Assalamualaikum,
Ya Allah, lamanya tak update entry
terbaru.. Terbengkalai sudah blog ni walaupun terlalu banyak peristiwa
berlaku.. Setiap weekend memang dah habaq dah kat diri sendiri, nanti kena
update jugak blog. Tapi, tula, bila time nak buka lappy and typing tu dia jadi
kot lain.. Mula la tangan gatai nak klik folder movie..
Awal Oktober, anak sedara saya berkahwin. Very last minute punya plan, so majlis simple but still meriah. Plan asal nak kenduri tahun depan, tetapi pihak lelaki dah tak sabar sangat agaknya, datang hantar duit and minta cepatkan.. Benda baik, kitorang ikutkan saja.. Semoga Kakwa bahagia dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.. Walaupun Yus tua sikit dari makcik, still, kena panggil makcik ok!!!
Makcik tetap nak vogue!!! |
Penuh pelamin..hahahaha |
Seperti yang telah dicanangkan kepada
seantero dunia, saya dah selamat berkonvokesyen pada 24 Oktober 2016 lepas pada sesi
petang. Sesi pagi untuk hat pakai topi bulat saja. Yer la… Yer la, lepas ni
chek pulak pulun nak pakai topi bulat !!!!!
Ok, sebelum kisah topi bulat dicanangkan,
sesuatu yang mengejutkan telah berlaku dalam family saya… Noooo, takdak sapa
masuk meminang saya!!! No nO no…
Ayah saya telah jatuh moto dan pengsan ditempat
kejadian pada awal Oktober yakni 3 minggu sebelum konvokesyen.. Pengsan ok, pengsan!!! siap dihantar ke klinik kesihatan dan ambulans terus hantar ke hospital besar...kami pulak yang macam nak pengsan dengar... kecoh sekampung...Walaupun beliau
cuma jatuh motor, bukan dilanggar lari, tapi beliau patah tulang tangan dan satu
tulang rusuk kanan.. Kesannya, sampai saat ini, masih lemah, manja dan masih
memerlukan pertolongan ramai untuk bangun dan bergerak.. Manja tu mak saya yang
kata… Sebulan rumah kami dikunjungi tetamu tak kira siang dan malam, menyebabkan mak yang demam teruk kalah pesakit.. Tapi, antara hikmahnya kejadian ni, rupanya mak sangat talented jadi pakar tulang... Lepas 3 hari tangan kena simen (sepatutnya Dr suruh datang buka simen after 3 weeks), mak senyap-senyap buka sendiri simen bapak, OMG!!!!.. Terus la lepas tu dia dapat panggilan pakar tulang... hurggghhhh
Bila berlaku musibah begini, opkos la saya
tak mengharapkan mak atau kakak untuk datang konvokesen saya.. Bapak apatah
lagi, nak bergerak pun perlu dibantu manakan nak datang pesta yang penuh muda
mudi sebegitu… Ahhhh… Rawan juga hati memikirkan… Tapi, dalam masa yang sama,
saya rasa ok saja kalau tiada sesiapa datang. Apalah sangat majlis graduasi
untuk sarjana, sudahlah sesi petang, singkat dan meletihkan kepada yang datang
dari kejauhan…
Tapi, itulah emak.. Itulah keluarga..
Sanggup juga datang.. Oh, bapak semestinya ditinggalkan bersama orang
kesayangan beliau dirumah, eh, bukan mak baru la…
Terima kasih kepada semua yang datang..
Keluarga, sahabat dan… erkkk, jambangan hadiah yang tak cukup nak dicekup…
Terima kasih atas jambangan bunga, coklat, bears dan ciuman tahniah!!! Hihihi..
Terharu sungguh hati apabila zuhana sanggup ambil cuti semata-mata nak datang
konvokesyen..
Terimakasih daun keladi, didoakan nanana
konvo sekali lagi…. (macam sesuatu sangat)
Thanks si cantik berdua sanggup datang.. Syazana ada kelas di USM pagi tu.. Zuhana pulak driver saya ke USM.. Thanks siapkan saya.. I means pakaikan jubah and mortar |
Hari yang ditunggu-tunggu... Masa ni family pergi solat zuhur sebab kejap lagi mak and kakak nak masuk dewan.. |
Thanks again cantik-cantik sekelian |
Thanks for bunga Sanjana and mak mertuaku (cilah)... |
Eh, mak, kakak and kakak pun bagi bunga... |
Thanks for coming.. huhuhu... Walaupun tak sangka begini, ikutkan semua satu famili nak datang macam konvo degree dulu.. Takpa la, next pulak yer |
My pillar of strength.. Sebab kekadang memahami walaupun banyaknya berbalah selalu.. kahkah |
Sakinah yang gemok tetapi pojaan hati Adam!!! wek |
Thanks again lovelies |
Eju and KakTitik joined later.. Terima kasih ya untuk bunga dan perfume.. Lawak aja Eju.. Nak bagi perfume pun tanya dulu... |
Tengah pikir next nak sambung phd atau cari kerja lain???? |
Bagi can la dekat sicantik manis kesayangan ni... hurmmmmm |
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mengalami gangguan dan tekanan kerja
selama hampir 2 bulan..Tekanan yang dicipta sendiri sebab projek dah nak
tamat.. hahahahha.. Bodoh betol.. Risau sebab tak betul-betul dapat results
yang established dan takda scientific publication lagi..
Saya sangat jarang, jarang, dan amat jarang
sakit… Tapi saya tahu saya stress sebab saya alami batuk berpanjangan selama
hampir 2 bulan. Sampaikan staf kontrak saya suruh saya pergi buat details
checkup.. Oh, saya tak pergi pun..
Dalam masa sebulan berakhir hari ini, saya
dah selamat menulis dan submit 2 paper dimana satu paper akan disubmit untuk diindex, bayangkan semuanya dilakukan dalam satu bulan.. Memang hectic tapi still boleh berpoya-poya.. Hidayah memang lagutu.. Lepas
tu, last 2 weeks, Shan yang di Jepun tu mesej saya bagitahu mereka masukkan nama saya dalam paper mereka dan submitted to Royal Chemistry Society. I am
more than happy. And that 1 paper yang saya kata akan disubmit to index journal tu sedang menunggu kebenaran ministry untuk saya attend conference di
Korea Selatan (lokasi terpaksa dirahsiakan sehingga diberitahu kelak)… Another paper tu pulak, saya akan ke Langkawi
minggu terakhir bulan ni sebagai participant dan organizer. Yeay… Nanti Madoka,
Hanagata, Shan and 1 Taiwanese guy akan datang dari Jepun untuk attend.. tak
zabar nak jumpa depa semua..
And, another happy news adalah…. Next year
im getting new boss.. Yeay, please, feel happy for me.. hihihi.. Dengan masalah
ekonomi negara dan dunia yang sangat kritikal, ini antara hikmah yang saya
mulai rasai.. Opkos, sirim juga secara perlahan sedang melalui fasa yang sedang
dilalui oleg GLC lain, salah satu alternative yang diambil adalah penyesuaian
bidang kerja dengan bidang kritikal negara. Dan, melalui plan yang diambil,
saya seolah menerima semangat baru untuk tahun 2017. Ya Allah, Im more than
happy.
Bila direnung kembali, disaat saya menerima
projek ini dengan seribu satu perasaan gundah, menghadapi cabaran demi cabaran,
dikatakan menengking bos dan sebagainya, tapi Allah bagi pelangi tu dengan
indah..Sepanjang menyiapkan projek ini, saya dapat siap master, ada satu paper
publish dalam journal berimpak, dapat pergi jepun, ada paper collaboration with
Japan national institute after 3 months working with them, I.Allah kalau
ministry luluskan saya mungkin akan ke satu pulau terkenal di Korea Selatan
(hint!!!) dan saya berkerja dengan teamwork yang baik (dapat staff yang
dedicated) dan murah rezeki (jenjalan je aku ni)… Ya, nikmat mana lagi yang aku
nak tolak. Bila Allah uji, dalam masa yang sama Dia sedang sediakan kita… Untuk
sesuatu yang indah..
Apa lagi yaaaa,
Oh, tibi kat rumah Kulim rosak.. Biasa la,
mana ada dah orang pakai tibi kotak sekarang ni.. Maka, daku keluarkan wang
KWSp dan membeli tibi flatscreen. Tapi bukan untuk dipasang siaran, sob-sob,
siaran tak dapat detect, kena pakai astro atau njoy sahaja.. Penghujungnya,
daku kumpul mubie, masukkan dalam pendrive and cucuk kat tibi.. Bolehlah
labuuuuuuu
Apa lagi yaaaaaa… hurm… Nanti la pulak..
Tak ingat dah apa nak cite..
Biasa la, next year dah nak masuk 32… Oh
my, tua sudehhhhhhh
No comments:
Post a Comment