Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, October 12, 2015

Day 10- Tsukuba- Hanamasa, Gyomi, Kazumi, Doho Park, Ninomiya Park

Assalamualaikum...

Matikla asyik kira  hari ja.. macam orang tunggu nak bersalin pulak...

Yeay, saya dah sedikit familiar dengan tempat-tempat disini.. Alhamdulillah..

10 Oktober 2015 (malam)

Saya tengah online.. Then tiba-tiba nak tegur Ikhtiar di fb. Ceritanya macam ni, hari kedua saya sampai Tsukuba, saya terserempak debgab students indonesia. Depa kumpul ramai2 di apartment saya (depa sewa assembly hall untuk perjumpaan student sebab baru start new semester and ada student baru sampai).. So, nak dijadikan cerita masa tu saya tengah merayap cari wifi kat lobby. Tetiba ada mamat Jepun mana tah approach saya sambil cakap nihongo, manala aku nak paham... Masa tu ada sorang mamat indonesia lalu dan melihatkan saya yang terkebil-kebil tak paham, dia tolong jawabkan.. Mesti dia pun dah nak habis phd kat sini sebab dah terer gila cakap. Pastu saya pun bagitau la, saya tak pandai sebab baru.,. Pastu borak-borak and dia kenalkan dengan sorang student indonesia yang tinggal di ninomiya house sekali dengan saya. Iqbal namanya, malangnya si Iqbal ni pun baru sampai dan dia akan pindah duduk rumah lain yang jauh lebih murah minggu depannya.. Arghhhh.. Dan dalam masa yang sama dia bagitau ada sorang mamat indonesia lain yang tengah buat phd di tempat saya bekerja. Malamnya saya add Ikhtiar tapi saya tak pernah kontek.

Sampailah malam sabtu lepas, dah lewat malam baru saya tergerak nak msj dia. See, baik dan polite budaknya. Tapi saya tak nampak lagi muka dia sebab dia tak letak gambar muka dia.. Then kami borak2 dan dia ajak keluar ahad tengahari sebab katanya Iqbal pun nak melihat supermarket yang dapat beli barang halal..


11 Oktober 2015 (Ahad)

Tepat pukul 11.55 am, Iqbal kol bilik saya. then saya turun and hanya ada Iqbal. Tunggu kejap then.... haha.. Ok, budak ni.. mungkin saya pernah nampak bayang2 sebab ofisnya satu level dengan prayer room, di level 7. Manakala ofis saya di level 4..

So kami pun berbasikal ke kedai Hanamasa.. MasyaAllah, jauhnya.. Saya ni pulun la kayuh sepenuh hati, tengok Iqbal dengan Tiar kayuh relex ja.. ish-ish.. kena bagi berstamina lagi ni.. So, kami ke Hanamasa, jumpa daging halal, ayam halal, seafood yang agak murah dalam yen, dan buah2 dan sayur yang agak lumayan..Seronoknya sebab Ikhtiar terer japanese, so, setiap barang yang saya tengok ambik dan suruh dia cek ingredients.. Wah, best ek. Duduk 3 tahun memang terer dah.. Terus terasa mudah.. Yela, dah la satu bangunan ofis.. senang la saya.. Apa2 hal just pm di fb..

Lagipun, di ofis kami di beri satu telefon setiap sorang.. Tapi hanya available di NIMS. Maybe saya patut mintak no fon dia lepas ni.. yeay.. Terus rasa happy.. Haha.. Nak duduk 75 hari lagi pun takpa.. Terus rasa hari-hariku bermakna..

Lagipun kami dah berborak panjang di sepanjang perjalanan.. Cewah.. So dah tau la kakak Iqbal dah habis phd di USm, Ikhtiar nak sangat bekerja di penang.. haha.. Tak perlu nak cerita pun kat sini dayah.. Excited kot jumpa muslim setelah hampir seminggu hidup terkapai-kapai.. At least ada orang yang boleh cakap bahasa melayu dengan i.. :)

12 Oktober 2015 (Isnin)

Yer hari ni.. Semalam dah set dah dalam kepala bangun awal harini.. Siap petang kemarin dah machine baju siap2 just sidai luar pagi ni.. Bangun mandi, sidai baju, breakfast dan lets go.. Harini nak exercise sikit..

(aduh lagu sudirman ni memang mengundang kesedihan la,, thanks ada youtube untuk dengar lagu lama2)

So, pagi2 saya dah berkayuh ke Doho Park. Ala, dalam 7-10 minit kayuh dah sampai.. Mula2 mati kutu jugak taktau nak buat apa.. Then saya decide untuk jalan-jalan around the park.. Wah, akhirnya saya berjalan 1630 m.. best sangat..

Then, saya decide nak ke tsukuba station yang agak jauh jugak.. Sambil melihat peta saya pun merayau-rayau, tersesat, tercuba jalan yang takda dalam peta dan yeay akhirnya i jumpa shortcut... Alhamdulillah.. happy me..

Lepas dah jumpa tsukuba station, saya pusing dan tengok banyak gerai dah dibuka sempena halloween... betul tah ejaan Hallowen tu.. Balik singgah Daiso, beli bail clipper sebab lupa bawak dari Malaysia, dan beli onigiri tuna mayonnaise... Balik terus keletihan.. Terus tak sabar nak makan balanced tomyam seafood semalam..

BTW, harini adalah public holiday di Jepun sebab national sports day.. Tapi kat Tsukuba tak nampak pun sambutan macam kat Malaysia.. maybe di Tsukuba sport centre ada kot..

Thats all..


I miss my mom... missing u so much mak...

No comments: