Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, April 17, 2015

Weekend yang panjang


Assalamualaikum,

 
Wah rasa macam lama pulak tak tulis, rasa kekok pulak bila nak buka dan nak menulis. Macam orang yang tak pernah jumpa, bila nak jumpa (after long conversation, then plan nak face to face) rasa berdebar jantung berdegup kencang.. eewaaahh.. haha.. Padahal bukan jumpa sapa pun. Just a blank page pun nak rasa berdebar..
 

Demam Teman lelaki upahan tak habis lagi.. poyo betol, padahal bukan minat sangat tengok movie.. Tapi sebab nak tengok pelakon wanita dia yang pakai mulut merah ang ang macam (Syazana) tu, dengan kaki yang cantik (haha), suka buat duck face, pastu berlagak nak mampos, memang boleh kasi meroyan. Meroyan la kejap, kasi chan sebab stress nak siapkan thesis.. Saya lagi suka membaca dari menonton. Saya lagi feel membaca dari menonton, sebab tu la melankolik sikit. Saya boleh menangis teresak-esak hanya dengan membaca.. Dan saya boleh tertidor waktu tengok cerita korea ramai-ramai zaman stadi dulu.. Serius, tak boleh layan betol kawan-kawan tengok movie dulu tapi kononnya nak layan korea sampai subuh saya pun join atas semangat setiakawan (choi sangat), tapi part depa nangis esak-esak aku terpinga-pinga tak paham… arghhh abaikan..Sekarang ni saya hanya boleh layan runningman (sekarang dah boolayan).. Dah la, malas nak ulas panjang-panjang, drama pun dah habis, sakitnya tu disini <3 font="">
 
Saya masih di KL.. minggu ni saya melalui satu journey yang panjang dan sangat menduga. Jumaat lepas 10/4/2015, saya dan syazana ke USM utk fetch Eju ke Kulim. On the way balik dari USM ke rumah syazana untuk hantar dia, hujan punya la lebat dengan angin kencang (macam tajuk lagu noh hujan) dan rebut petir sampaikan beberapa pokok tumbang. So, magrib tu Eju buat keputusan nak gerak ke KKB (kuala kubu baru untuk aktiviti trekking di Chilling waterfall). So terus kontek Zana (trekking mate terbaik) dan kami bertolak selepas isyak dalam hujan renyai2 dan sedikit keletihan. So tengah malam rehat di Ipoh dan sambung ke KKB selepas subuh dalam 7.30 am.. Elok sampai dan breakfast di KKb by 8.30 am. Cun betoi timing. Aktiviti di Chilling just moderate, ada treasure hunt, bbq (sedap betol lamb dia-seirius terbayang 3 hari).. Dan dalam pukul 11.30am kami trekking lebih kurang 30-40 minit ke air terjun. Air terjun dia takda la tinggi sangat tapi banyak ikan kelah. Dah la weekend ramai manusia di situ so mandi. Tapi, air dia sejuk and rasa refresh sangat, sempat la lupa kejap masalah dunia yang sementara ni. Pukul 5 kami bertiga bertolak ke Shah Alam, niat asal nak tidoq dalam kereta ja malam tu sebab  esoknya nak bertolak awal ke Banting untuk aktiviti paragliding di Bukit Jugra. So malam tu sampai Shah Alam terus kami ke seksyen 17 cari tiket bas balik ke USM dan Kulim untuk Eju dan Zana ahad malam. Rupanya terminal bas dah bertukar sementara ke Seksyen 13. Hampeh. Sejam lebih kami berpusing mencari, dah la letih dan lenguh segala-gala urat sendi. Dapat tiket bas, pegi makan (tak makan minum ja sebab semua dah letih yg kronik tapi lapar) kami ke masjid untuk solat dan rehat sekejap. Masjid biru yang tersergam indah tu, kengkonon kami nak tumpang di parking lot la kejap untuk lelapkan mata 3-4 jam. Kami bertiga dah bawak sleeping bag masing-masing dah. Sekali dalam tengah malam pak guard datang ketuk pintu tak bagi tidur dalam kawasan masjid. So, dengan keletihan, masih lagi lalok baru terjaga, dengan separa sedar saya pun drive dan waktu baru kereta bergerak tu saya terlanggar bucu divider untuk pokok. So kami ke rumah rehat SIRIM nak mohon masuk bilik dan nak bayar cash malam tu, malangnya kerana system yang di develop untuk masuk rumah rehat hanya dengan melalui system booking walaupun rumah rehat kosong, kami tak dibenarkan masuk. Saya sedikit kecewa, sebagai staff, saya maklumkan saya datang atas urusan kerja dan hotel cuma boleh check in esoknya. Serius sedikit kecewa sebab tengah letih lepas aktiviti dan bukannya saya taknak bayar, siap nak bayar cash lagi.. Tapi saya faham peranan guard. So, kami berpusing di seksyen 7 cari hotel dan dapatlah apartment 3 bilik yang sangatlah terlalu besar untuk kami bertiga yang halus ni (actually dua je halus sebab saya super halus).. Esok pagi, time nak ke Banting, baru perasan tayar saya dah terkoyak dan dah Nampak fiber..Tayar tu baru tukar sebelum GST (GST ni adalah lambang kasihan saya sebagai rakyat yang lebih kaya dari kerajaan sedia ada). Nak kecewa sangat tu takdalah, cuma sebab tayar tu baru tukar so ralat la sikit but its ok. Terpaksa batal aktiviti paragliding sebab tak berani nak drive jauh sebab since haritu ahad, banyak kedai tutup. Tengahari tu kami  reward diri driver denganmakan pecal yang marveles di Kampung Jawa dan terus check in hotel. Rehat sampai ke petang sebab saya pn dah migraine and budak berdua tu nak rehat yang cukup sebab isnin dah nak start kerja. Malam tu hantar diorang dan saya rest secukupnya sebab isnin sampai khamis tu nak attend heavy course pulak.
 
Isnin jumpa Ellina di IBRC, Shah Alam, a very successful researcher, merangkap kawan sekolah malah sekelas dengan saya di ASMA dulu. Dia sangat success walaupun dia lambat sikit dari saya, tapi lucky me as a fren dia kongsi banyak benda. Banyak yang saya kena perbaiki dan kena accelerate lebih sikit untuk berjaya macam dia. Berjaya macam dia bukan la sebab dia pegang jawatan besar atau apa tapi dia knowledgable dan move forward jauh dari saya. Takpa, kita bergerak dalam ertikata bersaing secara sihat. Tengahari seperti biasa kalau ke Shah Alam dating dengan Dr Qama dan seprti biasa jugak dia mesti nak makan kat tempat yg high class. ku ikutkan sahaja. So, highlight point disini adalah mesej yang kami bincangkan. Macam mana nak jadi parents yang terbaik. Qama Berjaya didik anak dia baca beberapa surah seawal usia setahun lebih. Sekarang dalam menginjak tiga tahun anak dia (Nurul) dah hafal juz amma.. So, kami diskas macam mana nak didik anak, time table, disiplin macam mana nak bentuk, n paling penting partner yang macam mana.
 
Seperti biasa jugak, nasihat yang paling bosan nak dengar "u cepat la kawen"... haha.. ofkos la saya tak marah tapi saya tak suka orang Tanya soalan yang semua tahu jawapan. Sapa kita nak paksa Allah, cuma yakinkan diri ia akan sampai pada masa yang betul dan adanya orang yang tepat, I.Allah.. Bagi saya, semua orang tahu kita takkan boleh melebihi orang yang menyusun jadual hidup kita, tapi sometimes kita terlupa you kahwin pun sebab Allah dah jadualkan macam tu, and if berpisah kemudian hari pun tak boleh nak melalak macam takda tuhan. Easy nak sebut Allah know best dan Sabar, tapi hanya yang sedang melalui rasai indahnya sabar. Dalam hidup kita mesti akan melalui fasa dimana kita jatuh sedikit, so, waktu kita sedang di atas nikmatilah seadanya.. Jangan sibuk nak bertanya soalan yang boleh lukakan hati orang. OK, EMO SEKEJAP.. TAH APA AKU TULIS..
 
Petang lepas tukar tayar di seksyen 7 jalan nak ke I-City, saya rest di hotel kejap and malam tu ke Bangsar untuk bengkel Patent. Ok la, walaupun masih lagi blur, nasib baik speaker ok (kan Hafiz... haha).. Hafiz, aku dah hantar proposal ke Faizal mintak dia advice, jangan jeles k.. Malam rabu kawan saya datang ambik kengkonon nak keluar lepak dan makan sama2. kami ke masjid jamek beli buahtangan untuk mak dan terus ke ofis dia untuk ambik kereta. Boleh dalam kereta....
 
Ela: Aku nak bawak hang ke cyberjaya makan nasi arab, tapi aku tak tau nama kedai yang kakak aku selalu bungkus tu.. Ok la, not bad rasa dia.. Aku nak set waze tak boleh masalahnya sekarang...
 
Me: Whattt.. apa ni nak bawak tapi tak tau kedai.. Is it Saba? Setahu aku Saba ja yang femes..
 
Ela: Haaaa, aku rasa betol.. Eh, hg lagi tahu eh... haha
 
See, sapa yang nak bawak tapi taktau jalan.. orang Kulim jugak nak kena habaq..
 
So, lepas makan di Saba makcik tu nak jenjalan di uptown Cheras la pulak. OTW ke Cheras, saya dah mengarut, dia Tanya lain saya jawab lain.. Teruk punya lalok.. Paling tragis nak balik ke Le Meridian kami pusing bangsar 3 kali.. haha.. hampir givap saya, nasib baik bukan saya yang drive kereta. Banyak jalan under construction..
 
Now, saya tengah melepek di rumah dia di BTS, esok nak melawat geng2 USM yang dah beranak pinak tu then malamnya nak shoot balik Kedah.. Doakan saya selamat sampai Kedah. Hopefully Ela dapat cuti untuk teman saya drive balik Kedah esok malam.
 
Thanks hafiz for reading.. haha.. Aku rindu suasana di mekah and madinah, macam melambai-lambai..
 
 

No comments: