Assalamulaikum... (sambil kopek kulit kuaci)
Minggu lepas saya pergi berniaga, ehemmm, baru nak start sikit-sikit. Program tu buat betul-betul sehari lepas saya balik dari berkampung di Shah Alam. Actually saya bukanlah tau sangat pogram ni untuk apa tapi sebab semangat nak merasai pengalaman berniaga punya pasal,walaupun letih tetap gagah bangun pagi drive dari SP ke Masjid Seberang Jaya. Saya pergi berdua je denga sorang anak sedara, tapi kat sana saya joint venture dengan sorang lagi kawan. Kami share meja berdua. Mentalah kata buat kat masjid, pogram pulak anjuran IKRAM, mestilah pompuan-pompuan yang datang tu muslimah sopan pakai tudung labuh gelak sopan kukik kukik... Then kawan saya tanya
"Dayah, macam mana nak istiqamah pakai stokin"
Mencabar gila soalan.. Bukan senang nak menjawab. Lain la kalau saya ni memang dari kecik-kecik 5 taun dah pakai stokin handsock bagai. Tak....Saya ni baru berjinak-jinak. Kadang-kadang kuat ja hati ni,
"ala dayah, pi duduk dalam keta je pun, satgi turun bukan orang nampak pun, tak payah la pakai stokin, penat ja nak kena basuh pasni"
Haaaa, gitu. Bukan mudah. Nak pakai memang senang tapi nak teruskan pakai dengan istikamah perlukan mujahadah yang kuat. Tambah-tambah pulak kalau kita ni bukan dari latar belakang yang memang menitik beratkan menutup aurat secara sempurna ni.
Salah satu tips saya nak kekalkan momentum pakai stokin adalah dengan beli stokin singgit kat giant or tesco banyak-banyak. Kekadang kalau ke rumah sedara yang dekat or ke kedai dekat pekan pokok sena, tak kuasa eh nak pakai stokin then balik nak basuh. Stokin saya dah la panjang sampai ke lutut, malas den. So, kita pakai la stokin kaler-kaler tu, nampak la funky sikit. Haha. Penah kakak saya tegur,
"hang ni dah macam budak tadika pakai stokin ni"
Tak kisah la kan macam budak tadika ka, macam ustazah mengaji malam ka, atau macam bini ustad akil Hai ka, yang penting bila lapar kita kena "makan".
Saya pakai stokin bukan sebab nak pakai sebab ini memang tuntutan agama. Tak. Tapi sebab pada satu hari yang hening 2 tahun lepas, saya balik keja, buka pintu bilik, then nampak ada satu kotak indah atas katil. Rupanya hosmet saya hadiahkan stokin 3 pasang ka 2 pasang tah. Dia nak saya pakai stokin, terharu kot ada kawan yang macam tu. Tapi time tu kalau rajin ja saya pakai. Kalau tetiba saya rasa, "kaki aku cantik la harini" takdanya saya nak pakai stokin. Sampai la saat saya nak mengerjakan umrah taun lepas, waktu tengah belajar kursus umrah tu la, terdetik dalam hati saya nak jadi lebih baik bila balik dari mekah nanti berbanding sebelum tunaikan umrah. Sebab tu bila balik, terus rasa seram sejuk kalau keluar tak pakai stokin. Serius, memang rasa nak demam kalau keluar tak pakai stokin.
Tapi kalau ikutkan pemahaman saya, tak pakai stokin pun takpa kalau kain kita labuh dan kita yakin takkan ternampak kaki kita. Atau kalau kita pakai kasut bertutup, erk rasanya kalau pakai kasut bertutup lagi la nak pakai stokin sebab takut melecet.
"Handsock pulak bila hang pakai dayah?"
Saya pakai kandsock sebab tangan saya ada parut akibat jatuh motor. Parut dah la buruk pulak tu. So, kalau pakai baju kurung or t-shirt 3/4, malu doh kalau orang tetiba tanya
"Dayah, apa kena dengan tangan hang tu? Hang goreh tangan dengan kaca ka?"
Sebab taknak bagi orang asik bertanya makanya saya pakai la handsock. Tapi bila dah selalu pakai, dah jadi suka dan tak comfort kalau pakai baju kurung tangan biasa yang boleh terselak sampai siku tu kalau tak pakai handsock. So, sekarang ni, kita just teruskan apa yang kita dah mulakan walaupun niat kita dah berubah. Tapi kalau dah tangan baju kurung tu tangan cekak yang letak butang klip tu, tak pakai handsock pun takpa. Senang, suruh je la tailor jahit tangan baju CT, yang jenis jerut tu. Kalau tangan baju besa, suka beno dia melurut sampai ke siku.
Saya ni bukan baik beno. Jahat, eh bukan jahat tapi nakal sikit la. Sikit je. Benda-benda gini kena ada something yang tarik kita ke arah tu, Sebab tu la, kalau nak jadi baik, berkawanlah dengan orang yang baik-baik. Saya tak tau la orang lain, tapi alhamdulillah saya dikelilingi oleh orang-orang yang terbaik. Orang-orang yang sentiasa buatkan saya cemburu dengan depa dan nak jadi terbaik macam depa jugak. Allah temukan saya dengan kawan-kawan yang jaga pemakaian, yang rajin belajar ilmu agama dan kawan-kawan yang berusaha menjadi yang terbaik. Contoh, ada kawan yang aktif usrah, ada kawan yang gigih belajar kelas agama malam-malam, ada kawan yang aktif dengan kerja amal, ada kawan yang akan tegur kalau kawan pakai tak ikut syariat, ada kawan yang cakap lemah lembut manja tapi pandai jaga diri. Serius, orang-orang macam ni buatkan hati saya melt nak jadi macam depa.
Nak berubah menjadi baik senang tapi nak istikamah tu perlukan kekuatan yang luar biasa. Cakap kena serupa bikin. Kita tau kena pakai pakaian yang longgar tapi hati ni tetap nak jugak pakai peplum. huhu. Apa, peplum ada yang longgar??.. Sukati la. I pun ada peplum kaler ijau konon2 nak pakai time mengundi. Bye
P/S:
1. Kali ni p shah alam seronok betoi, Dapat pi makan meatball Ikea yang dah lama kempunan tu sebab pi sebelum ni takdan nak makan, pastu dapat makan meatball dan burger bakar abang burn (meatball dia sedap sebab rasa daging and gravy dia pun cukup rasa sedap sampai licin pinggan), pastu makan burger yazid (sedap eh daging dia) dan last but not least, dapat tengok lampu cantik kat I-City. Tapi kempunan sebab tak dapat makan nasi ayam kampung kat Cyberjaya... huhu. Ada orang tu promote kaw-kaw tapi apa pun takdak...
2. Meniaga takda la untung pun, balik modal dan dapat tambah pengalaman. Tapi saya dah daftar course dengan Dr Azizan Osman. Wah, tak sabar ni nak attend. Nak dengar, apa la yang dia cakap sampai semua orang semangat sangat.
3. Tahun ni saya sambut korban kat kemboja.. haha. Feeling obesi sangat. ada orang tu kata kat saya " Kalau tak dapat training kat UK, cari la somi yang nak pi sambung PhD kat UK"... Baik, mari mencari.. lepas ni boleh buat bisnes Tefal pulok. ahaha.
4 comments:
entry kali ni agak baguih..permulaan yang baguih...sehingga aku pon terasa baguih...isi yg baguih sehingga menyentuh jiwa...kesimpulan pon agak baguih sampai terlena...tapi kalu hang tak tulih apa....lagi baguih....hihihi...
hahaa.. baguih la hang ni...
Like post ni 1000x
p/s: knina pun mula pakai stokin lps balik umrah. masa baru balik umrah rasa bersalah gila nak pegi beli lauk dpn asrama tak pakai stokin. alhamdulillah.
You go girl!
hehe..kan kak nina.. rasa bersalah sebab kat sana boleh ja pakai bertutup semua kan...
Post a Comment