Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, October 9, 2015

National Institute for Materials Science, Tsukuba, Japan - 2nd post

Assalamualaikum,

Ohaiyo gozaimas..

Oh ya, saya dah boleh la simple2 nihongo, sebab dah start ambik kelas. Dah tau tak reti apa kena la ada inisiatif kan.. Asyik menganga ja bila depa ni speaking nihongo pun tak bagus jugak..

Meh nak cite sikit macam mana perjalanan sebelum sampai ke Tsukuba ni.. A very long and agak memenatkan serta stress jugak la journey ni.. Yela, nak dapat yang indah memang kena lalui macam2 obstacles kan..

Since 2012 atau 2013 (tak ingat dah) saya dah start comeout dengan proposal untuk training ke luar negara.. Ya, buat research syok sendiri tapi xtau macam mana orang yg kita dok cited paper tu bekerja pun tak best jugak kan.. Saya nak sangat2 at least berada dikalangan depa untuk tengok budaya orang luar bekerja.. Sayangnya semua tak lepas.. Semua tersangkut and kena reject.. Yela, itula maksudnya takda rezeki kan.. Lagipun masa tu master saya pun masih tunggang langgang.. So, tak terurus la jugak. Kalu dapat pun susah hati jugak dengan progress master yg tak nampak hujung pangkal masa tu..

Early this year saya mintak lagi. Pertengahan tahun, sirim tukar format dan saya cepat2 folo format tu and saya follow closely dengan HR. Masa tu target saya nak ke TOYO University, Saitama, Tokyo. Ini pun atas inisiatif En Nik sebab dia yang kontek dan arrangekan semua. Result keluar dan diluluskan. Gembira dah masa ni. Apa yang tak menggembirakan adalah pihak TOYO University tiba2 senyap masa ni and dah tak reply semua emel yang kami hantar. Berdegup kencang dah masa ni, takkan nak lupakan, tapi dalam masa yang sama saya ambik keputusan untuk terima jala bahawa masih belum rezeki saya untuk ke Jepun .. Eh, lupa nak bagitau, kalau ikutkan nafsu manusia kerdil macam saya ni, saya taknak ke negara yang tak pandai English, especially Jepun dan Korea, tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik. So, saya pun teruskan kerja seperti biasa dengan masalah results yang tak ok dan tesis master yang masih belum disemak oleh supervisor.. Tekanan adalah agak tinggi masa ni.. Jadi, saya anggap kalau tak dapat p training pun takpa, mungkin tahun depan lebih baik.

Satu hari saya ke Shah Alam dengan Zuhana dan Ika. Sebelum pi tu sempatlah saya menghantar application untuk training ke beberapa group quantum dots yang agak terkemuka. Tanpa sebarang expectation yer.. Then kami bertolak untuk perbincangan berkenaan RMK-11. Esok petang sebelum balik, saya cek emel dan dapati ada satu emel dari Japan. Alhamdulillah, mereka nak terima saya dan mintak tarikh untuk saya mula di sana. Terus saya reply dan mintak tempoh sehari untuk maklumkan pasal tarikh dan etc. Esoknya masuk opis dan terus emel kepada orang2 yang berkaitan.. Ok, itu hal hujung Ogos lepas.. Nampak tak, saya ada masa sebulan ja untuk buat persiapan dan dalam masa sebulan tu saya sangat risaukan perkembangan master saya..

Bila saya bagitau SV? Satu hari saya mintak nak jumpa SV dan ke rumah beliau.. Sekitar awal September tak silap saya.. Atau dah hampir masuk pertengahan september masa tu.. Then, saya bagitau la yang saya akan ke Japan.. Beliau tak terkejut tapi beliau kata kita kena cepat.. Yela tu cepat, punya la susah nak jumpa dia, ada ja hal yg dia tetiba kansel appointment..

Sepanjang September saya sangat sibuk dengan kerja ofis dan Tesis master.. Bila masuk je pertengahan September, saya dah dalam keadaan stress yang teruk.. Masa ni SIRIM punya documentation masih tak setel... bila documentation lambat, duit pun akan lambat, dan paling teruk apabila currency makin jatuh.. Stress sebab SIRIM akan cover dalam RM.. Barulah saya boleh bayangkan betapa teruknya student di obesi.. sebab scholar dibayar dalam RM.. Masa ni kerja2 semakan tesis oleh SV masih lagi perlahan, jadi saya banyak masa di ofis untuk siapkan kerja2 lain, kerja2 teknikal baiki paper konferens untuk dimuatkan dalam trans tech pub. dan juga uruskan pembelian hal2 projek serta jawatankuasa lain.. Saya kena siapkan part saya supaya orang yang akan take over tak terlalu terbeban.. Sejujurnya, hati saya belum di Jepun walaupun hanya tak sampai 2 minggu saya akan ke sana.. Oh, masa ni jugak adalah musim raya haji.. 

Stress paling teruk adalah minggu terakhir saya di Malaysia.. Hampir setiap hari SV panggil ke rumah untuk betulkan tesis di hadapan beliau, dalam masa yang sama saya kena siapkan labwork. Sempat jugak dalam minggu terakhir tu siapkan SEM.. Masa ni persiapan barang2 seperti pakaian dan luggage yang nak kena beli, sebab sekarang musim sejuk jadi kena shopping long john then kena sediakan beberapa barang lain sebab apa pun takda nak bawak ke sana.. Hati dah 5% ke Jepun masa ni.. baru start takut sebab tak dapat kontek any Malaysian yang di Jepun.. Masa ni 95% dalam fikiran saya adalah pasal tesis.. Sampaila hari terkhir di ofis, saya ke USM utk setelkan bayaran (yang sepatutnya boleh buat awal, tapi yela saya mana la nak tau).. Takpa, belajar dari pengalaman.. Oh, Syazana yang temankan.. hiihihii.. 
 

Hari terakhir bulan September 2015, saya bercuti sebab famili adakan bacaan yassin di rumah untuk doakan kesejahteraan saya sorang2 di jepun nanti.. Tapi saya dari pagi sibuk keluar untuk urusan tukar duit, balik tu dah setel dah bacaan yassin. Masa ni makcik2 tu dok tya nanti pi dengan sapa la, nanti duit banyak la, nanti naik pangkat la.. Senyum je la, hakikatnya semua tu takkan berlaku.. Malam tu saya start packing. Ada jugak orang bagi rempeyek, nasib baik saya bawak ke Jepun.. Boleh ngap ngap time lapar sejuk2 ni.. Masa ni masih tak dapat kontek malaysian dan masih tak boleh bayang kehidupan di sana nanti.. 

1 oktober 2015.
Saya dan famili keluar rumah awal, sebab nak wrap beg dan saya nak tukar duit sikit lagi..Ke epot dan keluar tukar duit.. Pastu check inn luggage.. boleh aunty kaunter tu kata saya macam makcik2 nak buat haji sebab ikat kain dekat beg.. ces (seb baik ikat, sampai narita saya pun tak cam mana satu beg saya, dah la letih, mamai, memang tak sia2 aku jadi makcik buat haji)..

Saya sampai KLIA dah start sedih. Masa ni perasaan dah bercampur aduk. Takut semua ada, sampai nak termuntah. Sorang2 di KLIA sampai la tengah malam sebab flight kul 11.30 mlm.. Sedih gila doh..

Sampai Narita, beli tiket bas, dan saya naik bas dari epot pukul 9.05 pagi sharp dan sampai Tsukuba station pukul 10.45 pagi (waktu japan). Rupanya di stesen bas Station Director Nanotechnology Innovation Cente, prof Hanagata dan setiausahanya dah tunggu saya.. So mereka hantar saya balik rumah penginapan dan petangnya Shan (postdoc dari India, merangkap teammate saya selama 3 bulan di Jepun) datang jemput berjalan kaki ke NIMS.. 

Dan sampai harini 9.10.2015, saya masih belum bertemu seorang pun lagi Malaysian di sini.. Jumpa 2 hari lepas dh dapat berFB messenger denga seorang student malaysia di Tsukuba Uni yang agak jauh dari tempat saya.. 

Seriusly, sebagai seorang penggila makanan, perkara paling rindu adalah makan sedap2. Saya tak sangka saya mampu hidup seorang tanpa mana2 muslim di sini. Sebab NIMS ada sediakan prayer room for muslim.. Ok, kat sini indonesian selalu datang, malaysian, mayb saya yang pertama. Alhamdulillah, bilik prayer room ada sejadah dan al-quran.. Indonesian memang bagus, membawa imej islam ke NIMS. 


BTW, ucapan terima kasih penuh kasih sayang kepada sahabat tersayang saya sebab tolong submitkan draft tesis saya pada 2 Oktober lepas.. Hanya Allah ja mampu balas.. Balik nanti saya hanya tunggu tarikh viva.. Malas dah nak fikir banyak.. 

Juga buat kawan di AMREC terutamanya, zuhana, zilah, kirah, wanis, fifi sebab terlalu banyak membantu.. 

Zu, thanks sebab take over projek tu, jalankan tanggungjawab Zu sebaiknya K.. I know u can do it.. I boleh rely on u thats y i choose u..hehe.. Nanti i balik kita ngedate makan best2 k..bihun sup ke.. hahahaha

Wanis n Syana thanks tolong take over kerja aku dalam projek ISO.. 

Kirah thanks tolong print outkan draft tesis kaler aku, wah seriusly ia sangatlah membantu..


My family members, takda kata2 terima kasih yang terbaik untuk diucapkan.. Semoga Allah ja dapat mebalas.. Aini dan Aiza yang selalu teman cari barang, Mat yang tolong jadik driver.. My parent yg sentiasa susah hati termasuk kakak-kakak saya.. 


Doakan saya kuat disini.. Oh, sedihnya.. Saya rindukan KEPCI dan nasi tomato serta laksa... Paling rindu adalah korang di Malaysia...


No comments: