Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, October 17, 2015

Aeon mall, Seiyu, Seibu, Loft, Kasumi Superstore, La La Garden, Uniqlo, dan Onigiri in Tsukuba, Japan-Day 16

Haha.. tajuk tak menahan..

Kemarin- jumaat adalah jumaat ketiga saya di Tsukuba dan secara ajaibnya saya akan meninggalkan Tsukuba juga pada hari Jumaat... yeay, sampai malaysia terus nak beli char kuey teow atau mee goreng mamak.. Oh man, mana nak cari mee kat Tsukuba ni.. or even di Japan sekalipun, mana la nak dapat mee yang halal melainkan kena buat sendiri.. atau maybe kena order kalau ada jual.. Or maybe kalau sempat malam tu terus nak makan nasi ayam Tat.. Haha.. teruknya aku.. makan ja pikir..

Ok, nampak tak letak tajuk semua nama shopping complex.. 

Harini seharian saya round pusing masuk shopping complex sekitar Tsukuba.. I love window shopping, tapi ofkos la tidak setakat window shopping.. Berat kot bawak duit banyak mai Japan, mesti la kena spend.. kalau tak kena angkut pulak bawak balik Malaysia.. Hahaha..

Pagi2 lepas ja setel kerja, terus melawat kawasan ke Tsukuba station. Siap turun bawah tengok macam mana tempat beli tiket, pastu tengok gate2 yang sesuai untuk pikirkan mana nak park BMW saya tu... Ok, dah nampak dah sikit laluan esok macam mana.. Esok, Kak nina merangkap opismet akan ke Yokohama, Tokyo.. Dia ada konferen. Jadi saya akan ke sana jumpa dia sebab nak ambik sedikit makanan dan bekalan wang.. 

Then, terus rasa nak masuk Aeon sebab kalau tengok di website Halal banyak jugak makanan dari Aeon yang halal termasuk Aiskrim Hagen Daaz, soy sause, corn flake dan ada la beberapa barang lagi.. Sambil2 tu pergi la tengok beberapa shopping kompleks yang bdekatan termasuk Loft dan sebagainya.. Nampaknya bukan taste saya pakaian depa ni.. (actually size depa tu tak sesuai sungguh, buat la size L ka XL ka sesuai la jugak untuk i yang cute ni)..

Boleh pulak waktu nak keluarkan BMW dari parking, saya tak paham machine tu cakap apa.. Adoi, mengong aku.. Seb baik tetiba ada minah sorang datang.. Maybe dia tahu saya tak paham, tapi dia pun tak boleh english, dia buat isyarat tanya mana BMW dan ajar saya macam mana nak keluarkan tayar yang lock tu.. Oh, kalau parking tak sampai 3 jam tak payah bayar rupanya.. hihi.. selamat RM6 aku.. Tengok, bayar parking BMW pun RM6 tau... sakit jantung...

Tetiba tekak terasa nak sangat makan onigiri, tapi nak makan yang buat sendiri.. Terus saya memandu BMW ke Kasumi.. Cewah, dan-dan nak try supermarket baru.. Pusing-pusing, belek-belek, last-last saya ambik mayonnaise Kewpie (yang ni Halal) saja sebab barang lain rasanya di Seiyu lebih murah.. Walaupun kelihatan hanya bberapa puluh yen setiap satu barang berbeza, tapi besar maknanya.. lagipun BMW i cuma bayar sewa bulanan ja, tak payah guna minyak.. Terus la shoot patah balik ke Seiyu.. beli beras jepun 2Kg, beli salmon, milo (sejuk2 kena minum minuman coklat baru best sikit) and seaweed... terus semangat nak buat onigiri datang membuak-buak..

Masuk gear 5, terus pecut balik rumah.. Haha.. Sebenarnya waktu zohor dah masuk hampir sejam dah tu yang kena pecut.. Terus defreeze kan seafood sebab nak masak tomyam dan masak nasi.. Sementara solat sempat la barang-barang tu menyediakan diri masing-masing.. Lepas solat setel semua, masak tomyam.. nyum-nyum... Then nasi pun masak..

Dah masak nasi.. Off plug.. Biarkan dia sejuk... Sambil tu grill salmon.. hancur-hancurkan dan letak mayonnaise.. Saya buat dua jenis.. Satu letak serunding, satu lagi salmon..  

Cara-cara nak prepare onigiri..

1. Basahkan tangan.. 
2. Ambik nasi kira2 segenggam, kepal2 dan buat lubang...
3. Masukkan lauk yang digerami sangat2 tu..
4. Kepal-kepalkan nasi... bergantung la buat bentuk apa.. Japanese jual onigiri bentuk segitiga (tapi lauk sikit... btw, hanya onigiri tuna mayonnaise yang dijual di 7e yang halal dimakan)..
5. Potong seaweed ikut citarasa dan tampalkan pada onigiri..
6. Sedia untuk di makan atau kalau banyak, boleh simpan dalam fridge dan panaskan dalam microwave utk makan panas-panas...

**** Tangan kena sentiasa basah yer untuk pegang nasi jepun ni.. Kalau tak melekit la.. Sediakan air dalam bekas sepanjang proses penyediaan onigiri ni..

Bab sushi, setakat ini saya mengambil pendekatan taknak makan.. Sebab saya meragui bahan-bahannya.. Sebab dalam penyediaan sushi letak japanese vinegar....So, doakan saya tak terasa langsung nak makan dan tidak dipelawa untuk makan...

Then, setel.. tengok2 Asaq dah.. Terus solat, dan bersedia.. haha.. Keluaq lagi..

Kali ni, kita merendek cari jalan nak ke La La Garden.. Setelah mengayuh hampir 15 minit saya hampir putus asa sebab ingatkan dah sesat.. Alhamdulillah, nasib la saya jenis suka mencuba.. Masuk je la lorong2 tu dengan niat nak mengembara sambil ingat jalan pulang, tiba2 saya nampak banyak kompleks.. Terus ke sana.. Eh, hujung sana la La La Garden.. Hahha... Yaey, sebab dalam tu ada Uniqlo.. Dan sempat beli baju untuk anak Kak Nina, Si Furqan...Uniqlo memang jual winter attire ja sekarang.. Mungkin lepas ni baru ada baju2 lain.. Kalau tak kempunan la anak2 sedara i semua...

Sampai bilik dah magrib.. Terus tak sabar nak ke Yokohama jumpa Kak Nina esok.. 

Kak Nina, u akan jadi the very first Malaysian yang i akan jumpa tau sepanjang dah 2 minggu lebih i kat sini... Terus tak sabar...

No comments: