Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, May 5, 2015

Laptop, Inovasi dan erm erm Fahrin

Assalamualaikum..

 
Buat gapo.. Bajet macam ada orang nak baca blog ni. Lately ni laptop macam buat hal. First time saya detect dia macam kurang sihat bila nak tengok movie dengan izzati malam hari buruh last week, tiba-tiba dia buat hal jadi blue screen. Aiyak. Cuak sekejap tapi takda la cuak sangat sebab rasa macam boleh lagi ni nak format.. Tapi bila bawak balik kampong boleh la pulak budak-budak bertuah tu main game.. Saje la tu nak main-main dengan I laptop ni.. Tapi… Tiba-tiba semalam dia tak boleh baca pendrive yang simpan segala maklumat thesis.. Seriyes memang cuak habis..Gabra taktau nak cakap…  Sebab nya, takda buat back-up la pulak the latest version thesis and powerpoint presentation.. Berpeluh la sekejap. Nasib baik bila buka kat opis takda masalah. So malam ni laptop ni dah bagi kerjasama Cumanya taktau la dia selesema ka apa, dok sedu tak habih-habih.. Macam-macam, mentang-mentang la dah lapan tahun dia nak tunjuk hero la ni..

 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

New topic plis.. ilmiyah la sikit hidayah!!

Ok, ok,,,
 
Sapa suka dengar radio Malaysia Kedah. Chanel 96.5 untuk negeri kedah, tempat lain tak pasti la pulak. Saya memang peminat setia RMK especially slot pukul 6 petang setiap hari. Yelah, balik keja masa tu memang tepat la timing. Slot pukul 6 petang adalah slot agama. Macam-macam la topic yang dibincangkan, adal hal semasa, hal rumahtangga, macam-macam la.. Sampaikan saya dah boleh tau kalau yang dok kol tu sapa. Dengaq suara pemanggil pun dah tau sapa. Selalunya ada sorang mamu dari penang memang rajin sungguh la kol, memang dah cam la suara dia kalau dengaq dia sebut… “Helllloo, assalamualaikum, ni mamu dari penanggg…”
 
Ada satu hari tu, RMK jemput Ustazah Nik salida, kalau tak silap la nama dia nik salida suhaila kot.. So topic yang dibincangkan haritu adalah inovasi. Kita make it short je la k. Apa yang paling menyentuh hati saya bila dia cakap pasal jangan berkira melakukan inovasi dalam kerjaya. Sebab nya.. Ustazah kata, dalam hidup kita yang bekerja ada dua bos. Satu bos di atas kita dan satu lagi bos yang paling besar. Jadi, sekiranya kita melakukan inovasi dan tidak dipandang bos di tempat kerja, janganlah merasa sedih sebab ada bos besar yang akan memandang kita.. Andai tidak menerima imbuhan yang besar sekarang, I.allah ada imbuhan yang besar di sana kelak… Bagus sangat topic yang dibincangkan petang tu.. Actually slot dia panjang jugak dalam 45minit termasuk  soal-jawab.. Untuk orang yang keras kepala, terlalu agresif, outspoken macam saya memang kena sangat topic yang dibincangkan tu. Hahahaha.. So, ok la, lepas ni saya kena la berubah jadi lebih cool, lebih relax, lebih sopan santun, lebih down to earth dan lebih segala-galanya.. lebih ayu, paling penting lebih kurussssss…la, la, la, la,,,
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:
Sekarang ni tengah berdebar fahrin nak kahwin dengan siapa.. berdebar la pulak tunggu dia nak nikah sabtu ni.. Janganlah tiba-tiba fahrin kol malam jumaat depan ajak kahwin dengan dia, nanti susah la nak buat keputusan, takkan nak kecewakan fahrin kot tapi at same time taknak hampakan orang lain.. plis fahrin jangan buat I berdebar, plis plis plis… I tak suka tau u biarkan I berteka-teki, I ni straight forward orangnya, kalau I rasa macam suka sikit-sikit pun I akan straight bagitau kat orang tersebut.. well, life is too short untuk nak pendam-pendam rasa pastu merana sensorang.. so not me..i lagi rela kena rijek dari tidur tak lena makan tak kenyang mandi tetap basah dok angau sorang-sorang..(ye, I memang muka tak malu)
 
 
 
 
 
 
 

No comments: