Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, December 24, 2015

Hari terakhir di NIMS, selamat tinggal semuanya..

3 hari lepas, saya masakkan pasta tapi pedas.. Hanya Kohara-san yang makan dan dia bawa pulang bakinya...Esoknya, Kohara-san balas sejenis sweet Japan.. Dalamnya berintikan red bean..

Saya request Misoo soup yang semestinya halal tanpa ragu, dan magae-san masakkan.. Yeay..

Hari terakhir menggunakan confocal microscope
Setiap kali guna alat ini, setiap kali itulah saya tidur.. Sebabnya perlu tutup lampu..
Lunch terakhir tadi bersama.. Tapi Hoshi-san malu nak makan sesama kami..

Saya masakkan pasta yang kurang pedas

Indah yang gemok dan Cindy yang kurus..

Hidayah dan Yuke-san

Lunch terakhir bersama.. sob-sob

Saya pastikan rindukan mereka.. Saya doakan kamu semua dapat kerja tetap selepas ini


Bergambar di lobby


Petang tadi, terakhir kalinya saya passagekan cells yang akan ditinggalkan. Ada yang tegur, "sincere kamu, sudah mahu pulang esok masih masuk lab".. haha

Profesor yang disayangi.. Ini kali pertama saya dapat bos yang cool, relax, baik sekali dan saya suka teramat.. Saya pasti akan bertemu profesor semula.. Profesor tak pernah hulur tangan bersalam dengan saya walaupun pada hari terakhir.. :)

Hoshikawa-san.. baik sekali.. sangat memahami.. Sangat membantu.. Saya peluk dia kuat-kuat tadi.. Sampaikan profesor ketawa kuat.. Berkali-kali dia hantar emel, "i will miss u" ):

Bangunan ini, menempatkan makmal dan bilik staff.. Saya pasti rindu..

Sampai aja tingkat 2, terus ke kanan, masuk makmal

Makmal tempat bekerja..

Insan yang banyak jasanya sepanjang saya di Japan.. Sebelummasing-masing pulang dia sempat pesan, "sampai Malaysia nanti mesej saya beritahu ok!"... Baiklah Shan..Jangan rindukan saya

Pejabat saya.. Kerusi berbalut sweater itu kerusi saya

Row kami.. Tempat saya habiskan hampir 60% masa saya sepanjang di NIMS..
Saya datang tangan kosong, saya pulang tinggalkan ini

Malamnya, Cindy masakkan sushi.. Pestime katanya.. Tapi sebab gedabak, saya cakap, "Sorry Cindy, saya tidak lalu. kalau saya makan juga pasti saya muntah dalam flight esok"...


Selamat tinggal semuanya.. Terima kasih atas memori indahs elama 85 hari di Tsukuba. Kota tempat pertemuan saintis seluruh dunia.. Terima kasih menerima kehadiran saya, sehingga saya rasai inilah pekan kecil saya.. Di pekan kecil ini, saya punya teman dari seluruh dunia...

Panjang umur saya pasti ke sini lagi..


p/s: Last post pengajaran dari musafir iniakan ditulis esok bila sampai malaysia..

No comments: