Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, December 3, 2015

Kematian dan kehidupan

Waktu saya buka IG dan baca post (tak ingat siapa) pasal pelawak yang meninggal tu, saya terus terpandang tarikh lahir pelawak tersebut dan terdetik 'mudanya'.. 

Innalillah...

Saya bukanlah pengikut setia maharaja lawak, bahkan tak pernah tengok pun. Saya pernah tumpang -tumpang tengok waktu Elida baru balik dari Korea dulu. Itupun sebab hampir setiap malam dia bergelak berdekah-dekah dibilik dan asyik memujuk rayu saya menonton sekali kat utube.. Hati saya tak minat masa tu.. Biasala, masalah hati ni, kejap minat, selepas 2 saat minat melampau-lampau.. Tapi saya memang tak minat dan tak pernah tengok maharaja lawak..

Orang kata, tak kenal maka tak cinta..

Bila saya tengok status yang dikongsikan, saya tak tahu kenapa, perasaan sedih tu datang.. normallah kalau rasa sedih kan bila mendapat berita kematian? Selalunya saya sedih dan beberapa minit pastu dah ok.. Tapi, kes ini berlainan.. Saya tak kenal, tak pernah tengok pun persembahan beliau, tapi kematiannya menusuk.. Dan saban hari terlalu banyak kebaikan beliau yang dikongsi di newsfeed.. Allah, baiknya dia. Terlalu banyak saya kira. Moga-moga, pengakhirannya adalah dalam khusnul khatimah...Dan membuatkan saya terfikir, "lalu, bagaimana dengan aku?"

Ya, pengakhiran kita bagaimana..

Sulit kan.. 
Adakah kita akan dikenang yang baik-baik aja..
Atau ramai yang sumpah seranah waktu kita meninggal, "lega dia mati, kalau hidup dok menyusahkan orang ja"

Dan, paling utama saya rasa, kita tak perlu status yang hebat untuk pengakhiran yang baik.. Tak perlu menjadi wakil rakyat, yang apabila meninggal, budi yang baik aja akan dikenang.. 

Setiap post mengenai beliau, saya baca dan saya hadam betul-betul.. MasyaAllah, bila dia meninggal, saya seolah-olah baru mengenali siapa pelawak tersebut..Dia tak buat perkara ang besar pun, dia tak bina sebiji masjid tapi dia buat perkara yang sangat mudah dan menyentuh hati ramai orang..

Semoga Allah tempatkan beliau di syurga.. berehatlah dan nikmatilah hasil tuaianmu di dunia ini..


2 minggu lepas..

Saya teringat topik perbualan rakan-rakan sekolah didalam grup whatsapp. Sebenarnya saya tak baca, tapi sebab ada kawan saya dalam grup gadis jelita (haha, tapi ada sorang gadis tak jelita anak dua tersesat dalam tu) bangkitkan topik tersebut, saya terpaksa scroll semua beribu-ribu conversation grup sekolah untuk chatch up topik tersebut. Oh, mereka bincang pasal kerja sukarela,.. Sesuai sangat dengan keadaan semasa, yelah, sekolah kan bakal buka tak lama lagi.. Banyak badan NGO dan orang perseorangan yang berganding bahu nak bantu kanak-kanak sekolah yang kurang mampu terutamanya yang dikawasan pedalaman (macam kampung saya, hehe)...

Dan Izati (ahli mesyuarat tingkap gadis jelita), telah memberontak untuk buat sesuatu yang bermanfaat tapi taktahu nak buat apa..
Dia nak buat benda yang besar..
Pening saya pikir apalah yang besar yang perlu dibuat.. Sebab saya tak pernah buat yang besar-besar ni.. kalau yang kecik tak buat, yang besar apatah lagi.. Bagi saya, benda-benda sebegini takda istilah besar atau kecil, sebab Allah hanya buka pintu hati orang-orang yang terpilih. Yang penting buat dengan ikhlas... Patutlah, niat tu sangat dan teramatlah penting kan...

So, saya cakap "pi stesen minyak, kutip telekung balik basuh".. telekung di stesen minyak memang azab bila nak guna.. Ni telekung stok orang buat cuci mekap agaknya.. Dengan bertahi lalat.. Aduhai.. 
Izati, kalau hang baca ni, berapa stesen minyak hang dah kutip telekung?


Petang kemarin,

Saya dapat whatsapp dari pusat tuisyen.

PTMM: "Salam cikgu. Nak tanya, cikgu masih berminat lagi untuk mengajar tahun 2016?"

Saya: Saa tak fikir langsung agaknya. Lepas baca terus saya reply "OK, InsyaAllah"

PTMM: "Kita akan mula sesi pada awal January"

Lepas baca mesej kedua baru fikir, alamak, hujung tahun baru balik, then terus mengajar.. Haha..

Tapi, kalau saya tak mengajar memang akan mati kutu la kat rumah. Tapi kalau mengajar memang hidup saya kadang-kadang akan agak kelam kabut. 

Takpa, kita tengok dulu berapa student depa dapat tangkap.. Last year, waktu awal tahun cuma ada 2 orang... lepas tu baru bertambah, tapi hujung-hujung makin kurang.. Kadang bila tanya kenapa tak datang, alasannya, lupa.. aduyai, baru 16-17 tahun dah lupa ada kelas. 


Semalam..

Takda la semalam sangat. Tapi sebab masa tu dah lepas 2 jam masuk isyak di sini, dan saya pun dah habis kelas nihongo jam tu. 

Waktu on the way balik ke bilik, saya perasan ada mesej dari Zuhana..

Thanks Zu baca blog i yang takda apa. Tak memberi manfaat langsung. Cuma blog ni mungkin memberi sedikit manfaat berkaitan posting UMRAH. 

Cuma, satu hari nanti, bila saya rasa macam lelah dengan kehidupan seharian, mungkin membaca semula posting-posting disini akan mampu menggariskan sebuah senyuman.. 

Thanks jugak Hafiz sebab baca.. Haha... Aku tau hang baca kan, pastu mesej pura-pura macam tak baca.. phuiiiii


Hari isnin lepas...

Takda turutan dah entry ni..

Perempuan-perempuan dalam ofis.. Haha.. Takda la semua.. Cuma Cindy, Indah, Kohara-san dan Magae-san telah ajak saya untuk lunch di luar. Tak semua pun. Dalam ofis ada lebih kurang 8 wanita.. Tapi yang lain-lain jarang bercakap, depa senyum-senyum ja. Magae-san pun baru start bercakap, itupun setelah Indah dan Cindy datang. mentelahan, Cindy dan Indah bekerja di bawah Kohara-san dan Magae-san. 

Kohara sangat comel. Dulu, saya tak pernah sebut nama dia sebab saya tak ingat. Sejak budak-budak tu ada baru saya tahu nama dia. Tapi dia tau nama saya, yela, yang ganjil selalu diingatikan.. 

Kohara selalu sangatlah merungut, english susah! katanya.. Dan saya selalu cakap, English u baguslah, dont stress.. Dan dia akan tengok saya dengan mata bersinar-sinar.. Kohara yang comel tapi anak dah dua dan dah besar-besar anak dia.. 

Magae-san pula, cantik sebenarnya cuma dia kelihatan seperti korean. Rambut pendek dan smart. Dan Magae-san pernah menetap di US sewaktu kecil, dan tidaklah sukar untuk bercakap dengan dia, serta dia berpengetahuan pasal muslim. Cakap sikit ja, dia dah faham. Tapi kemarin dia makan babi salut tepung depan saya di kafe, huhuhu, balik tu terus aku melugai sampai cirit birit, penangan babi celup tepung....

Ok, berbalik kepada cerita lunch kami. Jadinya saya cakap dengan Shan, saya ada lunch date, tolong susun jadual saya supaya saya dapat attend lunch date.. Dan, seperti biasa, Shan akan menurut perintah.. haha.. Pagi tu, saya tak diberi masuk lab langsung oleh Shan, petang tu saya masuk la jugak sebab taknak berat pungkok sangat.. 

So, ke Mayadevi kami.. jalan kaki aja, sebab tak jauh mana pun..

makan nan lunch set.. semua pun makan menu yang sama
menu saya, lapar gila masa sampai ni
Magae-san dan Kak Deshita (Indonesian).. Dia post-doc di Uni. Tsukuba tapi pernah buat phd di NIMS, dan bekerja bersama Kohara dan Magae. Makanya, diajak turut serta oleh Kohara. Siap di jemput oleh Kohara. Kata Kak Deshita, ini tahun ke-6 dia di sini.. Sekarang dia dah fluence cakap nihongo, 3 tahun pertama tak paham and tak reti, bila berpindah ke Uni Tsukuba, disana semua nihongo, makanya dia terpaksa belajar bersama anaknya yang sekolah disini.
grup photo.. my favorite
Apasal Kak Deshita nampak childish sangat
Kohara-san dan Kak Deshita
Dah kenang, jom balik lena jemaah
Gambar kenangan, pestime lunch diluar bayar sendiri
On the way balik terserempak dengan budak-budak balik sekolah
Bagus adik-adik, comel sangat
Sampai ke trafik light depa beratur lagi

P/s: Sebelum ni perut berbunyi, sekarang dah masalah lain pulak.. Ini masalah terlebih kaffein.. Asyik mengopi pagi tengahari petang malam dan tengahmalam, mana tak sakit perut...

No comments: