Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, October 4, 2015

A journey to Medan - September 2015



Assalamualaikum..

Aku sudah di Japan ketika dan saat ini....hahaha..
Tapi cerita ni dah lama tulis cuma sibuk tak sempat buka blog..

Yeay.. harini nak cerita pasal trip ke Medan last week. Trip ni p bersama dengan student USM dan UTP, bergabung meletop. Sekitar Januari 2015, satu hari tu nak ke Shah Alam, tetiba Eju wassap bertanya nak ke Medan tak dengan harga tiket sekian-sekian. Saya ni pantang orang ajak, semua nak, padahal tak pikir panjang pun. Pastu selama beberapa bulan saya dah terlupa pasal trip tu sampailah lepas raya geng trip Medan buat wassap group. Ok, ini serius. Lepas raya start bayar deposit trip. Then hujung bulan Ogos saya bayar harga untuk tour guide dan tukar duit sebab baru ingat awal September dah nak ke Medan. OMG, cepat giler masa berlalu. Saya tak sempat nak prepare apa-apa, sebabnya masa sangat lah terhad dengan beberapa isu nak disetelkan. Ok, isu utama adalah saya kena submit tesis bulan September jugak dan isu ke-2 adalah saya berkemungkinan nesar akan ke Japan pada awal Oktober. So, trip ke Medan menjadi tak penting sangat sampaikan saya hampir nak kansel trip ni, tapi memikirkan dah bayar banyak benda terpaksa teruskan ke Medan tanpa perasaan eksited yang keterlaluan. Paling teruk sekali, saya cuma kenal Eju je dalam trip ni, walhal kami akan ke sana dikhabarkan seramai 15 orang. Ramai siot.


Pagi 3 September 2015
Sepatutnya malam sebelum saya tido di bilik Eju, tapi entah la kenapa, saya decide untuk datang ke Penang pagi tersebut ja. Walaupun hakikatnya, saya dah hampir 3 bulan tak jumpa Eju. So, dengan kelam kabut berkemas pagi t uterus saya ke USm dan kami seramai 8 orang dari penang ke Airport. So, sesi ice-breaking yang pertama adalah di airport Penang. Bersama saya dari Penang adalah Eju, As, Linda, Mohana, Wani, Fizree dan Paan. Pukul 1pm flght kami bertolak dan selamat sampai airport Kualanamu pada pukul 1 tghari waktu Indonesia. Sangat smooth Air Asia Indonesia, jauh beza nak dibandingkan dengan MAS terutamanya sewaktu landing, MAS patut belajar dengan Air Asia. Kami tunggu lebih kurang 15 minit dan baru Nampak tour guide kami, Mamen dan Joe (Joe bos, usia 28, Mamen 26 tahun). Terus kami ke hotel. Disebabkan hari bekerja, dan waktu habis sekolah, dengan pekan Medan yang sangat sesak, kami ambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke pekan Medan, dan terus ke Grand Sakura Hotel. Rehat, solat dan keluar lunch cum dinner di Garuda. Mahei sungguh makan situ. Ikutkan aktiviti asal kami akan ke Abadi Pool tapi disebabkan flight delay dari sepatutnya pagi ke tengahari maka aktiviti tu kansel. Lepas makan, bergambar sekejap dank e Carrefour untuk makan2 ringan dan cuci mata. Takda apa menarik, terus ke pasar Teladan. Pusing-pusing sambil beli mask memandangkan keadaan jerebu sangat teruk, sangat sangat teruk. Tak sihat betol udara waktu tu. Then, balik hotel, solat and tidoq.. Warghhhhh best nya dapat landing sebab dah hampir 16 jam berjalan.


4 September 2015.
Turun breakfast hotel sebab pukul 7.30-8.00 pagi dah nak gerak ke airport ambil lagi 7 orang group dari KL. Remember, kami semua kan 15 orang. So, kami pun check-out dan gerak. Kereta kami tak terus ke Airport, kami tunggu di simpang nak ke Airport since airport agak jauh pulak nak masuk ke dalam. Nak dijadikan crita, disebabkan jerebu sangat teruk di Sumatra, sampaikan ada airport yang tutup, flight dari KL delay hampir dua jam. Pukul 12 baru mereka sampai. Jenuh kami tunggu, sampaikan bosan asik minum, sebab tunggu dikedai makan. Mereka sampai je, kami makan siap2 lunch, terus gerak. Singgah solat kejap then sambung perjalanan. Hampir 6 jam kami gerak jumpa la Aer Manik. Orang kata, nak dapat yang terbaik, banyak pancarobanya. Perjalanan nak ke aer manik sangatlah teruk. Jalan kampong berlubang-lubang. Aer manik sangat cantic dengan air kaler hijau, Nampak sampai dasar, ikan emas berenang-renang, rakit terdampar megah menunggu pelawat, best gila-gila. Aer manik ni terletak dalam kebun buah pakcik tua, dihujung kampong. Dia macam kawasan tadahan air yang akan mengalir membentuk anak sungai. Ayaq dia sejuk sungguh. So, mandi-manda bergambar bagai, magrib tu kami bertolak ke Lake Toba. Perjalanan yang berpusing-pusing di lereng hutan ambil masa dalam 2 jam setengah, dengan tetiba kereta Joe tayar pancit di tengah hutan. So kami stop tukar tayar semua..ngeri jugak stop tukar tayar tengah hutan tebal macam tu, nasib baik ada jugak lelaki dalam group kami, walaupun hanya dua orang. Oh, sorang driver lagi adalah Kelvin. Lepas melalui perjalanan yang agak panjang, kami sampai ke homestay di lake toba. Disebabkan letih, saya tak sempat nak usha keadaan sekliling..

5 September 2015
Kami bangun awal2 pagi, mandi dan bersiap untuk merentasi lake toba. Mula2 nak merentas naik bot di jeti berdekatan dengan rumah ala2 ombak rindu yg kami duduk malam tu tapi bila melihatkan queue yg tersangatlah panjang, Joe (agen) bawak kami ke satu lagi jeti yg hampir sejam perjalanan.. Melalui hutan tebal, jalan kecik je, lereng2 gunung, kami sampai ke jeti yang tak dapat diingati namanya. Merentasi Lake Toba yang menjadi sebutan ramai. MasyaAllah, indah dan hebat ciptaan Allah. Sampai ke Samosir Island kami berpergian (cewah) lagi selama hampir 2 jam dan tiba di Saulina Resort hampir jam 12 tgh. Besaq sangat Indonesia ni, sakit bontot duduk dalam kereta lama2.. Then, cari kedai makan halal dan makanlah seadanya. 

Pengembaraan di teruskan, kami ke Teletubbies Hills. dan Pusuk Buhit Hills. Sangat lah cantik. Joe pandai pilih tempat untuk bawak tourists. Nora bagi 5 bintang.. Bergambar bergambar, kemudian bergerak lagi selama hampir 2 jam melalui perkampungan batak dan kami ke air terjun Eferrata.. Dalam kampong orang asli batak. Oh ye, di kampong batak asli ni babi2 hitam bersepah merata sepanjang perjalanan.. Depa bela babi depan rumah macam bela anjing.. Ada yang pregnant, ada yg tengah tidoq, ada yang….. macam2 la.. Geli tapi comel.. Perjalanan nak masuk ke air terjun tu toksah cerita la.. Sakit jantung kalua ingat balik. Cukuplah sekali ke sana.. Haha.. Lepas mandi semua, pergi lagi melawat kawasan yang cantik2 dan bergambar kenangan.. Budak2 situ jalan kaki ke sekolah hampir 2 KM.. Jauhnya la.. Tak ponteng pulak tu.. Kagum….Then, kami bertolak balik ke homestay dan singgah sebentar ke air hangat berdekatan homestay. Masa ni dah takda mood nak mandi sebab renyah la hai nak salin2 baju. Dah la dah basah kuyup baju tadi.. Kami just main2 air ja.. Borak2 and sambung minum di kedai yang tuan empunya air hangat.. Balik homestay, mandi dan ready untuk dinner. Yeay malam tu Joe keluar cari ayam untuk bbq.. Sekali dia bawak balik ayam kampong enam ekor.. Kusangkakan sedap, sekali makan seketol, erkkkkk, ku Tarik-tarik isinya enggak keluar.. Gimana Joe.. “Ayam kampong memang begitulah, mana mau cari ayam pekan disini”.. So, kami ramai2 cuma makan 2 ekor ja, empat lagi tu entah la joe sedekah dekat anjing atau pekerja resort tu.. Then tido sebab esoknya kami kena bertolak pukul 4 pagi..


6 September 2015
Kami bangun seawal 3 pagi, bersiap gosok gigi basuh muka, kemas ber (mestilah tak mandi, gila nak mandi, sejuk nak mampos)… Ready dan by 4 am kami bertolak pulang ke Medan.. Perjalanan pulang kami singgah di Air Terjun Sipiso Piso. Tinggi sangat nak turun ke bawah, jadi kami Cuma bergambar kenangan di atas sahaja berlatarkan air terjun.. Air terjun dinamakan Sipiso Piso kerana air terjun ni sangat tinggi dan kalau orang yang pergi mandi kat bawah tu kenakan badan terus ke air yang tengah terjun tu terasa seperti terkena pisau tajamnya.. Ini si Kelvin la yang cakap..
“Kelvin kalua kau tipu Kakdayah, semua yang baca pun tertipu”..Kelvin ni dalam semua yang pergi 15 orang tu dia Cuma ingat nama saya je. Mayb sebab saya cakap banyak dan macam kakak sangat kot (yela, I and Eju yang paling tua ikut trip tu).. Dia memang akan panggil kakdayah, kak dayah.. comel gila.
Lepas lepak hampir sejam di Sipiso Piso, kami terus gerak ke Berastagi sebab ada 9 orang akan naik flight balik ke KLIA pukul 3 petang.. Jadi kami kena cepat. Untuk shopping, kami terus ke Berastagi (macam kemeren highland).. Tak sampai sejam pun shopping, tak sempat nak tengok buah salak kesukaan saya, oh sedihnya.. Kami terus bergerak turun ke Medan.. Masa ni dah cuak sebab hari ahad, kereta banyak dan kami tengah kejar masa. Masa dah pukul 2 lebih tapi masih di jalan. Kelvin memecut sekuat hati, sebab si Fizree dalam kereta kami dan beg2 semua orang pun dalam kereta kami. Fizree akan balik ke Kl sebab takda tiket balik penang terus, then malam baru dia naik flight balik penang.. Elok2 sampai dah pukul 2.40ptg, terus unload barang dan depa masuk dalam… Kami? Apa lagi cari toilet la. Punya la menahan sebab takut beg dan Fizree tak sampai airport on-time. Then kami g makan, ke Amanda cari brownies (tapi saya tak beli sebab dah takda duit, taknak tukar duit ringgit yang ada sebab saying duit nak bawak ke Japan nanti)..
Pukul 5 kami ke airport dan naik flight balik Malaysia pukul 7.. Yeay, berakhir dah trip Medan yang superb,,

Terima kasih kepada students Teknologi Industri USM dan Students UTP yang layan saya dengan baik. Tak lupa tourist agent yang gila best dan sempoi (Joe, Kelvin dan abang kacak iagaun As- Mamen).
Best sangat travel ramai2 macam ni..

Semoga berjumpa lagi Indonesia, aku mau ke Bali pula selepas ini..

Bali, nantikan aku..


No comments: