Assalamualaikum
Alhamdulillah…
27 Januari 2016, satu tarikh istimewa..
hari yang ditunggu-tunggu selepas hampir 4 tahun setengah… Hari tu tiba juga…
Sebulan selepas saya balik dari Japan..
Indah perancangan dan jalan yang Allah
sudah rancang untuk saya..
Pagi 27 Januari, waktu tengah breakfast,
tiba-tiba rasa sebak, sangat sebak, akhirnya harini tiba jugak.. Saya yakinkan diri, saya kena buat sehabis
baik hari ni. Jangan kerana harini, rosak semua apa yang saya dah usahakan
hampir 4 tahun setengah. Harini, saya perlu pertahankan apa yang saa dah
mulakan dengan penuh susah payah, dengan penuh airmata.. cewahhhh
Alhamdulillah, bersaksikan kawan baik saya
syazana, saya dapat selesaikan viva dengan mudah (bagi saya mudah la), mendapat
panel yang sangat baik, dan chairman yang sangat membantu dan sporting.. Betul,
Allah makbulkan doa saya sewaktu di depan kaabah dulu, “semoga Allah lembutkan
hati panel-panelku sewaktu viva nanti”…
Saya viva jam 2.30 petang, ofkos, saya tak
makan lunch, perut saya cuma boleh masuk air saya..
Masuk bilik viva, saya tanya kebenaran
chairman untuk benarkan kawan saya dapat ikut serta sesi viva saya..
Jawab chairman;
“Hari ni adalah hari awak, awak yang berhak
tentukan siapa yang awak nak bagi masuk, its up to you”.. dengan senyuman manis…
Sesi pembentangan dan defense berlangsung
hampir 2 jam 15 minit…
Selepas habis semua soalan dan komen,
tiba-tiba chairman yang baik hati berkata;
“Hidayah, sekarang saya beri masa kepada
awak untuk cakap apa yang awak nak cakap, anything yang you nak sampaikan, its
your time”
Saya blur masa tu sebab sepanjang saya
masuk sesi viva Bashir dan Guna dulu, takda pulak sesi macam tu… eh, nak cakap
apa ni…
Dan, ini ucapan saya..
“Saya nak ambil kesempatan ini, untuk
ucapkan terima kasih kepada supervisor saya Dr Mas, untuk guidance and support,
its not easy, sebagai seorang yang bekerja, its really tough doing two
different thing.. its tough… to my frens who always support me (sambil
memandang syazana kat belakang, menyebabkan semua panel pandang dia jugak..haha)…”
dan tiba-tiba saya sebak… dan semestinya bergenang air mata, dan kali kedua
saya berkelakuan demikian dihadapan orang-orang yang tiada berkepentingan dalam
hidup saya, its not me untuk menangis dihadapan orang walau keadaan tersebut
amat payah, kali pertama dulu sewaktu balik dari umrah dalam bas dari KLIA ke
Kulim dimana saya perlu memberikan ucapan (masa tu sedih sebab pergi umrah
sorang, haha)…. “saya ambil masa yang panjang, hampir 5 tahun dan akhirnya saya
viva jugak walaupun perjalanan ini bukan mudah”
Malu nya menangis depan orang, depan Dr
Mas, prof Baha (ini lecturer zaman undergraduate dulu)… Tapi chairman senyum ja
walaupun Prof Baha kata “its not about your job, kami cuma nak tengok hasil
kerja you ni sambil tunjuk tesis”…
Tapi chairman yang baik tu siap tanya lagi,
kerja bidang apa, buat apa…
Kenapa saya sebak tiba-tiba?
Macam ada satu piring hitam yang dimainkan,
saya teringat respon bos sewaktu saya mula-mula bagitau dia cita-cita saya nak
sambung master hampir 5 tahun lepas, sewaktu saya mintak pandangan dia…
Katanya “Kenapa you nak sambung master
(dengan dahi berkedut), gaji you beza banyak ke nanti kalau you sambung master?”
Disebabkan jawapan dia lah, saya tak pernah
bincangkan pasal niat saya nak sambung belajar selepas tu, even kalau dia
bertanya, saya tak pernah sesekali buka mulut…saya tak berminat langsung nak mintak sponser SIRIM, memang masa tu biarlah susah mana pun aku takkan terhegeh-hegeh mintak dana sirim, gitulah... Dan saya pernah sound bos bila
saya dengar nama saya dinaikkan berkait dengan hal master saya…
“Dr, kalau orang lain tak buat kerja,
jangan nak jadikan saya dan kerja master saya kambing hitam.. saya duduk kat
lab, saya tau sapa masuk dan sapa tak masuk lab”
Dan saya teringat betapa mudahnya MyBrain15
luluskan permohonan saya, walaupun proposal yang saya hantar tak pernah disemak
oleh sesiapa.. maknanya proposal tu saya buat dan terus hantar dan diluluskan…
Dan selepas tempoh pembiayaan MyBrain15
tamat pada awal 2013, saya hampir give up. Tapi, disebabkan Eju suruh hantar
surat memohon supaya dilanjutkan, saya pun ikut. Saya hantar surat kepada KPT
mintak MyBrain15 lanjutkan tempoh pembiayaan setahun lagi..
Dan bila saya dapat balasan, rupanya
MyBrain15 lanjutkan selama 2 tahun, menjadikan tempoh pembiayaan adalah selama
3 tahun… MasyaAllah… Saya pun tak sangka, mintak setahun tapi dapat 2 tahun…
Sewaktu bos mintak proposal kerja, saya buat, dan saya submit serta defense, without sebarang expectation.. Tapi saya berharap sedikit supaya dapat, sedap sikit hati saya.. Sungguh, saya tak pernah langsung terfikir untuk belakangkan kerja kerana nak kejar master.. Biarlah samada seiring atau kerja lebih dipentingkan, itu pandangan peribadi saya.. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya.. Proposal lulus, ahli projek supportive dan saya happy.. Dengan projek inilah, akhirnya saya dapat belajar benda baru selama 3 bulan di Jepun. Bak kata Eju, "kalau niat kita baik, mesti allah mudahkan"
Dapat selepas saya hantar draft tesis ke IPS
(Institut pengajian siswazah), malamnya saya terus naik flight ke Jepun dan
berpoya-poya selama 3 bulan di Jepun hehe… Pulang dengan semangat dan keyakinan
yang lebih… Alhamdulillah…
Selepas mesyuarat para panel, sebaik saya
masuk ke dalam bilik viva untuk mendengar keputusan defense master saya, kata
chairman;
“Congratulations Hidayah, awak pass dengan
minor correction gred 2 dan kami beri awak masa correction selama 12 bulan..
Awak happy tak?”
Mau tak happy.,. Sepatutnya untuk gred 2,
masa correction hanya 6 bulan..
Kata Dr Mas : “Sebab you menangis, mereka
bagi you 12 bulan, lebih dari sepatutnya, sebab you bekerja. Take your time,
buat correction betul2… Seminggu ni you pergi bercuti, jangan fikir apa2” Pastu
dia sambung lagi ayat dia “You dah habis master ni, dah ada sapa2? (awal2 saya
blur, pastu baru boleh pikap), kalau kamu nak saya tolong, ada ramai calon
dalam IKM”…… haha.. takpala Dr….. saya nak balik tidoq…
Jumpa Eju lepas tu, Eju kata dia pun diberi
masa untuk bercakap dan dia defense projek dia…
Aku jela yang lain dari yang lain…. Adoi…
malu pulak…. Nak buat cemana, macam ada skrin layar dok tayang semua yang
berlaku selama hampir 5 tahun ni….
Rasanya hampir 10 kali saya rasa nak stop,
taknak dah.. Taknak dah buat benda yang taktau bila akan habis… penat, tertekan
dan macam2 lagi….Berapa kali saya failed dalam eksperimen, saya down, naik semula, tried again and failed... Failed tu toksah kata la berapa kali.. Berapa kali saya tak dapat tidor malam sebab semua ni... Yang membuatkan banyak kali saya menyesal ambil keputusan sambung master dalam bidang yang lain dengan bidang kerja... hurm
Tapi, hari 27 Januari 2016, semua perasaan
yang saya alami, semua tekanan jiwa tu, saya bersyukur saya tak tunduk dek
tekanan… Saya bersyukur saya habiskan apa yang saya dah mulakan….
Berkat doa mak jugak semua ni.. Terima
kasih semua…
Saya berjaya jugak habiskan master dalam
bidang sains kimia ( a tough subject)…
Walaupun saya ambik masa yang agak lama, tapi saya happy.. Saya dapat apa yang saya nak.. I gain both, working experience and learning process..
Tak sia-sia saya ikut team naik gunung dulu...
Belajar ni umpama naik gunung.. ramai orang kecundang.. yang menyebabkan kita masih bertahan adalah semangat yang ada dalam diri kita.. Macam naik gunung, takda orang yang boleh pikul kita sehingga ke puncak, hanya semangat diri kita yang akan membawa kita ke puncak... Begitulah jugak dengan belajar, semua orang boleh beri semangat, apa yang penting adalah diri kita, jangan sesekali berputus asa...
Sesi defense sedang berlangsung |
Ramai jugak tetami supervisor masuk dengar viva saya |
Nak buat macam mana, photographer yang saya bawak tak dak skill |
No comments:
Post a Comment