Assalamualaikum,
Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.. Alhamdulillah.. cepatnya
masa berjalan.. harini dah 5 ramadhan 1435H, dengaq kata felixia yeap akan
menjadi seorang muslimah harini. Alhamdulillah, ahlan wa sahlan...semoga jalan
yang dipilih ini akan menjadikan ramai lagi masyarakat sebangsa beliau mengikut
jejak langkahnya..
So, what next???.. Actually bila tak start menaip banyak
benda sangat dalam kepala sakti geliga ni tapi once dah depan lappy terus blank
taktau nak tulis apa. Ok, start dari ramadhan ni la.. Ok, kali ni saya nak
menjual semperit.. Sedap, lemak, crispy dan cair bila dah 2 minit di mulut
(means ketahanan tensile dia sedikit tinggi, read: rapuh)... So, do contact me
k.. btw, semperit ni bukan setakat musim raya ja, hari biasa pun bekalan sentiasa ada..
Next?... erm, menu berbuka... Ya, kali ni macam tahun lepas
jugak, tak langsung memasak or membeli di bazar. Actually part membeli di bazar
tu last membeli tahun 2010 kot.. Lepas tu memang memasak ja, even yang simple pun
takpa asalkan tak perlu cium ketiak timbunan manusia kat bazar tu... Then start
2012 dah mula berbuka kat masjid sekali sekala.. 2013 memang tiap hari bedal
kat masjid jer.. So, 2014 ni harapnya istiqamah.. Kalau korang tak pernah
berbuka kat masjid, sangatlah disyorkan untuk di mulain.. seriyes seronok.. Selama
2 tahun ni saya berbuka sorang ja kat masjid.. Tak susah, sampai masjid, masuk
solat tahiyatul masjid, aminkan doa imam, then pegi ambik makanan yang dah
terhidang, then makan (tak perlu nak sembang ka hapa), bangun letak pinggan
atas meja, pegi ambik wuduk kalau terbatal, then solat magrib jemaah... Simple
and sederhana.. Paling best sebab tak perlu tolong hidang and basuh pinggan..
Tak tau la sapa yang sedia and basuhkan semua.. rasanya ada kariah kot yang
sediakan semua.. Pastu part basuh pinggan banyak ja budak2 yang volunteer..
Bagus sangat kan budak2 ni, pandai cari pahala lebih, ringan tulang sunggoh..
Ada orang kata, jimat la berbuka kat masjid.. hahahahahha..
senyum ja, tak perlu nak tegakkan benang yang basah.. Actually ia terpulang..
kalau rasa nak pi makan saja boleh, nak bayar pun boleh.. Banyak tabung derma
yang disediakan di pintu masuk.. Its up to you.. Takda sapa pun paksa untuk
menderma.. Berbuka di masjid lebih besar dari sekadar berjimat.. Kalau hanya
part berjimat yang orang pandang, maka jimatlah yang anda dapat.. Tapi kalau
dipandang dari banyaknya masa untuk bertadarus, solat berjemaah dan makan secara
sederhana maka ia akan memberi dimensi pandangan yang berbeza. Ia bergantung
kepada keadaan mata yang memandang. Lagipun, kalau berbuka di masjid tak perlu
nak pikir pasal menu nak masak dan air apa nak minum. Kat masjid biasanya
la ada dua lauk ja dan air teh o panas. Kalau ada hamba Allah nak sedekah makanan
bertambah la lagi menu, kalau tak, makan la apa yang ada.. Simple dan tak berat
punggung nak solat. Paling mahal bagi saya adalah masa untuk berjemaah dan
bertadarus.. Kadang kita Cuma pandang pada part yang kita rasai hari2, sesekali
pandanglah guna kanta confocal microscope, mungkin kita akan nampak imej yang lain...
Oh, sebenarnya nak share pasal topik yang saya dok pikiaq
setahun dua ni.. Actually pertumbuhan anak dipengaruhi oleh siapa ibubapanya.. Dah lama
mencari bahan, kekadang lupa kekadang ingat, Cuma lately baru nak fokus
semula.. Dolu2, saya memang nak cari orang yang ada basic arab and boleh
membaca alquran dengan hukum tajwid yang superb.. Memang nak yang pernah
belajar sekolah arab ja.. ceewah.. demand kan?... Then, pengalaman mengajar
bahawa perlu ada nilai tambah lain yang perlu di beri perhatian besar.. Takda manusia sempurna,
walau belajar arabic segala, tapi akhlak perlu superb jugak.. Then, misi
diteruskan sampai sekarang.. (what r u trying to say hidayah?) Ok, back to
keypoint.. Saya tengah study buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dan Pahitnya Jadam..
Buku pahitnya jadam pasal Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mat.. Haaaaaa..
fair and square kan. Dua tokoh yang superb bagi saya.. Tapi kenapa tak baca
buku pasal anak Mahathir atau anak Najib? Oh, saya kan nak stady pasal manusia
superb.. mana boleh ambik sebarangan manusia.. Memang dua orang ni memberi
nilai tambah bahawa perkembangan sahsiah seorang manusia terbentuk dari rumah.
Menjadi anak kepada seorang yang bernilai dalam masyarakat membentuk mereka
menjadi manusia yang lebih tunduk dan berhati-hati. Tapi penat baca buku Ammar,
penat tahan sedu sedan, penat lap ayaq hidung.. Dia manusia biasa yang bila
saya baca kisah hidupnya Allah campakkan perasaan seperti dia sangat istimewa..
Mak dia cerita biasa ja, tapi saya baca prakata pun dah mata kabur.. Hai la,
tisu sungguh hati ni sekarang.. Bagi mereka berdua, ayah adalah insan yang
sangat mempengaruhi kematangan mereka, cara mereka dibesarkan dan siapa yang
mereka jumpa sepanjang dibesarkan. Saya suka dan jatuh cinta dengan orang sains
yang berseni, yang menjadikan seni sebagai karier walaupun hebat dalam bidang
sains.. arghhh, cemana yer nak describe.. Ok, nanti saya bagi contoh, bila dah
dapat contoh yang terbaik...
Saya suka pandang sesuatu dan harap sesuatu secara perfect..
(Padahal hang tu orang kampung bendang ja hidayah oiiii).. haha.. payah
sebenarnya, bila kita put too much hope then kita kecewa.. Macam kerja,
mengharap dapat naik pangkat tapi task ja yg makin bertambah, pangkat dok tang tu jugak..
hahha.. Nampaknya, mostly aim saya tak tercapai kecuali nak ada career
development. Since dah dapat surat approval for e-science punya project, means
salah satu doa saya dah dimakbulkan walaupun saya dah boleh nampak laluannya
sangat berombak setinggi pokok nyoq, berliku berduri macam pokok bunga ros, tapi
one thing yang kena set dalam minda adalah takda jalan mudah untuk berjaya. Tak
perlu nak impress kan sesapa, just do my best supaya diri sendiri berpuas hati
sebab takda orang nak tumpang bayar duit kereta pun kalau kena buang kerja
nanti. Walaupun terasa tak dihargai bila takda achievement dalam grade personal
tapi at least im proud of myself. I proved that i can be as best as the
others... Yang penting aku hargai sangat diri sendiri.. So, lets treat and
reward with something special pas raya k.. Krabi wait for me!!!!
Soalan yang sangat mengdownkan diri adalah, Dayah bila nak
habis master? Hahaha.. serius mood swing
time tu.. hahaha... of cos kalau boleh nak habis tahun lepas lagi.. But, saya
merancang tapi ada perancang yang lebih hebat.. Then, kita tengok secara
positif and jangan terlalu menekan diri.. Sebab... Sebab.. ingat yer sebab ni,
Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Hendak.. So, niat awal sambung belajar memang nak
learn.. So, im in learning process know.. Terasa sangat semakin hari semakin
belajar.. Belajar yang paling penting adalah belajar menjadi sabar.. Sabar
adalah masterkey kepada banyak key lain.. Sampaikan supervisor sendiri pernah
kata dia kagum dengan daya tahan saya... hahaha... Kena maki hamun dengan dia
pun masih belum drop lagi.. Sakit hati bila ingat part maki hamun tapi bila
ingat part kita berusaha nak capai tahap yang dia hendak tu jadi positif
semula.. I still dalam process nak menjadi chemist not technologies.. Back to
basic dalam chemistry.. Understand the fundamental.. Teory kena kukuh.. Its
tough actually.. Really tough and kekadang rasa nak jatuh dah, bertahan sikit
ja kat tembok2 tu...
Hish jauh plak merepek.. Selamat berpuasa semua.. Happy
fasting uols.. Maafin kawe k. Doakan yang terbaik untuk kawe.. semoga sihat dan
bahagia... Aminnn..
No comments:
Post a Comment