Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, January 7, 2016

Selamat tahun 2016

Assalamualaikum….

Happy New Year 2016 ..

Yeah, tahun baru, semangat baru, kalua boleh nak semuanya baru..

Azam saya..

Totally berbeza dari tahun lepas..

“Saya nak melihat semua yang berlaku dalam kehidupan seharian dari sudut paling positif”

“Saya nak jadi lebih penyabar”….
Terutamanya berkaitan kerja… Taknak dah gaduh dengan bos macam lepas2.. hehe.. Taknak dah ada imej negative dengan bos, nak jadi lebih menerima… ewah-ewah..azam sangat..

Cukuplah dua…
Kata dah 31 tahun.. biar azam tu lebih matang gitu.. kehkeh…

Alhamdulillah, 2015 berakhir dengan memori indah biarpun awalnya penuh berliku dan berduri.. Kalau nak dikenang semula, mau menangis malam-malam..
Yang tak manis kita simpan jauh-jauh, yang manis-manis kita memorikan dalam blog… nasib baik ada blog ni.. Kadang, saya pun terlupa, siapa dan bagaimana saya dulu.. Bila baca semula, oh, gini rupanya aku… Jadi, kita perbaiki apa yang kurang, InsyaAllah…

Untuk awal tahun 2016, saya penuhkan dengan bercuti.. itu yang excited sangat awal tahun ni…
Sambil bercuti, saya masih menunggu tarikh viva dengan perasaan yang berdebar giler-giler..
Berdebar sebab dah lupa projek master buat apa.. haha… Lama sangat tinggai…

Please, doakan semua yang baik-baik sahaja…

 
Semoga 2016, menjadi tahun yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan.. 


Trip Medan tetap dalam ingatan.. Terima kasih atas talian persahabatan yang dihulurkan..

p/s: 

1. Tadi ke USM dan dah dapat tarikh viva.. Insyaallah hujung bulan ni.. Dupdapdupdap dah ni.. 
2. Mungkin lepas ni dah tak boleh kerap update blog. Tapi, sekurangnya 2 azam saya sepanjang berada di Japan dah terlaksana. Pertama, nak update semua aktiviti sepanjang di Japan, done.. Kedua, nak khatam quran sekurangnya sekali di Japan, done. 
3. Saya menunggu satu lagi impian hidup yang harapnya tercapai pada tahun ini, I.Allah... Tapi, andainya belum lagi waktu untuk jemputan tersebut, saya terima dengan hati terbuka.. Saya percaya, perkara terbaik akan hadir pada masa yang terbaik...


No comments: