Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, December 24, 2015

End Year Party 2015, Tsukuba..

2 malam lepas.. Saya dijemput ke end year party.. 
Memmandangkan ini merupakan kali terakhir saya mahu berkenalan dengan semua staff permanent nanotechnology stattion, saya ikut saja..
Disebabkan dibuat di restoran makanan cina, saya tak perlu keluarkan bayaran,
Sebabnya makanan bawa sendiri..
Mereka bayar seorang sebanyak 5000 yen, mahal sekali..

Saya ke sana bersama Shan dan Hao (student dari China itu)..


Disini, baru saya tahu bagaimana bau beer.. Masam sekali.. Hampir termuntah saya sercakap dengan mereka...





Makanannya sedikit saja.. Bayar seorang 5000, datangnya hampir 25 orang... cer kira.. Makan 5 jenis lauk termasuk nasi goreng... Meh sini duit, saya masakkan..

Professor bersembang sakan.. dia ni memang suka bercakap.. Tapi kalau kena cakap english, sesekali saja buka mulut.. Tapi, saya tetap suka profesor.. Dia cool dan disayangi ramai sebab dia seorang yang sangat relax...
 
Saya bawakan nasi goreng cina dan kurma ayam.. Wah, licin 2 bekas nasi goreng dan sebekas kurma ayam.. Siap puji sampai ke hari ini..

Mula-mula sampai, hanya saya seorang wanita.. Sudah la tak pernah jumpa sebahagian besar mereka, berhijab pula saya ini, mereka pandang saja.. Takda siapa tegur saya..

Lepas dah kena penangan nasi goreng saya, semua take turn datang berbual.. Haha

Antara soalan paling panas yang ditanya adalah,

"Hidayah-san, negara kamu tidak selamat kah?"

Kerana ada dua orang staff yang bercerita anak mereka sepatutnya ikut rombongan sekolah ke kuala lumpur tapi dibatalkan kerana keadaan Malaysia yang tidak selamat..

*****Gulppp**** najib punya pasal, aku kena jawab, cis*******

Saya jawab,

"Ya, negara saya presidennya tidak mahu berundur, jadi keadaannya tidak selamat.. Kalau kamu datang, kamu mungkin akan dibuh dan disimen"...

No comments: