My first activity sosial after
balik umrah was “Ekspedisi Gua Tempurung” pada hari sabtu lepas... Apa yang
saya boleh komen untuk trip ini adalah, it was sooooo wonderful.. seronok
sangat dan kami semua sangat puas hati walaupun saya sakit perut (cirit birit)
esoknya..
On 23 Jun 2012, saya dan seramai
37 lagi student USM (postgraduate + undergraduate) telah menaiki sebiji bas USM
ke Gopeng, Perak. Perjalanan kami bermula pada pukul 8.00 pagi dari USM. Sambil
makan nasi lemak, nasi goreng, kuih muih, sandwich dan natadecoco dalam bas,
hampir pukul 10.30 pagi baru kami sampai ke Gopeng.
Sampai je, kami didaftarkan dan
diberikan sticker kaler hijau tertulis GT. Saya ingatkan GT tu maksudnya Gua
Tempurung, malangnya saya tersilap. GT means Grand Tour. FYI, ada 4 pakej yang
diberikan. Boleh check kat website dia untuk maklumat lanjut dan GT adalah
pakej yang paling adventure sekali. Untuk GT, harga yang dikenakan untuk
individu adalah RM50, but if we come in group akan dapat diskaun 10% kot kalau
tak silap. For this trip, i paid RM38 which also include lunch on that day.
Murah right? Memang la murah, dapat sponsor banyak kot.
Ok, lets continue on our tour.
Nama guide kami adalah en. Mustafa, and he is so funny and pandai membuat lawak
serta cool bebeh. Kami dimaklumkan bahawa perjalanan kami akan mengambil masa 4
jam dengan jarak sejauh 3.8km. Actually kalau ikut logik maybe 2 hour dah boleh
selesaikan the challenge but dengan mengambil kira masa untuk sesi penerangan
dan queue due to traffic jem, maka 3.30 to 4.oo hrs adalah masa yang kami
estimate untuk habiskan tour.
Sangat menarik, paling banyak
adalah adegan sliding dan merangkak bawah stalagtit. Perjalanan kami bermula
pada pukul 11.20 am. Untuk GT, kita sangat2 perlukan samada torchlight atau
headlamp. Keadaan dalam gua adalah sangat gulita. Ada satu time, kami diminta
menutup semua lampu, dan itulah keadaan dimana, kita berada di alam kubur nanti
kot. Gelap gulita. Dan pastikan kita memakai kasut yang sesuai. Saya tengok
ramai student wanita yang memakai sport shoes yang tetiba ja tapak terkeluar.
Kesian siot, sebab kadang2 kita perlu berjalan atas batu and sometimes dalam
pasir. Sakit kaki weh. Saya bernasib
baik sebab dengan muka tak malunya, saya pakai kasut hiking yang Cuma berharga
RM5. Murah, selamat, selesa dan berguna sangat-sangat.
Sangat berterima kasih kepada
student2 lelaki yang sanggup membantu student wanita sewaktu sliding. Saya rasa
hampir 5 kali kot kami perlu slide. Slide dia bukan biasa2, tapi sangat curam.
Siot la, malu weh, dengan berat 61kg, perlu bantuan orang untuk sambut. But,
jangan salah sangka, diorang Cuma tahan kasut. Ada satu time tu, kami perlu
melalui satu lubang yang hanya muat untuk sorang ja. Mencabar betul. Tapi, part
sliding la yang saya rasa paling mencabar, tak terfikir langsung akan ada
sliding yang membunuh macam tu kat dalam gua. Part merangkak memang saya dah
dengar kawan-kawan dok bercerita. Memang asik kena merangkak macam cerita p
ramlee, tapi merangkak dalam air. Kau panggung kepala, alamatnya terhantuk la. Seronok....
The sad thing is, kami tak sempat
nak ambik gambar. Ye la, dengan air semedang, dengan nak tengok keliling lagi,
dengan nak jaga kepala taknak terhantuk, dengan nak bersembang bagai, mana
sempat nak ingat nak bergambar. Saya mana ada kamera, tumpang kamera diorang
ja.
Dalam pukul 3 petang, kami
berjaya keluar dari gua. Perkara pertama yang saya cari adalah nasi. Lapar
siot. Lantak la ada orang nak main apa pun pastu, saya dah lapar. Terus makan.
Pastu mandi, siap dan solat. Pukul 5 pm kami bertolak balik ke USM.
Keseluruhan?? Sangat best
walaupun most diantara kami tak kenal pun satu sama lain. But i believe we make
friend through activity macam ni kan. Smile, and we became friend. And, to be a
friend, we need trust.
No comments:
Post a Comment