Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, December 30, 2015

Kenangan Terindah dan momen terakhir di Tsukuba, japan

Hello, Assalamualaikum…

Kat Malaysia dah ni.. Lebih specific, location terkini adalah di Pokok Sena, tempat tumpah cinta dan cita..

Ini adalah last post berkaitan permusafiran selama hampir 3 bulan di Tsukuba, Ibaraki, Japan.. Lepas ni kena move on dah, hehe.. Walaupun, cintaku masih tertinggal di Mie.. Eh…


Luggage..

Sewaktu ke sana, saya cuma check in luggage seberat 23 kilo.. Lepas check in tak rasa apa lagi, sampai sana, lepas tengok harga barang makan dan barang basah, terus menyesal tak bawak barang sampai 30 kilo.. 

Hidayah ! Hidayah !...

Sewaktu pulang, saya letak luggage dan bagpack untuk check in dan beratnya adalah 37.1 kilo… Ambik kau.. Mula-mula, orang kaunter tu dah geleng sebab katanya Japan Airline Cuma boleh bawa 23 kilo.. Luggage alone sahaja sudah 29 kilo… Saya sedikit gabra masa tu, mau tak gabra.. Handcarry pun dah ada 3 beg besar… Dengan beg laptop yang digalas lagi..

Tapi, bila Allah kata jadi, maka jadilah ia…

Alhamdulillah, tiba-tiba, girl yang jaga kaunter tu angguk-angguk dan kedua-dua beg saya lepas masuk dalam kargo.. Macam nak sujud syukur kat kaunter saat tu jugak.. Bayangkan, beg tu hampir 40kilo… Jadinya, saya berpeluang beli coklat Royce yang menjadi bualan ramai dan juga Hokkaido Potato yang super sedap di Tax Free shop dalam airport sebab gembira sangat.. Coklat Royce tu memang marveles sangat dan ia hanya boleh di beli di Airport kalau tak silap saya..



Airlines..

Sewaktu ke sana, saya naik Malaysia Airlines dengan bilangan penumpang tak sampai 50 orang…

Sewaktu pulang, saya naik Japan Airlines.. Dan mereka tak aware ada seorang muslim dalam flight tu (kenapa saya kena hubungi syarikat penerbangan sendiri untuk maklumkan bahawa saya muslim sedangkan kita sudah bayar kepada Malaysia Airlines untuk uruskan penerbangan pulang, apakah kebangangan yang dihadapi oleh Malaysia airlines sehingga saya terpaksa berlapar sepanjang hari)… Atau mungkin silap saya kerana tak hubungi Japan Airlines untuk maklumkan saya perlukan halal food walaupun tiket dibeli melalui malaysian airlines, saya takda masa nak pikir pasal flight pulang dah masa tu.... Argh, pening aku.. Tapi takpala, staff japan Airlines berulang kali memohon maaf sebab biarkan saya berlapar sepanjang lapan jam penerbangan.. Saya ok lagi, cacing-cacing peliharaan inilah yang paling kesian, jarang saya biarkan mereka kelaparan…

Jadi, sepanjang perjalanan pulang, saya asyik mintak jus dan aiskrim Haagen Daaz.. Tapi malu jugak dekat lelaki yang duduk sebelah sebab bila perut kembung dengan air saya Kena susahkan dia untuk bangun ke toilet.. Yela, dia tengah kusyuk ngadap movie terpaksa bangun untuk beri laluan… Tapi dia baik, siap setiap kali makanan sampai, tengokkan ingredient kot-kot saya boleh makan.. 



Bos dan kawan-kawan..

Saya suka semua yang saya temui di Japan.. Walau berlainan agama dan kepercayaan, saya berasa sangat diterima… Tiada perasaan tercicir atau disisih.. Indah nya permusafiran ini…


Professor dan Hoshikawa-san yang menerima permohonan saya, menguruskan dokumen saya, menjemput saya, bertana kabar dan pentingkan keselesaan saya.. Mereka generasi yang pernah menjajah datuk nenek saya.. Kita tidak mampu hidup dalam kisah silam selamanya..


Shan.. 

Dia insan paling banyak berjasa sepanjang saya di Japan. Dia mengajar saya seperti saya seorang anak yang tak tahu apa-apa hatta untuk mengOFFkan alat.. Dia betul-betul India yang bersikap Japanese.. 

Mulanya, saya tertanya. Apa hikmah Allah takdirkan saya bekerja melalui seorang Indian di bumi Japan, sedangkan saya mahu bekerja bersama Japanese, saya ingin rasa sendiri pengalaman ditindas seperti yang selalu saya dengar.. Allah itu maha adil, maha baik, maha mengetahui.. Segalanya lebih mudah bila melalui Shan.. Komunikasi mudah, sangat memahami dan sangat mengambil berat.. 

Sebenarnya, saya tak bagitahu dia sewaktu saya sudah sampai Malaysia, dan dia terus mesej tanya kabar selepas 2 hari saya sampai.. Saya silap.. Dia betul-betul bersikap seperti seorang Nihon… 

Sesungguhnya, perancangan Allah paling terbaik.



T..

Dia orang yang bertanggungjawab membawa saya mengelilingi Tsukuba perkenalkan makanan halal. Dan dia sentiasa ada bagi membalas setiap pertanyaan saya. Malangnya, dia tiada sewaktu saya pulang.. Dia pulang bercuti ke Indonesia 2 hari sebelum saya pulang, dan saya taktahu sewaktu saya terserempak dengan dia 2 hari sebelumnya adalah kali terakhir saya dapat melihat T yang sentiasa tersenyum manis pada orang yang hanya dikenalinya.. Harap sampai hadiah saya pada T..



Indah dan Cindy yang menceriakan sebulan terakhir saya..

Di kala saya terpaksa melalui kehidupan seorang diri, mereka hadir di bulan terakhir saya di Japan. Memaknakan hari-hari saya dan menjadikan saya semakin rindukan Tsukuba. Sekurangnya saya sudah ada teman berbual, bergaduh, bergelak ketawa sewaktu shopping, saya sangat gembira. Kami makan bersama, bergosip bersama dan segalanya bersama. 

Kamu tahu, hampir 50% apa yang kami cakapkan tidak difahami oleh kami sendiri. Walaupun masing-masing menggunakan Bahasa melayu.. Tapi kami tetap ketawa seolah kami faham apa yang dicakapkan.. Mereka tak tahu pun apa maksud kedekut atau bakhil dan banak lagi, seperti saya yang tak faham sesetengah perkataan yang mereka sebut. Tapi, kami bahagia, kami berusaha seperti kami faham.. 

Kita datang dari dua negara berlainan, adalah lumrah untuk bermasalah bahasa, tapi saya kagum kita mampu menghadapi seolah kita tak punya masalah Bahasa langsung sepertinya..

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, lumrahnya apabila setiap yang hidup pasti merasai mati.. Pada takdir ini, saya terpaksa pergi dahulu, dan pastinya takdir ini amat saya terima seikhlas hati.. Biar saya pergi dahulu, supaya saya tak menanggung peritnya perasaan ditinggalkan.. Takdir ini, terbaik sekali untuk kita, sekurangnya kamu masih berdua andai ditinggalkan, tetapi saya bakal keseorangan sekiranya kamu tinggalkan. Sekiranya Allah telah berjanji kita pasti ketemu, Yakinlah pasti ada pertemuan kedua selepas ini... 
Jaga diri kamu, jaga makanan kamu dan jaga akidah kamu... "



Kawan-kawan..

Saya cuma berkawan dengan orang-orang dalam opis setelah Indah dan Cindy datang.. Mungkin kerana mereka berdua sememangna bekerja terus dengan Japanese.. Dan saya dari group lain walaupun kami tinggal di opis yang sama.. 

Kohara-san yang baik, selalu risaukan Englishnya.. Saya katakan padanya
“Kohara-san, your English is good, its better than me.. There is no right or wrong with the pronounciation, its all depends on who is our teacher”..
Sebab tu dia sayang sangat dengan saya…haha

Magae-san yang brutal tapi baik.
Saya pasti rindukan mereka. Malangnya mereka ni semua takda FB.. Walaupun saya dah paksa mereka create account FB…



Kehidupan..

Hidup seorang membuatkan saya punya banyak masa untuk reflex diri sendiri.. Tapi, nampaknya banyak yang perlu di baiki.. Cabaran sebenar hanya bermula bila sudah jejakkan kaki di Malaysia..
Erkkkk, tak kuat rupanya aku.. haha



Alhamdulillah.. Perjalanan yang bermakna dan mudah dari mula pergi sehingga kembali ke Malaysia.. Sangat dipermudahkan.. Nikmat yang tak ternafikan…

 Terima kasih Allah atas perjalanan yang indah, terakam kemas dalam ingatan.. Syahdu sekali mahu meninggalkan bumi Tsukuba, namun tanggungjawab saya lebih banyak dan besar di negara dan tanah air sendiri...


Andai diizinkan, pasti saya akan kembali bermastatutin disini...

No comments: