Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, December 17, 2015

Tamatlah sudah Autumn Session Nihongo Class 2015

Pagi ni waktu bloghopping, ternampak orang post pasal barang yang dibeli dengan gaji pertama yang hilang dan dijumpai...

Terus terimbau kenangan lama.. Gaji pertama, banyak benda kita nak beli, saya pun ada juga kenangan dengan gaji pertama..

Saya jarang nak beli barang, kecuali barang rosak atau macam nak datang ke Japan ni saya tukar phone lain sebab phone lama tu memorynya kecik sangat..

Waktu awal kerja dulu, berstatus sementara selama hampir 3 bulan sebelum dapat post kontrak. Gaji staff sementara dikira berdasarkan hari datang bekerja, dan saya start bekerja bulan Disember 2007. Lama kan, tua dah. Tahu la bila hujung tahun dan masuk awal tahun, masa tu la cuti krismas, cuti new year, cuti chinese new year, dan bermacam-macam lagi. Jadinya, gaji pun kadang-kadang 500/bulan.. Bila orang kampung tanya kerja mana, saya tak cakap kerja sirim sebab malu gaji tak sampai 900/bulan... Duit tu dengan nak bayar rumah sewa, makan, minyak, tapi untung masa tu sebab saya naik moto lama, tak payah bayar duit moto. 

Bila diserap ke post kontrak, baru perasaan berjoli tu datang.. Waktu tu dah rancnag dengan Ija (sama-sama masa kerja kontrak, tahun hadapannya tu sama-sama rancang nak berhenti untuk sambung belajar, tapi dia je berhenti saya tak jadi, ini pun kisah tragis jugak ni)... Kami terus ke pekan Kulim beli satu benda sebagai kenangan kononnya. Kan orang sellau buat, benda pertama kita beli untuk diri sendiri dengan menggunakan gaji pertama. Untuk parents atau ahli keluarga, itu perkara lain.

Kami beli kamera sorang satu. Kamera tu kalau sekarang, dah takda dah, kalau ada pun kamera macam tu, kamera yang dah slim, boleh zoom dan tak perlu pakai bateri. Agak mahal saya beli kamera tu masa tu, RM500++.. Mahal, yela, gaji pertama dalam RM1500.. Lepas dapat kamera tu, saya terus cakap dengan diri sendiri, lepas ni taknak dah beli apa-apa, kamera ni saja sebagai bukti gaji pertama.. Banyak kenangan dengan kamera tu.. Gambar konvo kawan-kawan, gambar saya bertunang dulu, gambar raya famili, gambar gathering dengan kawan-kawan USM.. 

 Nak dijadikan cerita, kawan saya pinjam kamera tersebut.. Saya ingat-ingat lupa, rasanya waktu dia pinjam tu adalah waktu saya juga ada event. Tapi, disebabkan dia ada alasan yang lebih munasabah, saya pinjamkan kepada kawan saya.. Tragisnya, lama setelah itu, baru saya tahu kamera tersebut hilang.. Sob-sob, hilang lah kenangan gaji pertama.. 

Sejak tu, saya jarang atau mungkin tak pernah beli barang untuk diri sendiri.. Even kalau pergi bercuti, saya akan belikan barang kenangan saya pernah ke sesuatu tempat untuk famili. Jadinya bila saya ke rumah mereka, dan lihat barang yang saya bagi digunakan atau ada di simpan, memory itu akan datang. Saya dah tak suka beli barang untuk kenangan sendiri, sakit sungguh bila hilang.. Pergi Krabi dulu, pulun selongkar saiz t-shirt untuk semua orang, end up takda satu pun untuk saya. Saya hanya pakai yang kawan hadiahkan waktu dia bercuti ke Krabi. Ke Medan juga sama, hanya ada fridge magnet seketul. Waktu umrah juga sama, hanya ada gambar sebagai kenangan..


Berbalik kepada cerita semalam,

Tamatla sudah kelas japanese saya, selama hampir 22 sesi, satu sesi saya tak datang sebab lupa.. 

Kelas ditamatkan dengan sangat fun. Kami main game, buat kad end year, kemudian pada jam 8.00malam kami berkumpul bersama pelajar kelas beginner untuk deliver speech masing-masing.

Paling best adalah, speech telah dimulai oleh pelajar kelas introductory (kelas saya) yang seramai 3 orang tu, hihi.. Orang pertama adalah Dieter. Dieter ni orang Belgium, tapi sudah 5 tahun berkahwin dengan orang Nihon dan sudah 5 tahun menetap di Japan dan bekerja sebagai saintis di AIST, Japan. Katanya tahun hadapan mahu minta jawatan tetap, moga-moga kamu berjaya. Malam last ni, Dieter bawak cheerleader kecik dia, Toma yang kacak.. Saya dah selalu jumpa Toma, kekadang terserempak di parking lot, sempat la kami main cak-cak, atau kadang nampak mak dia atau Dieter bawak dia main dekat park.. Perkahwinan campur memang owesome, haha.. Toma kacak sekali..

Toma yang hensem, kacak dan eeee, geram la...

Ala, Toma, sensei pun nak masuk gambar jugak, tapi awat sensei lena..
Dieter punya speech memang kebabom, siap tak tengok teks, pastu lama pulak dia menceceh.. Next adalah mamat France tu, Vincent.. Vincent pun kebabom, tak tengok speech.. Pastu gadis ayu kesayangan semua, takmau kalah, kebabom jugak, walaupun taktau depa semua paham ke tak apa yang dicecehkan..
Kami dah setel, awat la aku nampak gedabak sangat kat gambar ni..

Then, kelas beginner, menggigil depa semua tengok betapa kebabomnya kami, serius tak tipu. Depa semua bagi ucapan tengok teks.. kihkih (gelak jahat).. Ala, bukan ada apa pun. Seronok sangat semalam.. 
Student kelas beginner..
Perasan tak sebenarnya saya pergi trip dengan depa semua..

Ini kad new year yang saya buat.. saya cadangnya nak bagi professor kesayangan tapi macam kelakar pulak kad ni.. Katak kan lambang Tsukuba-san..

Kad nya satu aja, yang lain-lain tu hadiah dari sensei...

Lepas habis kelas, seperti biasa, rasa sedih la pulak. Aturan Allah itu maha hebat. Saya sampai Tsukuba, ninomiya house baru iklankan pasal kelas ni dan saya sempat bermula dari kelas pertama, dan Alhamdulillah, saya dapat habiskan kelas.. Macam Catherine, dia pulang ke Ireland sehari sebelum kelas terakhir.. Ya, Catherine sudah pulang ke Ireland pada pagi selasa..

Antara ucapan terakhir saya pada malam itu,

"Watashino kichona memory o ataeru tame Dieter-san to Vincent-san to Emory sensei-san to, arigato gozaimashita"

Thank you gais untuk semua gelak ketawa kita sewaktu kelas nihongo, saya la selalu gelakkan depa.




No comments: