Assalamaulaikum..
Cemana semua?Ada baikkah, gastrik kah, kayap kah.. eh kayap pulak.. Hihi...
Sat sangat dah nak masuk syawal.. ramadhan ni mai keja balik
keja dah tetiba nak masuk waktu berbuka.. Balik terawih dah nak tidoq dah sebab
esok nak bangun masak soq...masak tu, up diri sangat nampak dayah..
Bukak news feed memang penuh update isu Ghazah.. Memang
setiap kali baca update samada dari aqsa syarif atau muslim care atau dari
sharing sesapa pun mesti akan tersedu.. Ya Allah.. beratnya tanggungjawab
mereka.. Menjaga Al-Aqsa supaya tidak diceroboh.. Wang memanipulasikan
manusia.. Kalaulah saya banyak wang, teringinnya nak buat sesuatu di sana..
Setakat ni tolong setakat termampu je la... So sempena dengan raya nak menjelma
tak lama lagi, kurang lebih 10 hari, maka saya akan jual semperit dimana
keuntungan akan disalurkan ke tabung viva palestin di bawah muslim care
manakala jualan kerepek pisang akan disalurkan sebagai hadiah goodies bag dan sedikit
duit raya kepada anak yatim BEDAYA KULIM. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang
sudi dan sanggup membantu bersama. Ya, semua tahu rumah anak yatim mendapat
bantuan dari JKM. Mungkin dari segi kewangan BEDAYA masih gagah menjaga
anak-anak ini, tapi JKM tak mampu nak bagi kasih sayang. Saya pernah mengaja
sukarela di rumah anak yatim. Saya pernah dipujuk rayu adik disitu supaya
tolong dia balik tinggal dengan mak.. Kesian, sedih, pilu semua ada dalam hati
ni.. Mereka mungkin mewah dengan berbanding dengan anak lain yang tinggal di
rumah dengan ibubapa yang kurang mampu. Tapi membesar tanpa kasih sayang yang
sempurna dari ibu bapa bagi saya sangat sadis.. Dia tak sama dengan anak yang
dihantar tinggal di asrama dengan anak yang dihantar tinggal di rumah anak
yatim.. Bagi saya totally different walaupun dari beberapa aspek ada persamaan.
Diharapkan sumbangan yang tak seberapa ni dapat menggembirakan mereka. Oh, kalau korang satu opis dengan saya, boleh
la pas duit or makanan or kain pelikat ka, kopiah ka, anything like sikat,
minyak rambut, untuk disalurkan... Bergantung.. Patutnya bagi awal ramadhan
supaya depa boleh guna, tapi dah tengah ramadhan baru toing idea nak bagi
sesuatu kepada anak yatim timbul...
Untuk membantu Gaza, tak mampu lagi nak mengangkat senjata
ke sana.. Cuma doa dan sumbangan supaya mereka tahu kita seluruh dunia ingin
bersama membantu.. Beruntungnya depa di sana.. Mati dalam keadaan syahid. Saya
tak pernah ke Ghaza jadi tak boleh nak ceritakan secara details. Tapi saya baca
buku ustaz Dr Ridzuan Mohd Nor, aktivis yang juga penulis dan penerbit buku. Aktivis
kemanusiaan ni memang perlu ada sumber kewangan sendiri. Jadi tugas kita la
untuk support mereka.. Saya selalu baca tulisan Saiful Nang (admire dengan
pendekatan yang beliau ambil).. Bila kita nak membantu, lakukan melalui
perniagaan supaya orang yang kita nak bantu tak dilihat seperti meminta
sedekah.. Sebab tu saya pun guna pendekatan yang sama. Niaga kuih supaya untung
dapat digunakan secara bermanfaat.. Ok, korang boleh tiru method
manusia-manusia hebat ni.. Oh, method ni pun sama macam method yang digunakan
oleh Allahyarhamah Datuk Sh. Aini, bisnes digunakan untuk bantu anak yatim..
Yang penting bisnes tu halalan toyyibannnnn.. Oh sedis ingat tokpah, untung ada
anak hafiz, dah la hensem pulak tu..kikiki.. Hai Abang Aliff.. ;)
Kat opis kan... opis saya tu.. Haaaaa.. nak buat luahan la
ni... bulan puasa nak buat luahan pulak ken.. tapi bulan puasa ni menag banyak
benda la yang menduga.. asik nak marah ja.. Saya ni suka cipta skrip dalam
hati, simpan dalam otak tapi mulut bisu.. Nak bagi cadangan, tapi pikiaq
macam2.. Takpa.. One fine day kena cakap jugak..
Oh baju raya, oh kuih raya... dalam banyak2 persiapan raya,
hajat di hati ni teringin sangat la nak dapat duit raya.. haha.. seriyes.. Dah
dekat 10 tahun xdapat duit raya.. Tak kisah la pasal baju raya semua, kuih ka,
makanan best ka,, yang penting dapat duit raya,. Baru la mengimbau kenangan
silam.. Takda ka orang nak bagi? Bak sekupang.....
Tak nak bagi sudah, duit i pun penuh dah dalam bank sampai bank kol suruh pi ambik balik tanam dekat pokok pisang.. Ok Ca..Cincau..
No comments:
Post a Comment