Hari Rabu (9.12.2015)..
Petang rabu, Hoshikawa-san (setiausaha professor) bawa saya berjumpa dengan
pihak finance NIMS untuk ambil duit perbelanjaan sepanjang 3H2M di 9th
International Symposium on Nanomedicine esoknya. Terkejut saya tengok jumlah
wang yang diterima, sebabnya, mereka masukkan sekali elaun harian.
Hampir RM4k.. Tapi selepas balik saya pulangkan 30k yen sebab rupanya staff symposium tersilap register saya sebagai student, dapat la discount |
Malam tu sibuklah saya mengemas, sampaikan taktau nak bawak baju apa.. Saya
kan Cuma bawa t-shirt dan pakai jeans sepanjang di sini.. Pukul 10.30 malam yang sangat sejuk, saya masih lagi ke bilik Indah dan Cindy, minta tolong Cindy
jahitkan butang baju yang tercabut.
Malam tu saya tidur lewat sikit dari biasa. Kerja packing baju untuk angkut
naik train turun naik tangga bukanlah sesuatu yang simple macam selalu saya
buat di Malaysia. Paling saya suka untuk trip kalini, saya tak perlu susah payah search train dan sebagainya, Shan kan ada.. hehe
Hari Khamis (10.12.2015).
Pagi ni janji dengan Shan jumpa di Stesen Train (Tsukuba Station) pukul
8.00pg, sebab kami akan naik rapid train pada pukul 8.19pagi, taknak naik
local, bagi menjimatkan masa. Saya bangun awal untuk siapkan heavy breakfast,
lunch and dinner. Saya meredah pagi dengan hembusan kabus. Sebelum subuh, suhu turun sehingga negatif. Waktu saya keluar tadi, suhu masih di bawah 5degree.
Awal sangat saya keluar, dah sama awal dengan budak2 sekolah |
Comel sangat.. Nak pi sekolah pun comel |
Kami naik train ke Akihabara, kemudian tukar line lain untuk ke Tokyo. Di Tokyo, kami naik Shinkansen terus ke Nagoya. Tiket shinkansen saja sudah
10360yen (ambil unreserved seat). Perjalanan hampir 400km itu mengambil masa
1jam 40minit.
Tiket pergi pun nak capture, lepas capture ni terus tido tak sedar diri |
Dah sampai nagoya, Shan suruh pose untuk gambar kenangan katanya.. Hey, lepas ni aku akan datang lagi la |
Muka baru bangun tidoq sangat masa ni |
Then, dari Nagoya station kami naik train kecik ja, tapi mahal
jugak harganya, setanding harga Tsukuba Express tapi Tsukuba Express terlalu
canggih yang menjadikannya sesuai dengan harga yang agak mahal. Naik train dari
Nagoya ke Tsu City, seumpama naik bas. Terasa train tu tekan minyak, haha...
Kami sampai ke Tsu City sejam kemudiannya. Dan ternyata, hotel kami adalah
hotel paling hebat yang ada disitu, itulah hotel paling tinggi, dan
terletak bersebelahan station. Disebabkan kami sampai awal, dalam pukul
12.30tgh, bilik pun tak siap lagi, so, Shan ajak terus ke Mie University.
Memikirkan saya memang dah set nak jamak dihotel, pekerja hotel bermurah hati
memberi saya guna salah sebuah bilik untuk solat.
Tsu City baru nak mengalami musim autumn, daun baru nak bertukar warna, cuaca pun nyaman |
Selesai semua urusan, kami ke Mie University menaiki bas dengan tambang
sebanyak 220yen sehala. Symposium ini diadakan di kampus perubatan, dan
kedudukan kampus ini adalah betul-betul sebelah laut. Kalau tengok peta, Tsu
City sememangnya menganjur ke laut, unlike Tsukuba. Ini menyebabkan suhu di Tsu City agak tinggi, tak perlu pun angkut baju tebal, berat beg sahaja. Tsu City merupakan city of
Mie Perfecture, tapi Tsu City sangat kecil, pekan kecil yang tidak terlalu
membangun, dan bagi saya sangatlah tak ada apa-apa.
Sebelum saya datang ke Symposium ini, Hoshikawa-san ada bagitahu,
berdasarkan pengalaman dia mengikut professor ke conference sebelum ini,
biasanya akan ada muslim, jadi saya mungkin boleh bertanya mereka pasal makanan
di sana. Malangnya, sepanjang saya di Mie Perfecture, saya tak berjumpa, hatta
terserempak dengan seorang Muslim pun. Bila saya masuk ke dewan conference,
semua pandang saya, 95% of them were Japanese, 5% adalah lain-lain samada dari
US, China, Singapore dan Malaysia (saya la tu).
Sewaktu saya dan Shan sampai, symposium telah separuh hari berjalan. Ada
beberapa talk yang kami terlepas. Dan saya sangat impressed bila most of them
adalah young Professor. Mereka sangat muda, tapi dah bergelar professor. Yer,
semua participants mempunyai title Dr. atau Professor, kecuali saya. Dan
mungkin saya adalah peserta termuda. Tapi saya takda la bagi talk, saya dan
Shan participate untuk poster. Adalah dalam 20 atau kurang poster yang ambil
bahagian, symposium ini lebih kepada talk on development of nanomedicine.
Ada dua orang speaker dari Singapore, saya jadi teruja. Malangnya, seorang
adalah pensyarah NUS yang berasal dari Tanah Besar China (Englishnya terlalu
pekat walaupun dah 20tahun bermastautin di Singapore, kena dengar betul-betul)
dan seorang lagi adalah Japanese yang bekerja di salah sebuah research centre
Jepun di Singapore (yang ni adalah speaker paling handsome dan paling disukai,
cuma saya segan nak ambil gambar walaupun dia datang berbual bersama saya dan
Shan sewaktu poster demostration)... Selain daripada handsome, haha, Dr Madoka
Suzuki, ha siap bagi nama, adalah seorang researcher yang turut mempunyai MBA
in Technology Management. Takpa, maybe tahun depan, AMREC boleh jemput beliau
untuk berkongsi pengalaman, kalau AMREC taknak jemput, saya boleh tolong jemputkan.
Dr. Madoka adalah orang pertama yang saya cam pada hari pertama kerana
englishnya tak kedengaran seperti seorang Japanese. Ada beberapa orang young
Professor Jepun, apabila bercakap tidak kedengaran pelat jepun mereka.
Habis talk jam 6.30 petang, saya dan Shan pulang ke hotel, manakala kesemua
speaker ke jamuan dinner party. Saya letih dan nak rest saja sambil berendam
dalam air panas..
Hari Jumaat (12.10.2015)...
Ini adalah hari ke-2 symposium, dan tengaharinya adalah poster presentation.
Harini saya pakai pakaian rasmi negara, baju kurung…
Untuk breakfast, saya makan nasi dengan salmon dan telur dadar.. Saya makan dengan professor sambil berbual.
Profesor: "Hoshikawa-san bagitahu saya kamu sudah ke mount Fuji, macam mana kamu ke sana? Naik bas?
Saya: "Ya, saya naik bas di Stesen Shinjuku. Saya search dalam internet route ke sana"
Profeor: "Kamu orang pertama dalam grup saya ke Mount Fuji. Kamu tengok, tak cantik kan Mount Fuji tengok dari dekat. Mount Fuji hanya untuk ditengok dari jauh."
Saya: "Betul, memang pun, tak cantik, batu hitam saja"...
Tengah rancak
berbual beberapa topik, Shan, Professor Steven
(Stanford University) dan Dr. Jie (NUS) datang join. Dan disinilah topik
penting kami.. Haha..
Tanpa pandang muka saya,
P. Steven: “Kamu tahu, politicians sekarang gila, mereka bodoh. Mereka cakap
benda bodoh untuk menang pilihanraya”…
dan panjang lebar lagi tanpa pandang muka saya padahal dia duduk depan
saya.. Professor dan lain-lain muka blur..
Saya: “Hahahahahaha”
P.Steven: “Donald Trump tak patut cakap begitu." kemudian dia pandang saya.. "Kamu pernah ke US? Kamu kena
datang US..”
Saya: “Saya tak pernah pergi lagi, tapi kalau saya nak pergi lepas ni saya
kena tunggu dulu sapa menang pilihanraya.. Its ok Prof. Itu pandangan peribadi
dia, kita kena respek. Dia kan kaya”
P. Steven: “Dia tu kaya sebab bapak dia kaya… bla..bla… Kamu tau dak, saya
duduk di Stanford berjiran dengan Mark Zuckerberg, dan pengasas google. Mereka
tu kaya raya tapi rumah biasa saja. Saya respek dengan orang macam Mark”
Saya: “Ya, Mark dah post status untuk comfortkan orang Islam..”
P. Steven: “Kamu aktif FB?”
Shan: “Kami check FB almost every hour..”
Professor Hanagata cuma senyum.
Habis breakfast, kami naik bas ke Mie University.
Nasib baik la ada baju kurung ni |
Mini stop betul-betul depan dewan |
Student medic relax-relax petang sambil beriadah tepi hall |
Rasa macam kat amsterdam (padahal tak pernah pegi pun).. siap ada kincir angin |
Sewaktu masuk ke dewan, staff symposium asyik puji shawl cantik.
Staff: “Kire..kire (cantik)… Your scarf is so beautiful. Are u a muslim?”
Saya: “Oh, thanks.. Yes, im a muslim”
Amboi mengada dayah.. Scarf ja cantik, orang yang pakai biasa saja,..
Sewaktu lunch, saya mintak kepada staff untuk solat. Tahu tak solat kat
mana? Kat tempat reception.. Selesa tapi ruang tu terbuka, dan staff tu paksa
saya guna scarf dia untuk jadikan mat solat, walaupun saya taknak.. Orang dah
bagi, guna jek la.. Lepas solat, bermacam soalan dia tanya, siap tanya macam
mana nak tentukan arah kiblat..
Lepas lunch, bermulalah poster presentation selama hampir 2 jam..
Ini la poster yang kami bawa |
Ini la budak yang menjadi dambaan profesor-profesor sewaktu symposium.. haha |
Nampak tak nama saya kat atas tu, kecik sangat eh |
Semua orang pakat fokus kat poster-poster yang ditandingkan |
Bersama profesor yang baik hati |
Profesor rupanya suka sekali bergambar, malangnya saya tak suka tangkap gambar orang |
Dr. Masoda adalah orang terakhir dan paling lama bertanya di poster kami.
Saya takda disitu sewaktu dia mendengar explanation dari Shan, sebabnya, saya
sibuk buat lawatan ke poster lain sambil tangkap gambar..
Bila saya kembali, dia masih disitu.
Saya: “Dr, u kerja di Singapore kan? Saya orang Malaysia tapi nak balik dah
hari krismas ni, kamu pernah ke Malaysia? Dah berapa lama kamu kerja di
Singapore? ”
DM: “Saya tak pernah ke Malaysia lagi. Dah 6 tahun saya di S’pore..”
Saya: “Wah lamanya..”
DM: “Tapi saya sedang berusaha untuk balik ke sini.. kamu nak datang semula
ke sini ka lepas ni”
Saya: “Oh, saya takmau mai dah”
Shan: “No, she will further her phd here after this”… sibuk kan Shan..hish
DM: “Kamu taknak sambung di S’pore?”
Saya: “Mestilah nak, saya nak yang dekat, boleh balik kampong setiap minggu”
Saya: “Mestilah nak, saya nak yang dekat, boleh balik kampong setiap minggu”
Sembang punya sembang, sekali dengar announcement nak start dah talk. Dah la
speaker yang pertama adalah Professor Hanagata.
Waktu saya dah duduk kat tempat saya, Dr Madoka masuk sambil pegang cawan
kopi lalu depan saya “Im the chairman, I forgot”.. Kesian Professor aku…
Petang tu, kami habis session hari kedua pukul 7.30 malam, itupun sesi akhir
dalam Japanese, disampaikan oleh Professor Tomoko OHTA seorang saintis genetic dan molecular evolution, penerima anugerah Crafoord 2015, berusia 82 tahun yang pernah
dipublish papernya dalam Nature pada tahun awal 50-an… Gila hebat .. Lenguh
segala urat sendi, macam nak terlentang, padahal duduk dan dengar saja.. Kami
akan terus ke sesi banquet.
Prof tanya soalan apa pun taktau, sebab sesi ni dibuat dalam japanese |
Sebaik keluar dewan, seorang Dr dari Mie University tahan saya.
Dr: “Kamu bersama Prof. Hanagata kan? Prof Hanagata ada bagitau kamu hanya makan makanan halal. Kami sudah maklumkan kepada ketua chef, dia akan sediakan makanan halal untuk kamu. Tapi dia tak boleh berbahasa Inggeris. Nanti mungkin Prof Hanagata boleh bantu translate”
Dr: “Kamu bersama Prof. Hanagata kan? Prof Hanagata ada bagitau kamu hanya makan makanan halal. Kami sudah maklumkan kepada ketua chef, dia akan sediakan makanan halal untuk kamu. Tapi dia tak boleh berbahasa Inggeris. Nanti mungkin Prof Hanagata boleh bantu translate”
Tak perlu Prof translate, ramai sungguh nak tolong translate. Pakcik ketua
chef pun sangat baik hati. Dia pergi kedai belikan ayam goring halal dan
gorengkan kentang untuk saya. Siap datang tengok saya makan, pastu tanya sedap
tak, bila dia tengok saya makan baru dia masuk ke dapur..
Biasa la, sesi macam tu dimulai dengan “kanpai” beer beramai-ramai, saya
yang setakat minum ayaq kosong, tengok saja dari belakang..
Kenapa kamu angkat kepala waktu saya nak ambil gambar |
Eh, nak ambil gambar siapa sebenarnya ni |
Ini nak fokus kepada Shan atau Dr. Madoka atau Prof Steven |
Sashimi yang menarik |
Deretan makanan yang bau nya boleh menybabkan orang pengsan kembali sedar |
Dalam banyak pilihan mkanan, ini aja makanan saya |
Pelbagai minuman, tapi saya cuma mampu teguk air mineral yang dibawa sendiri |
Nampak staff yang duduk, itula yang pinjamkan saya scarf nya untuk lapik solat.. |
Tengah makan, professor dari Hiroshima University banyak berbual dengan
saya. Katanya dia Nampak saya tengah breakfast pagi tadi. Saya tak boleh nak
differentiate mereka semua, pakaian dah la sedondon, suit hitam, saya nampak
sama ja semua..
Prof Koichi Kato dari Hiroshima University |
Habis banquet dah lewat, hampir 9.00 malam. Dah takda bas ke hotel, dan
professor ajak kami berjalan. Rupanya ramai yang berjalan. Jauh jugak, dalam 30
minit, masa berjalan baru terbayang balik ayam goreng yang tak habis tadi..
Arghhh sedapnya ayam tu..Bau dia syahdu sangat..
Dalam perjalanan, saya tanya professor dia faham atau tidak topik yang dibincangkan oleh Prof Steven sewaktu breakfast.. Hahahahha, kan saya dah agak, dia tak faham. Tapi bila saya cakap isu Donald Trump mahu banned muslims dari masuk US, dia tahu pulak. Saya agak, dia sentiasa search pasal muslim community.
Hari Sabtu (12.12.2015)...
Lepas breakfast, kami terus checkout. Sebelum bergerak ke Mie University,
tinggalkan dulu beg di hotel.
Pagi ini, staff tu panggil saya. Tanya pasal scarf lagi. Tanya macam-macamla
pasal scarf.. Saya harap dia takkan jumpa muslim yang tak pakai scarf, jenuh
pulak dia nak paham nanti pasaipa ada yang pakai scarf, pasaipa ada yang tak pakai…
Sesi berjalan seperti biasa. Tapi professor, Shan dan saya akan bergerak
pulang ke Tsukuba selepas lunch. Maksudnya kami akan terlepas sesi petang..
Professor kata, “takpa takda kaitran dah dengan kita”..
Sebelum pulang, saya jumpa staff yang bagi saya guna scarf dia. Dan saya
hulurkan sedikit tanda ingatan dari Malaysia “Terima kasih kerana bagi saya
guna scarf semalam, saya terharu. Saya sangat hargai”… Staff tu punya la
terkejut sampai ternganga..
“Ini kain batik dari Malaysia, saya harap kamu suka”…
ternyata dia tersangat
suka, ucap terima kasih berkali-kali, siap cakap dia berbesar hati sangat..
Kain batik itu sentiasa saya bawa kemana-mana, dan berada dengan saya dah
hampir 8tahun. Tapi saya tak pernah guna, sebabnya saya tak pandai pakai kain
batik, tapi saya sentiasa bawa untuk kegunaan kecemasan. Orang kata, kalau nak
bagi sesuatu kena bagi yang kita paling sayang..
Nasib sempat ber group photo sebelum kami pulang ke Tsukuba |
Saya, Shan dan prof., pulang ke hotel, ambil beg dan terus ke stesen untuk kejar train.
Memang kena kejar pun, berlari kami bertiga, hurm, penat aku.. Train disini tak
seperti Tokyo, mungkin sejam sekali ke Nagoya, memang kena kejar yop kejar la
jawabnya.
Dan sampai di Nagoya, Professor cadangkan kami beli reserved seat
shinkansen. Harga reserved seat hampir 11200 yen. Nasib baik la NIMS memang
kaver untuk harga tiket reserved seat. Saya dan Shan terus ke Tokyo, manakala
professor turun di Yokohama. Setiap minggu dia akan pulang ke Yokohama,
familinya disitu. Kamu atau sesiapa saja, jangan cuba-cuba cari dia pukul
5.00petang pada hari Jumaat.
Sampai Akihabara, saya mintak Shan pulang dulu. Saya ada urusan yang belum
selesai. Selesai urusan, terus naik train pulang ke Tsukuba, dan saya langsung tak beli buah tangan untuk mereka di office, sighhh..
Dalam train nak balik Tsukuba, couple gedik ini duduk depan saya.. Eh, lena pun nak pegang tangan ka |
Sampai Tsukuba, sedikit terkejut dengan sambutanm yang disediakan bagi meraikan kepulangan saya |
Hampir beribu cahaya pada malam itu.. terasa disayangi..haha |
Ini hasil kerja tangan budak sekolah rendah |
Sepanjang jalan dari Tsukuba station ke Seiyu, hampir 1km, dipasangkan pelita ini.. Beribu ribu.. daripada kerja tangan sekolah rendah hingga sekolah tinggi |
Ahad (13.12.2015)..
Disebabkan tak beli apa-apa di tsu City, terpaksa paksa budak-budak ni keluar untuk dibelanja aiskrim, tapi pilihannya tetap aiskrim favorite saya.. hihi
Makan aiskrim kegemaran saya.. Hersheys kacang |
Sebab dalam kotak ada 6, sorang makan dua batang.. Sebenarnya, saya yang craving nak makan so guna alasan nak belanja depa.. |
Macam gemuk kan, padahal saya pakai 3 lapis seluar |
Pokok-pokok pun dah hampir botal |
Jom la balik, saya dah lapar ni |
Ish, asyik bergambar aja mereka ni |
Dah, last dah ni |
p/s:
1. Tadi Hoshikawa-san emel bagitau grup kami akan ada end year party 22hb depan, semestinya saya dijemput tapi saya kena bawak makanan sendiri sebab depa nak makan di Chinese restaurant
2. Hoshikawa-san kata, profesor nak belanja saya makan jumaat ni, kan dah nak balik minggu depan, kali ni makan di hotel, yeay...
No comments:
Post a Comment