Salam semua..
Bersiaran dari tsukuba, Ibaraki, Jepun.. oh, saya masih lagi tak pandai bahasa jepun even a simple greet
Alhamdulillah, saya merancang dan berusaha, Allah jualah sebaik-baik perancang.. Nak menangis rasanya..
1.
Saya dah submit 10 copies of draft thesis hari nak naik flight..
Selepas penuh pancaroba hampir 4 tahun lebih, melalui bermacam
pengalaman, mengembara ke beberapa negara, pengalaman dan dugaan silih
berganti, allah makbulkan doa saya.. Sangat cantik perjalanan ini dan
peritnya biarlah saya simpan dalam dasar hati paling bawah sekali.. Tak
payah nak toleh2, nak dikenang, pengalaman yang ditempuh semua orang
berbeza demi mencapai matlamat yang sama.. Balik Malaysia nanti, tunggu
tarikh viva dan setelkan segalanya.
2.
Saya sampai di Tsukuba, Ibaraki, Jepun pada pagi 2 Oktober. Perjalanan
menaiki Airbus MAs dengan bilangan penumpang seramai hanya 50 orang
sangat smooth. Gila 50 orang naik airbus, bukan naik bas tau.. Kami
boleh pilih mana2 row untuk tidoq.. duduk la seat mana pun. Pagi2 lepas
sembahyang subuh saya tawaf satu flight.. haha.. morning walk..
3.
Saya akan memulakan hari pertama di national Institute for materials
Science, Tsukuba esok pagi. Doakan saya selamat selama hampir 3 bulan di
sini..
gambar nanti tengok di Google+ atau instagram saya.. Tampal sini kang orang kata menunjuk pulak..
K bye..
-dalam keghairahan menulis post ni, saya terdelete post Ramadhan 2015 yang saya sangat sayang.. Ruginya.. Takpa, ada la hikmah nya nanti..
No comments:
Post a Comment