Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, December 24, 2015

Weekend terakhir di Tokyo

Ini adalah hari terakhir saya datang bekerja. 
Mood tengah bercampur antara sedih akan meninggalkan semua memori indah disini dan gembira nak berjumpa keluarga tersayang.. ececehhh, tersayang sangat..

Last weekend, sempena minggu terakhir di Tsukuba, saya turun ke Tokyo untuk kali terakhir. 
Hajatnya mahu bertemu sahabat mak saudara saya yang ikut suaminya bertugas di Tokyo selama setahun, under Petronas projek, untuk bina rail port mana tah..

Saya ke sana hari sabtu. Seperti biasa, menunggu hampir sejam di stesen train Akihabara, dan barulah sahabat makcik saya muncul bersama anak gadisnya.. Saya panggil dia Kak Nadia, nak panggil makcik tapi takut dia kecil hati... haha.. Anak dia baik sangat, Nabila, sudah mula bersekolah di sini. Kos persekolahan dia selama hampir tiga bulan termasuk kos pakaian sekolah menjangkau RM10k. Nasib baik la Petronas bayar gaji bapa kamu mahal Nabila oiii.. Rumah mereka disini sahaja sudah RM20k/bulan, ada 20 orang pekerja yang sedang training sekarang, cer darab tengok berapa petronas cover penginapan sahaja selama setahun. 

Menunggu selama sejam, thats why saya lagi suka travel sensorang.. Penantian suatu penyeksaan

Ok, berbalik kepada cerita asal, kami terus ke Nippori. Nippori, textile town untuk Tokyo... Takda gambar pulak di sana, cuma sewaktu kami sedang melihat-lihat kain, tiba-tiba ada stesen tibi datang interview kami.. Yeay, nanti keluar lah muka saya kat tibi NHK..
Tengah pilih kain, ada reporter datang interview.. bergegar kepala lutut nak jawab soalan..

Pas dekat Kak Nadia pulak untuk jawab, saya dah kering idea.. Ini dia nak tahu, macam mana tahu pasal kedai-kedai di Nippori ni jual kain...
Lepas habis pusing-pusing pekan Nippori cuci mata lihat kain, kami makan di tendon Tenya Asakusa cawangan Nippori.. Pestime makan tendon, dah Kak Nadia kata halal, saya pun makan la tanpa was-was. Mereka hari-hari makan itu, sebabnya dia dan Nabila hari-hari keluar shoping dan jenjalan cuci poket, dah kata suami kerja pangkat besar.. haha.. 

Sedap... Tempura paling disukai

Kak Nadia dan Nabila.. Nabila best, sempoi, sporting, ringan tulang, anak yang sangat baik

First time jumpa.. dah boleh jadi close

Ini makanan mereka.. Bawah tempura tu ada nasi.. Set saya takda nasi sebab saa dah ambik heavy breakfast sebelum keluar pagi tadi..


Kak Nadia ni staff nurse, tapi dia ambil cuti selama 3 tahun sebab selepas pulang dari Japan tahun depan, suaminya akan ke Korea pulak untuk training di sana... Aduih, best nya.. Best tu untuk dia sebab dia hari-hari bangun tidur pergi berjalan aja.. Sambil shoping... Sewaktu keluar dengan saya, dia dan Nabila asyik shoping baju, sedangkan katanya kemarin dah beli.. 
Saya bagitau..
"Kak Nadia, saya bawak 5 helai t-shirt saja datang sini"
"Hidayah banyak beli baju kat sini?".. dia tanya...
Tapi saya diam..
Haha.. gila lah nak beli baju dekat sini... Sudah la mahal, tak kena standard saya.. Saya pakai baju beli kat pasar kemboja saja... Jadi, setiap minggu saya rotate baju..

Then, kami solat di Naka-Okachimachi, Assalam Masjid. Selesa sangat masjid ni.. Rumah kedai tapi bersih dan memudahkan, cumanya perlu naik tangga..

Jumpa ramai malaysian yang datang bercuti...

Bersih, teratur dan menenangkan... Pendek kata, sangat memudahkan..

Pintu masuk ke tempat solat.. tempat solat di atas.. kena naik tangga

Nampak tu ada malaysian???

Tapi Malaysian tu belagak.. Orang nak tolong guide tempat makanan Jepun pun sombong, tarik muka.. blah la.. Kesian Kak Nadia beria nak membantu.. Tak payah tolong la kak orang sombong begitu, biar ja mereka nak makanan beria, padahal baru sampai pagi tadi terus nak cari nasi malaysia.. 
Seterusnya kami ke Asakusa.. Asakusa atau lebih tepat di Nakamise Street, rupanya lagi menarik untuk kaki shoping. Sourvenir banyak sangat dan harga tidaklah semahal di Harajuku, tapi untuk saya, apa sahaja yang murah di Japan.. Walaupun kelihatan murah, tapi tetap mahal bagi saya.. 

Hoi, p thailand je la dayah...

Tokyo tower... 

Sini tempat orang naik cruise menyusuri sepanjang sungai Sumida sehingga ke Odaiba.. Oh, Odaiba, tak ketemu jua kita...

Fried rice, the best in town.. Kat asakusa juga kami makanan bahulu tapi intinya ada kacang merah..

Kimono jugak dijual kerana lagi beberapa hari akan ada Emperor day dan juga sempena sambutan new year.. (semalam, hari rabu emperor day, public holiday disini)

Ada pesta apa tah 

Muzik pun ada

Kedai ni jual barangan berasaskan sabut

Nakamise Street the boom

Background Tokyo Tower... Awat berdiri macam nak menyanyi lagu negaraku

Ada temle.. Rupanya temple ni cantik bila ambil gambar malam2

Macam glowing in the dark
No caption plis..im shy shy cat!!!

Still shy shy cat!!! gedik.. 
Letih, terus pulang ke apartment Kak Nadia.. Besar sekali rumahnya dan eksklusif.. Makan malam  juga best, Kak Nadia masakkan sambal hijau siam daging dengan terung, kari ikan, mackerel goreng dan dan sayur. Saya makan bertambah-tambah.. Kak Nadia ini mualaf, asal Siam...

Dinner mengancam nafsu...
Esok paginya pula, dihidangkan dengan nasi lemak serta sambal ayam dan sambal sotong, bilis goreng, kacang goreng serta ulam timun.. Arghhh, lamanya tak makan nasi lemak..

Breakfast like a king orang kata
lepas Zuhur, saya, nabila, kaknadia dan suami keluar. Walaupun kaknadia tak sihat, tapi dia nak keluar jugak. Apartment Kak Nadia menghadap sungai Sumida, berdiri kat balkoni memang akan nampak la cruise menyusuri sungai Sumida yang femes ni.. Kawasan rumahnya seakan membentuk satu pulau.. Cool sangat kawasannya.. Bila berdekatan laut, jadinya, kawasan ini tidak panas..

Sumida river betul-betul mengadap balkoni apartment kak nadia... bestnya..


Kami bertiga, suami kak nadia pemalu orangnya
gambar seorang itu wajibbulghunnah!!!


tak dapat naik cruise kalau, dapat naik bot kecik tu pun jadi la...
kami ke Euno... Euno memang heaven. Murah sekali barangan dapur di sana.. Itulah kelebihan tinggal di bandar Tokyo, barangan dapur dapat di dapati dengan mudah pada harga yang affordable.. Manakala di Tsukuba, agak sukar, mahal tapi lebih aman tempatnya... Semuanya ada pros and cons...

Sejuk dah di tokyo.. Tapi Tsukuba sejuk lagi..

Jom nabila, kita takda gambar berdua.. meh meh.. muahhh

Ikat tali kasut pun nak kena ambilkan gambar
Ceri yang menggoda, tengok harga terus tak selera!!!

The best..
letih sekali.. beg belakang tu berat sampaikan sakit bahu saya..

Nabila, jom selfie.. Tengok button sana la..
Suami kak nadia belanja kebab...

Baru lepas makan 2 pinggan nasi lemak, makan pulak kebab.. hurm, lemak yang hilang dua bulan pertama dah kembali semula..

Thanks KaK Nadia sekeluarga for the great hospitality!!!

Selepas habis shoping, kira-kira sebelum maghrib, kak nadia dah lemah sangat dah. Saya suruh sahaja mereka pulang..

Baby crab yang kelihatan lazat tapi saya tak beli pun...

Saya cuma beli kek disini tapi Kak Nadia sekeluarga borong jajan penuh raga.. Bab makan, saya rasa mereka sedikit terbuka, sebab nya saya tengok mereka beli sahaja roti di kedai.. Saya pula hanya beli roti atau makanan yang telah disuggest oleh Halal Japan. Bak kata Cindy dan Indah, saya sedikit rigid.. "Kalau kamu mau makan, itu terpulang"... 

Berjalan kaki sorang-sorang sambil menikmati bandar tokyo, dari Euno ke Akihabara...
Saya ambil kesempatan ini untuk berjalan kaki ke Akihabara, syurga untuk gamers dan pengumpul barangan elektronik..

Harganya 10K yen... Kotaknya separuh luggage saya saiznya.. 
Malangnya, gundam yang dipesan oleh kawan opis saya harganya boleh tahan dan saiznya hampir separuh luggage saya.. Dan queue untuk bayaran boleh memakan masa sejam.. Hari terakhir hujung minggu sebelum krismas, Yodobashi (shopping store terkemuka sekali di Akihabara) penuh dengan manusia... Mahu cari gundam tersebut sahaja sudah ambil masa dekat 30 minit sebab perlu bersesak dengan manusia-manusia jepun yang kaki gundam.. Tapi, seriously, harga disitu memang best. kalau tak kerana tangan saya sudah penuh serta sakit bahu ketika itu, memang ada la seorang perempuan beratur sejam nak bayar harga.. Tapi, saya buat keputusan betul dengan tak beli, luggage sekarang juga sudah pening mahu di susun..

Pulang dan masak meggi makan di bilik.. Ini adalah kali terakhir saya menaiki Tsukuba Express.. canggih dan antara the best train in Tokyo...

Last time naik Tsukuba Express.. I.Allah, mungkin berpeluang naik lagi dilain masa..

Juga kali terakhir di Tsukuba Station... arghhh, sedihnya..



No comments: