macam2 la, ada buaian.. ala, yang syok tu bukan apa, syok tangkap gambar... then, kumpul balik semua, 20 orang pegi hiking lagi 11 orang pegi shopping... yuhuuuuuu



Meh nak cita pasai gunung berembun... cupin kata berembun ni ala-ala jerai.. banyak la ala-ala jerai, laluan memang la besar macam laluan jerai tapi dia punya mencanak tu semput la jugak... mana tak semput, semua area 70 dengan 80 degree.. saya dah dekat 3 bulan tak naik gunung, lemak tepu dah tebai..



Kami start dari mardi, ikut trail 5..ikut kebun sayur cina mula-mula tu.. laluan memang landai ja.. Tak sampai setengah jam, jumpa la pondok.. kalau anda hebat (cewah), anda akan ambik masa less dari half an hour untuk sampai kat pondok ni, tapi kalau anda memang taiko macam ejab, saya rasa limabelasminit pun dah boleh sampai pondok tu... rehat 5 minit kat situ, bermula la pengembaraan upin dan ipin.. tupcak,tupcak,tupcak.. waaa, ada 3 laluan mencanak.. benci tau.. yang ketiga tu lama jugak la dia mencanak, dekat 15 minit woooo.. habis lemak tepu yang disayangi dan dicintai ini.. menciii... sampai atas, fullamakkkk.. nikmat tuhan terindah antara yang terindah... nampak cameron dari puncak beb.. sambil minum teh yang dibawak khas dari bukit jalil oleh ejab dan diadun menjadi teh lemon.. menjilat jari...” ambik la ejab 5* ni aku bagi kat hang”- sebab hang bukan tau pun aku puji hang kat sini..haha.. makan ayam goreng berempah, makan limau, makan ayam lagi, pastu bergambar... kemas-kemas terus turun.. lebih kurang setengah jam ja kami lepaking kat atas puncak tu.. tapi, subhanallah, cantik view dia.. sejuk adalah  ajinomoto ... Then kami turun..saya dengan shira berlari, sebab penat nak berjalan, eh boleh plak kan... haha



Sampai kat pondok rehat jap.. then kami akan amik trail no berapa tah yang akan menghala ke pejabat hutan (kg taman sedia).. cupin kata kami akan turun, masalah nya.. laluan kami nak turun tu mencanak naik.. eh, apa kes ni, kata nak turun. Sejak bila plak turun tu maksudnya kena naik.. adoi la.. hajab sungguh nak naik, mencanak dia tu dekat 25 minit.. nak angkat kaki langkah tu macam ada jenglot dok bergayut kat kaki, berattttt.. tapi lepas ja laluan mencanak tu, feewiittt.. mossy forest.. cantik gila hutan dia.. bayangkan tanah dia bila kita pijak dia tenggelam, pastu dia macam bergerak-gerak.. akar pokok dok terjuntai.. berlari-lari anak lagi la kami (training untuk antara bukit safa ke bukit marwah).. pastu jumpa laluan yang selut dia pijak ja tenggelam sampai buku lali.. ces, habis sport shoes aku... benciii mak..



Sampai ja kat pejabat hutan , kami berdua antara yang terawal sampai.. clap-clap lagi.. pastu dua-dua menganga sebab kunci bilik homestay ada kat geng-geng yang lagi sejam baru nak sampai.. makanya, penyelesaian yang bijak adalah, kita pi makan eskrim stoberi dengan stoberi cicah coklat dulu.. wah, nikmat lagi,.. cameron ni memang nikmat la.. paling nikmat sebab makanan dia memang mahal ya ampun.. makan sorang untuk 1 hari pun dah dekat 30 inggit.. mentang-mentang la depa ada ladang stoberi, semua mak nenek nak juai mahal-mahal.. pastu kami masuk bilik, mandi sampai segaq, pastuuuuu...pastu kan.. masuk bawah selimut.. nikmat.. pas magrib siap-siap untuk bbq.. kak ros pandai masak, masak apa pun sedap.. bekfes hari last pun sedap..



Hari last lepas habis bekfes, pi soping stoberi, jem dengan madu ka hapa tah yang depa semua beli kat ladang abang kak ros.. HMD kot nama kedai dia.. tapi kedai dia memang femes la kat taman sedia tu.. Pastu kami bertolak ke cactus point.. mamat yang dalam hati ada taman beli cactus kat makwe dia.. hahaha.. then pi kea farm.. soping la.. orang tak berduet macam saya ni banyak makan ja.. then, shoot terus sampai simpang pulai.. turun bas (lap air mata) lambai-lambai kat geng shah alam, kami naik keta sampai sg perak, makan, solat terus pecut sampai kulim... hwaaaaaa... penat tapi best..



Mula-mula masa tengok senarai nama yang nak pi dari shah alam, agak keciwa sebab yang pi semua saya tak kenai kecuali kak mazni HR. Dah agak macam mesti tak best ni, makcik-makcik yang pi.. tapi, uncle suresh memang the boom. Dia asik ketawa ja sepanjang jalan.. tak penah nak tunjuk muka tak puas hati atau muka bosan.. adik dia akak shanjini pun sama.. masyuk ja dengan kami.. uncle bersih 3.0 pun best.. layan ja..makcik-makcik merangkap kakak-kakak shah alam pun sporting walaupun nampak skema tapi luaran ja.. bila hiking mantoppp..saya suke!! Saya suke!!





Kesimpulan;

1.       Hasil tangkapan saya adalah stoberi 3 kotak dan satu bantal stoberi harga RM15. Melayang duit wa.. hasil tangkapan paling mahal adalah lemak tepu kat perut wa..

2.       Muka saya naik herpes. Herpes adalah bahasa sains untuk kayap. Kayap ni naik betol-betol kat tepi mulut. Then dia jadi melepuh-melepuh macam ada air kat dalam.. pedih bila kena angin sejuk.. fuuhhhh.. azab beb.. sekarang aku kena bagitau orang yang aku terjatuh waktu turun dari puncak..dang..

3.       Jerawat besar kat dagu. Siot betol.. habis kena sumpah seranah jerawat tu..masa ni la ko nak naik pun.. ko tau tak jerawat ramai calon suami aku kat atas cameron time tu..hampesss

4.       Aku bawak beg sepuluh hinggit yang dibeli di tesco saja ikut rombongan ni.. dalam tu ada segala baju bajan yang each for specific event.., dalam beg tu siap ada selimut tebal aku, sweater 2 lai, dan macam-macam lagi.. (otai beb)

5.       Makanan kat cameron mahal dan tak sedap kecuali bekfes kak ros.. tapi mahal gila kak ros charge..

6.       Aku tak dapat ngorat sesapa pun kat sana due to jerawat dan herpes (salahkan mereka)

7.       Hahahahaha.. abang lancer putih dah kawen dengan emelda.. punah i.. emelda pegnen... pastu abg lancer putih nak balik kat ex-fiancee dia..

8.       I suka trip kali ni.. kali ni balik, turun tangga dah macam nenek kebayan, jalan macam perempuan dalam pantang..daaaanggggg, sakit gila kaki, penangan berlari waktu turun..waaaa..tensen, tu la sapa suruh berlari kan!!..




Eh, sapa ada kenai makcik2 cameron yang ada anak lelaki bujang umur 25 tahun ke atas??? bagitau ekkk



p/s: gambar next entry.. aku takda kamera.. harap belas ehsan orang yang nak tangkap gambar aku dengan kesan herpes dan jerawat di dagu dan pipi.. menci





No comments: