Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya.. Maaf zahir dan batin..
Banyak benda nak share pasal Ramadhan, Raya dan Syawal 2015
(setakat harini la, tak pastila drama apa pulak lepas ni)
Ramadhan
Ramadhan yang tenang tapi mencabar minda.. Banyak jugak
benda yang berlaku tak seperti yang diharapkan. Start dengan tempahan kerepek
dan semperit last minit supplier bagitau tak dapat nak supply (erus malas nak
deal taun depan, hahaha)…
Then, tiba-tiba dapat tau speaker Singapore taknak datang
Malaysia ( satu hal pulak nak cari orang lain yang dapat suit dengan ongkos yang
diluluskan sebab waktu isi proposal buat costing guna ticket flight Singapore and
guna converter Singapore, sakit kepala pikir)…. Then En Nik bagitau pihak Japan
takdapat nak kontek, langsung depa tak reply emel and so on (ah sudah, bertahun
tunggu, lepas lulus ini pulak jadi)…
So, duduk diam2 lepas solat terawih, sambil minum kopi
panas tengah rumah sorang2, renung semula, sampailah tenang, dan percaya semua
yang berlaku ada hikmahnya.
Inilah yang dikatakan kalau Allah kata Tidak, maka Tidak lah
ia… walaupun ia kelihatan Ya pada kita..
Masa ni memang terlintas dalam hati
“Maka nikmat tuhan kamu manakah yang kamu dustakan”
MasyaAllah, a very soft reminder… So, lepas tu terus rasa tenang dan OK, takda apalah, lets move on..
Kadang, takda la kadang sangat, memang selalu pun, kita
(especially saya) terlalu gembira dengan nikmat bahagia sampai terlupa siapa
yang buat kita rasa bahagia.. Kadang tengah duduk sorang, tiba-tiba macam ada angin
lalu celah hati yang buat kita rasa tenang and rasa bahagia… korang pernah rasa
tak… walaupun sekejap, sekali lalu je, tapi susah nak describe feeling tu…
Especially bila duduk dalam kereta, samada dengar tazkirah atau lagu yang beri
tamparan kepada kita dan kita rasa kena sangat dengan situasi kita masa tu…
Satu benda lagi bila suami kawan baik saya meninggal
pertengahan Ramadhan. Bayangkan dia kol saya dalam 4.45 pagi, masa saya masih
mamai sebab set alarm pukul 5 pagi.. Terus terbeliak biji mata sebab terkejut..
Lama dia tak pernah kol, saya pun tak sempat nak kol.. masing-masing bz..
Dengar je suara dia yang macam bermasalah, terus rasa bdebar. Bila dia bagitau
husband dia meninggal semalam dan dah kebumi, saya macam tak percaya.. Saya
taktau nak bagi respon macam mana.. Speechless… Tau saya jawab apa, OK La…
hahaha… Sebab dia memang dalam proses nk bercerai dengan husband dia..(Teruk
aku). Tapi still saya rasa kesian dengan husband dia. Yela, saya pernah jumpa,
bersembang, mengikuti kes mereka, dan tiba-tiba saya dapati mereka berpisah
dalam keadaan yang agak tragik. Lepas letak fon, terus tak lalu nak makan
sahuq, minum susu dan tak sabaq nak kol dia nak update semula cerita…
Raya…
Saya kan tak buat baju raya, malam raya gigih jahit lace
murah kat baju lama yang paling jarang pakai… Tau tak gigih gila jahit?.
Bersungguh sangat walaupun mata tak larat buka… Dan sebab beli semester, letak
kat tangan dan bahagian depan baju jer,, jadiklah...
Pagi raya….
Jeng.. Jeng… Jeng… Saya pun ambik la baju raya saya, shawl,
baju mak dan bapak… Ok, kita mulakan iron baju yang lebih berusia.. Then sampai
lah baju saya… Saya pun tengok lace kat baju sambal berkata dalam hati
“cantik jugak lace ni, pandai aku pilih kaler”
Sekali letak nak iron..
“Eh, awat macam pelik lace ni tak sama dengan leher pulak ni”….
Ohhhhhhh noooooooo
Taktau la nak gelak ka nak ketawa.. So, relax sat dan
teruskan iron baju raya kesayangan sangat tu..
Jeng … jeng…
“Mak, tengok ni, cantik dak?” sambil pusing pusing ala-ala Hindustan…
You know whattttttt…. I jahit lace tu bahagian belakang baju
dan bahagian depan kosong… trendsetter sangat… Lantak la, terus pakai pi surau
solat raya.. Kakak siap kata, “eh, pesyen baru ka?”
Syawal ke-2
Malam tu dapat wasap dari no tak di kenali.. Oh, rupanya
dari kawan zaman belajar arab dulu.
Alhamdulillah… setelah hampir dua tahun tak jumpa, dia wasap
bertanya kabar.. dan jemput datang ke rumah baru dia.. dan bagitau
“Awak, kita ambik anak angkat perempuan umur 3 tahun, nanti
datang la rumah tau”
Ya Allah, soooo happy.. Dia sebaya saya and still single..
Tak sabar nak p rumah dia dengar cerita…
Syawal ke-6
Mak saya tak sihat, jadi saya just chill kat rumah, malas
nak keluaq.. Tiba-tiba dapat satu kol dari Skynet suruh keluar ambil barang di
bank Islam pokok sena, alasannya dia cover sampai area PEKAN POKOK SENA SAHAJA…
Ceh, lain kali letak la area yang cover terus dalam website.. Ok la, sarung
jubah semalam then terus keluar..
Waktu odw, saya ternampak sorang budak perempuan pakai
t-shirt putih, seluar track, sandang beg sekolah, pegang buku sedang jalan
kaki.. kesiannya, dah la panas rembang, masa tu dalam 3.30 petang… Anak sapa
ayah dia tak datang jemput ni?. Terus la saya p jumpa orang Skynet tu, then
singgah wah seah beli barang sikit…
On the way balik, lebih kurang dalam 1 kilometer dari tempat
saya jumpa budak tadi, saya terserempak lagi dengan dia, terus la saya stop…
brek mengejut kau, sebab kat situ macam selekoh yang ada semak sikit… Pulak tu,
situ kawasan ladang getah yang berekar-ekar, memang takda rumah orang, sunyi
sangat… Pokok Sena kan…. Terus buka tingkap…
“Adik, nak pi mana, mai naik kakak hantaq balik”
Dia geleng-geleng.
“eh mai la, bahaya ni jalan sorang, takdak orang jalan ni..
Mai naik” kemas2 sikit seat depan, dengan rambutannya, kotak Skynet, barang wah
seah… ayyok..
Tiba-tiba adik tu mencebek… eh pahal pulak budak ni..
“Adik nak pi mana, mai la naik kakak hantaq, jom-jom, mai
masuk”
Terus buka pintu, dan adik tu pun masuk, tutup pintu, dan
dia start menangis dengan teresak-esak..
“La, awat ni. Jangan la teriak. Ni nak pi mana ni, Mai dari
mana?
“Nak pi tualang. Dari rumah tadi…. (terus menangis)… saya
lari dari rumah”
Omg…. This is omg..
“Awat lari dari rumah, nak p tualang rumah sapa”
“Tak tau. Ibu halau. Dia tuduh saya curi duit.. Saya tak
ambik pun duit ibu”... lepas tu dia bagitau kat Tualang ada rumah kawan dia... senang sikit hati
“Ish, awat lagutu.. Ni ibu tau dak? Ibu tu sapa? Mak tiri ka?”…
tengok sinetron banyak sangat..haha
“Dak, ibu tu ibu la…Ibu tuduh saya ambik duit dia. Saya
takmau dah balik rumah tu. Ibu tu sayang kakak lebih”
“Ok, ok. Duit tu hilang banyak mana? Adik ni form berapa?”
“160.. tingkatan dua”
“La hai, kecik lagi.. takpa takpa.. rumah adik kat taman tu
yang mana satu (sebab taman tu ada low cost and medium cost)”
“Takmau, satgi kakak pi bagitau ibu”
“Yala, yala.. Jom kakak hantaq pi tualang, tapi satgi mesej
ibu bagitau ada kat rumah kawan. Jangan dok buat ibu qisau.. Bahaya ni jalan
sorang-sorang. Kalau kena colek ka kena rogol ka, ishhhhhh bahaya ni”
Diam ja budak tu…
Dia mintak saya berenti dekat simpang nak masuk ke rumah
kawan dia.. Sebelum dia turun saya bagi duit raya lebihan duit shopping kat wah
seah..
Balik tu saya cerita kat kakak.. Kakak saya kata
“Awat hang tak kunci pintu keta, hantaq budak tu pi balai
polis”
Danggggggg… seriously, saya neves sangat bila dia kata dia
lari rumah.. aku pulak yang takut… tak boleh nak pikiaq apa.. Petang tu terus tak
senang duduk,, dah la tak mintak no fon dia.. CEREDIK SANGAT HANG HIDAYAH!!!!!
Tadi kat opis, cerita kat depa, terus kena ceredik lagi.. Zu
siap
“Nanti tulis la dalam blog”…..
Ok Zu, as u wish….
No comments:
Post a Comment