Hai..
Tengok, I dah selamat sampai Kulim.. Walau seronok dapat
mengembara, tapi perasaaan bila nampak signboard Kulim tu sangat tak boleh nak describe..speechless.. Rasa
macam terbuai-buai..
Dulu waktu masih lagi jadi kontrak staff, lepas 2 bulan beli
kereta viva tu, saya terus kena outstation ke MINT, Dengkil. So, selepas seronok
menjadi gila stereng selama 2 bulan, maka bermulalah pengembaraan yang penuh cabaran.
Serius, saya sangat gila stereng masa tu, sebab sebelum beli kereta saya tak pernah pegang
stereng. Pegang stereng waktu belajar kat kelas memandu dan waktu exam JPJ.. In
between tu memang pegang handle motor je. Yang kelakarnya, selama dua bulan tu
adalah tempoh nak belajar main dengan clutch and gear (ye la manual kan!!).. Sebulan
yang pertama paling kelakar sebab time nak bayar tol memang guna konsep touch n
go walaupun bayar tunai, lepas bagi kad tol tu terus blah… Nasib baik la time tu system PLUS tak
delay.. Kalau delay memang palang tu bakal jadi sejarah lah..Sebab time nak ambik card and nak bayar tu gear memang sentiasa kat Gear 2..Haha, takut kereta mati enjin sebab tak pandai main clutch.. Ok, back to story….
Waktu ke MINT, memang dah niat nak buat kerja kat sana 3 hari ja.. Nak dijadikan
cerita, tiba2 pegawai yang berurusan dengan saya ada hal urgent 2nd day dan dia nasihatkan
saya tak payah datang MINT, just datang on 3rd day.. Yeay-yeay… Paling
double yeay bila malam 1st day tu kawan saya yang belajar kat UKM
bagitau dia dan kawan2 nak ke Genting esoknya.. Tango dan chacha la saya malam
tu.. Mesti la nak ikut.. OK, bukan cerita Genting yang nak cerita. Actually, saya drive
sorang pegi dan balik dari KL, superwoman kan saya. Lepas habis keja di MINT, saya terus ke AMPANG dan stay
dirumah pakteh.. Rasanya saya pernah cerita pasal Pakteh yang single dan loaded
ni.. Since dah pernah cerita pasal Pakteh so kita skip la promoting dia.. So,
balik kedah, lepas ja tol Juru, tempat pertama yang paling saya rindu gila-gila
time tu, TIME TU LA, adalah Kulim Mall… Haha.. Terbayang-bayang tomyam dan nasi
goreng ayam merah Kulim Mall yang suatu ketika dahulu.. Ohsem sangat.. Sampai
ja Kulim, saya terus ke Kulim Mall bungkus makanan baru balik rumah. Padahal
dah makan kat RnR.. Ok, habis cerita.. Kesimpulannya, harga makanan sebelum GST
memang sangat ohsem…. TAMAT…
Last week kan seminggu takda kat ofis. Pastu masuk kerja pun
terkejar-kejar ke USM sebab nak tengok equipment experiment kat sana. So,
this week agak cool la sikit. Pagi isnin yang indah dengan azam dan semangat
yang berkobar sebab ada kerja nak siapkan, yela kan dah terinspirasi lepas ke
Shah Alam, maka datang ofis pun dengan penuh keceriaan. Lepas pintu lif
terbuka, disambut oleh senyuman manis makcik cleaner. Since saya ni kalau tak senyum
pun dah manis, kalau senyum tu taktau nak habaq kemanisan tu macam mana, semahal teh
ais selepas GST... makcik tu tegur:
“Lama tak nampak”
“Ha, seminggu takdak”
“Patut la, sunyi ja rasa minggu lepaih"
Oh, thanks makcik.. Rasa macam sangat diperlukan sangat..
kuikui
Lepas tu masa nak balik petang tu.. Oh, since baru lepas
tinted kereta, so dah tau getah dalam pintu kereta tu ada problem jadi tak boleh
turunkan tingkap sebelah pemandu.. So, nak bagi hawa panas dalam kereta keluar,
saya turunkan tingkap pemandu dan tingkap penumpang belakang.. Lepas
lambai-lambai kat pakcik guard (memang aktiviti wajib time balik kerja) saya
pun memandu sambil menyanyi lagu twinkle-twinkle.. Tengah dok like a diamond in
the sky, tiba-tiba phone bordering.. ₰ ada orang dalam bahaya di sana ₰… maka
naiklah no pakcik guard;
“Hello, Hidayah ka ni”
“Ya, hello pakcik, saya ni. Awat pakcik. (suspicious sangat
masa ni, awat la pulak)”
“Ni, tingkap belakang tu tak katup. Sat lagi hujan ayaq
masuk pulak. Jangan lupa katup”
“Oh, ok, pakcik. Terima kasih”
See, payah la.. Semangat nak cari kerja lain serta merta
hilang.. cewah, bila la yang semangat sangat tu.. Terus rasa, alaaaaaaaahaiiiii….
Incredible feeling…gagah perkasa sangat feeling tu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasal kerja sambilan yang disukai (cikgu tuisyen yang gigih)…
mula-mula, means early this year student Cuma ada tiga orang ja.. Then
bertambah sorang.. Pastu bertambah 2 orang.. Pastu bertambah lagi.. Sekarang
nearly 10 orang.. For a critical subject macam chemistry, ada 10 orang student
adalah sangat mencabar.. Sebab ada pelbagai latar belakang student.. Ada dari
sekolah yang memang belajar guna medium English dan ada yang cikgu mengajar
umpama sang kura, dan bulan 4 dok chapter 2 lagi.. sigh.. So, cikgu Kimia yang
sporting ni kena la pandai tarik minat students.. Nak kena ada method dan
formula macam mana nak buat momentum students tu sentiasa streamyx.. Ok, itu
rahsia.. Sikit tahun lagi mungkin saya boleh buka pusat tuisyen sendiri
(angan-angan betol).. Satu malam ni, lepas habis kelas, owner pusat jumpa saya;
“Cikgu, cikgu nak ke Jepun ka”
Ternganga saya, bila masa aku cakap aku nak ke Jepun… “ Eh,
takla. Kenapa?”
“ Ada parent student cikgu jumpa saya Tanya betol ka cikgu
nak pegi Jepun”
“Oh, ok-ok.. tak lagi. Kalau jadi pun lambat lagi..”
“Kalau jadi cikgu bukan pi lama kan? “
“Oh, tak. I. Allah saya tak pi lama. Tapi bukan sekarang.
Maybe hujung tahun atau kalau tak hujung tahun pun saya akan susun jadual saya”
“Saya harap cikgu tak pi lama..”
Saya tau, dia nak habaq yang depa perlukan saya.. haha..
Yakin betol aku.. Walhal, macam tak dapat ja pi.. Maybe saya ada crita dengan
student atau mintak depa doakan permohonan training saya lulus.. Terus depa
bagitau parent. Parents pulak dah risau. Jumpa cikgu.. Cikgu susah hati, terus
pujuk (eh, sesuai ka guna istilah pujuk???)… Ye, cikgu cemerlang gemilang memang
di sayangi anak murid dan bos..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itulah kehidupan.. Kalau tak fikirkan sekarang dah 2015,
saya sentiasa rasa saya masih 23 tahun…. Sebab, kehidupan masih macam waktu
umur 23 tahun.. Walaupun ada beberapa aspek yang berlaku peningkatan, termasuk
berat badan, tapi still I feel macam 23 tahun…. Ok, 23 tahun tak berapa
challenging, 25 tahun paling best..
interm of friendship, relationship, lovehaterelationship, I enjoy all the ships
yang I terjatuh ke dalamnya, kenangan adalah suatu memory-card yang kita terlupa
password nak buka dan delete semua memori tu.... And now, after 5 years.. I become
a sophiscated ‘girl’ aka. woman.. haha.. biarlah aku nak tulis apa pun..
In 5 years.. banyak yang dah dilalui.. jatuh bangun.. Oh,
jatuh adalah sesuatu yang simple, tapi part bangun adalah satu bahagian yang
saya paling bangga walaupun kelihatan tak significant pada orang lain. Bila
pandang semula ke belakang, satu perkataan yang saya boleh kata kat diri
sendiri adalah “WOW”,,, Sila berlari Hidayah…Tapi, jangan berlari atas
treadmill, kena secara larian berirama, supaya larian tu harmonik dan
memorable.. Kita tak tahu ke mana kehidupan ni akan bawa kita, sila masukkan
elemen sound effect supaya andai kita terjatuh kali kedua, ada irama yang boleh
mendamaikan dan menenangkan supaya kita khayal dan tak terlalu sakit.. Dan
paling penting, dengan berlari badan boleh jadi sihat dan KURUS…
Saya sendiri tak tahu macam mana nak tahu keputusan
istikharah.. Tapi maybe respon orang keliling pun salah satu keputusan
istikharah… Kan???
p/s: Tapi antara aktiviti extreme dalam bucket list yang paling nak dicuba sekarang adalah... jeng jeng jeng.. nak cuba bungee jumping di New Zealand/ Phuket, Nak try paragliding yang tertangguh di Bukit Jugra dan nak merentasi laut secara flying fox di Sabah... Oh man, membayangkan pun dah cukup teruja..
No comments:
Post a Comment