Just to share sesuatu yang saya dapat dari blog attuffahumairah.blogspot.com berkenaan kaabah dari sudut sains. Sesuatu yang sangat menarik untuk kita tau pada hemat saya sebab saya taktau benda ni..
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling
stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya
bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ
tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak
ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar
dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut
lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam,
bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga,
sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut
dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik
yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji
kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk
telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
No comments:
Post a Comment