Saya hanya mendapat tahu dapat
pergi sebulan sebelum tarikh. Walaupun ia memang impian saya, namun semestinya
saya tidak membuat sebarang persediaan pun. Mujurlah, ada dunia blog. Saya
banyak mendapatkan info dari blog walaupun tidak semua memberikan gambaran yang
lengkap. Tapi, sedikit sebanyak ia membuatkan saya semakin bersedia untuk ke
sana. Selain dari blog, saya juga banyak bertanya kepada kawan2 sekerja dan mak
saya juga banyak membebel tentang perkara-perkara yang saya patut tahu disana
nanti. Derhaka gila punya anak. Haha. Saya hanya sempat mengikuti kelas bersama
travel agency sebanyak 2 kali sahaja. Sepatutnya saya ikut kelas sebanyak 3
kali tapi satu kelas tu saya tak hadir sebab saya pergi mendaki ke cameron
highland. Tapi, kat kelas pun takda la diajar details sangat. Bagi saya, memang
la, apa la yang nak di ajar. Jadi dalam
masa seminggu setelah dapat tahu nak pegi, saya perlu menjelaskan bayaran pakej
dan perlu siapkan passport dan dapatkan suntikan meninggitis. Kalau anda kat
kulim kedah, pegi ke klinik Dr Ismail.
Yang penting kena tau apa rukun
umrah. Rukun umrah ada 5.
1.
Niat di miqat.
2.
Tawaf
3.
Saie
4.
Tahalul
5.
Tertib
Selesai bercukur maka selesailah
umrah wajib yang pertama. Umrah kali pertama adalah wajib. Mengikut Puji
travel, kami dibawa untuk niat di miqat sebanyak 3 kali. Tiada bayaran
tambahan. Semua termasuk dalam harga pakej. Kami berpeluang untuk miqat yang pertama
di Bir Ali. Biasanya kalau kita dari madinah memang kita akan miqat di Bir Ali.
Kalau kita naik flight direct ke mekah, pilot akan maklumkan tempat miqat,
makanya pakailah pakaian ihram siap2 sewaktu di KLIA. Kali ke-2 saya bermiqat
adalah di Jaranah. Manakala kali ke-3 saya bermiqat adalah di Hudaibiyah.
Hudaibiyah adalah tempat dimana berlakunya perjanjian Hudaibiyah iaitu Baiah
diantara rasulAllah dengan arab Mekah pada tahun ke 6 hijrah, setelah
rasulAllah berhijrah ke madinah dan ingin masuk semula ke Mekah untuk
menunaikan umrah setelah diperintahkan oleh Allah. Telaga dan tempat perjanjian
hudaibiyah ini masih wujud namun tidak dipelihara dengan elok. Orang arab ni,
kadangkala tak pandai memelihara tempat2 bersejarah, takut menjadi bidaah agaknya.
Satu lagi tempat miqat yang saya tak pergi adalah Tanaim (atau dikenali dengan
masjid Aisyah). Biasanya jemaah akan miqat di Tanaim sebab Tanaim lebih hampir
dengan masjidil haram.
Namun ada juga travel agency yang
membawa jemaah melakukan niat ihram (miqat) sebanyak 7 kali. Namun jemaah perlu
bayar sendiri kos untuk pergi ke Tanaim. Biasanya kos untuk naik van sekali
pergi (yang memuatkan 15 orang satu van )adalah SR7. Banyak travel agency yang
bawa jemaah 7 kali umrah. Namun, bergantung kepada kita nak buat umrah berapa
kali pun. Satu kali pun tapi kalau dilakukan dengan sebaik yang mungkin akan
menjadi umrah yang mabrur dan sudah cukup.
Untuk menjadi tetamu Allah,
persediaan mental dan fizikal adalah sangat perlu. Muda atau sihat bukanlah
ukuran untuk kita berjaya disana. Agaknya sebab itulah niat sangat penting.
Perjalanan yang meletihkan membuatkan saya kurang dapat menumpukan perhatian di
madinah. Tambahan pula perbezaan waktu walaupun agak tidak ketara iaitu selama
5 jam turut membuatkan saya mudah mengantuk. Waktu antara magrib ke isyak di
madinah adalah sangat crucial untuk saya. Saya selalu tertido time tu. Dah
biasa kalau kat malaysia saya tido time tu, jadi mata saya sangat la tak boleh
buka. Haha. Tapi untuk 2 malam yang pertama ja, pastu saya dah ok. Nasib baik
time subuh saya ok. Saya pastikan saya menjadi orang pertama yang bangun supaya
saya tak kelam kabut. Alhamdulillah, bila di Mekah, saya langsung tak letih dan
boleh adapt dengan perbezaan masa. Serius, kat madinah agaknya saya tido dalam
3-4 jam setiap hari, tapi bila di mekah biasanya saya tidor sekitar 2 jam
setiap hari. Tapi, percaya la kita takkan letih. Mungkin sebab kat madinah,
masjid ada ekon, tapi kat mekah panas maka saya tak terbuai sangat. Lagipun,
bila nak terkatup mata cepat2 bagitau kat diri sendiri, daripada tido baik
gunakan masa tersebut untuk pandang kaabah. Oh, pandang kaabah sahaja pun dah
dapat pahala.
Di masjidil haram, sewaktu habis
tawaf sunat, andai kata kita mencuba untuk mencium hajarulaswad, akan ada ramai
ja ibu-ibu indon yang akan menawarkan khidmat membawa kita mencium
hajarulaswad. Itu adalah sindiket. Tak payah terima. Selain daripada harga yang
mahal, biasanya mereka akan merempuh jemaah lain bagi membolehkan kita mencium
hajarulaswad. Rugi la pulak kalau nak dapatkan yang sunat tapi kita perlu
menolak orang lain. Niat dalam hati memang nak cium tapi dengan izinNya. Kalau
dah tak boleh cium tu, pegi berdoa di hijir ismail. Jangan lupa juga berdoa di
multazam.
No comments:
Post a Comment