Hello gais..
Yeay.. akhirnya daku temui Malaysians... Itupun setelah hampir 4 jam saya ke hulu ke hilir macam orang gila.. Masing2 takda line internet.. cuma mengharapkan bantuan free wifi.. Makanya seperti menunggu kekasih yang tak kunjung tiba.. Akhirnya jumpa jugak.. Nak jumpa jugak2 tu sebab Kak Nina bawak bekalan makanan kite yang kawan2 hidangkan dan Kak Nina bawak duit yang kite mintak dia tukarkan.. Yela, hari nak mai tu tukar RM10000 cuma dapat 150K Yen dan 500 dolar.. Mana cukup nak bayar duit apartment pun tak lepas sebab exchange rate masa tu kat Alor Setar adalah 3.73... sob-sob.. keciwe kita.. Macam mana nak naik Shinkanshen.. Ala, keretapi laju tu..
Sampai ja Japan dulu, hari-hari tau kite survey laluan nak ke Yokohama.. Tengok train mana yg cepat and agak murah.. Mula-mula nak jumpa Kak Nina kat Hitachi Seaside Park dalam kawasan Ibaraki jugak.. Ibaraki ni kawasan kita duduk la tapi Hitachi Park ni agak jauh dekat 3 jam naik train baru boleh sampai... Tapinya tak jadi last minute sebab pagi tu kena tengok cells yang dah selamat di culturekan dan kebetulan pulak train dari Tsukuba ke Hitachi Park ada yang kena cancel.. Ada trip yang berjalan tapi harga sehala saja dah 5000 yen.. Gila hapa sehala 5000 yen.. Aku nak makan apa kalau bayar tiket train sehala sampai 5000 yen.. Dah la banyak lagi tempat nak pi lepas ni... One day, bila dah rajin sangat2, kite akan gunakan kuasa sakti kite untuk transfer gambar2 kite kat Japan masuk blog.. Arghhh ruginya kalau takda kenangan yang mungkin anak2 cucu boleh tengok... Anak? haha
Pagi ahad tu kita btolak agak awal jugak ke Yokohama... Kak Nina akan berkonferen di Pacifico Yokohama, Minatomirai, bawah sikit ja dari Yokohama, naik train dari Yokohama dalam 180 yen.. Total dari Tsukuba ke Minatomirai sehala dalam 2000 yen... Tu pun hampir 4 kali transfer train.. Ada sekali waktu nak transfer train dekat Kita-Senju, kita kengkonon nak jenjalan tengok pekan Kita-Senju.. Yela,masa tu baru pukul 9.45 am... Kedai pun banyak tak buka lagi.. Tak sia2 kita jalan-jalan.. kita jumpa kedai sayur and buah yang murah.. Yela, Tsukuba ni semua benda mahal.. Kiranya harga sayur dan buah kat Kita-Senju tu konsider murah la jugak.. Sayangnya kita bawak beg kecik.. Adoi, kalau tak memang dah hangkut segala buah and sayur..
|
Kedai auntie di Kita-Senju yang juai sayuiq dsan buah dengan murah |
Then, nak jadi cerita kita pusing station Kita-Senju dua kali la sebab cari Line tak jumpa.. Aduyai, rupanya Chiba Line tu tak betol-betol dalam station, dia kena keluar station, sebelah McD.. Ceh, penat haku berjalan.. Bestnya dengan Japanese ni, depa sangatlah membantu walaupun depa tak reti inggeris.. Walaupun kita belajar Japanese tapi kite mana reti cakap lagi.. Banyak guna bahasa Isyarat ja.. Pastu sikit2 Sumimasen.. Sumimasen ni macam oh, sorry its my fault.... Ha gitu.. Depa kan penuh adab..
|
Pekan kita-Senju |
|
Stesen Kita-Senju |
|
Abg guard ni asyik pandang ja, bila nak snap gambaq dia buat2 pandang tempat lain... eleh belagak macho ler tu |
|
Dah sampai stesen Minatomirai.. ni nak ke Pacifico Yokohama.. Mencanak sungguh escalator depa |
|
Gila lah.. kalau aku tau aku mai sari awai main menatang alah ni..haha |
|
Yokohama best gillll |
Bayangkan saya sampai minatomirai tu Zuhur, dah lepas asar baru jumpa Kak Nina.. Ceh, kalau aku tau Kak Nina nak jumpa pukul 3.30 petang, aku p main roller-coaster kat park belakang stesen tu.. Mengujakan betol la pekan Minatomirai ni.. Next time, kite kena pastikan kite datang konferens kat sini sambil berhanimun... Haaaaa, gitu.. Nampak tak bandar ni memang mengujakan...
|
Yeay jumpa akhirnya.. setelah aku dah menangis sebab dah asaq tak jumpa2 jugak.. |
|
With Kak Nina and her not-so-little family |
So, kerumah sewa Kak Nina ler kita untuk solat jamak.. Sekali, Kak Nina and hasben nak masakkan kita lunch cum Dinner.. Auwwww... Syahdunya rasa.. Dah 2 minggu makan sorang2.. Tak lalu kot.. Dah la masak rendang ayam dengan sambal kerang.. Pastu rumah sewa Kak Nina mengadap laut... See, thats y la kite cakap kena p hanimun percuma.. Kak Nina ambik rumah ni melalui AirBnB..eh, betol ka ejaan aku ni.. Tengok la, kalau kita jadi ke Kyoto next month, nak usha jugak la AirBnB ni.. Cewah, ada hati nak pi Kyoto sorang-sorang..
|
Furqan and me.. best kan furqan kita berduaan camni.. hehe |
|
Yokohama di waktu malam |
Malam tu kite tidur rumah Kak Nina dengan Furqan yang hensem.. Sebabnya Kak Nina dan Hasben nak masakkan kite breakfast..
|
Mackerel |
|
I tukang snap gambar ja.. xtolong masak pong.. |
Pagi isnin kite kerja tau.. Lepas subuh Kak Nina and hasben dah berusaha masak kari ikan Mackerel, Ikan Mackerel grill dan salad Telo... Sedapnya Mackerel Yokohama.. Fresh, kat Tsukuba macam dah frozen ikan dia.. Maybe sebab Yokohama dekat laut kot... Tsukuba dah ke daratan...pandai-pandai je aku..
|
Breakfast... ini betol2 breakfast like a king... |
Pastu dalam pukul 6.45am, hambik haku.. berlari-lari berebut train dengan lelaki-lelaki berkot bertai, dan wanita-wanita berskirt dan berdandan kemas.. Aku pakai baju kemarin... Yela, kite nak balik ke Tsukuba pun 2 jam tau.. Sampai ja rumah, terus mandi-mandi minum kopi and masuk office.. Nasib baik dah bagitau Shan awal pagi yyang kita masuk office pukul 10.45 am.. Dah sampai je NIMS, tak sempat naik ke bilik dah jumpa Shan.. Sekali dengan beg laptop bekas air semua haku hangkut ke Lab sebab Shan terus ajak gi tengok cell.. Seb baik la lab full. Cek cell and pukul 2.30 baru sambung buat sub-culture and staining..
|
Ok, beratur nak naik train.. Tak ingat dah ni kat stesen mana |
Malam ni ada kelas japanese.. Nak tau, last week hari Jumaat malam tu ada kelas japanese ganti.. Boleh haku terlupa.. Makjah sangat kau Dayah..
Malam ni, kyooshi (teacher) dah habaq siap2, see you on wednesday.. Baiklah teacher..
Arigatoooo Gozaimashita
No comments:
Post a Comment