Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia semua.. Al-maklumlah, 16 September baru
berlalu.. Hari Malaysia menjadi Malaysia dalam erti kata sebenar.. Hari Merdeka
dan Hari Malaysia berbeza, tapi, arghhh kita bukan nak cakap pasai merdeka atau
1 Malaysia…
Saya cuti raya aidiladha seminggu.. Waktu balik ke kampong
Jumaat sebelum raya, once orang tanya cuti lama mana and saya jawab cuti
seminggu.. “wow, lamanya cuti”…….
Itu kisah seminggu yang lepas… di maklumkan
ahad saya kerja.. ahad seminggu setelah raya haji.. erkkk, ahad yang harapnya
tidak akan lemau dan homesick.. Bila seminggu kat rumah, dan kembali ke kulim,
dan keseorangan di rumah Kulim, bosannya. Sebab kat rumah pokok sena, budak-budak kecik tu
cuti sekolah seminggu so depa pun berkubang di rumah tok dan mendera saya
sampai saya takda suara nak jerit dekat depa. Nasib baik petang raya pertama
ada suara balik..
Seminggu yang indah di kampong, menternak lemak seperti
sudah tiada esok, menternak lemak seperti esok hanya tunggu masa untuk di tuai, masalah nak tuai apa?… dan
sekarang, menyesal kerana menternak sehingga terlupa bahawa sudah overdose..
Gilaaaaaa
Hidayah yang blur
Actually saya bukan lah seorang yang blur.. Nope.. Tak la
blur melampau.. Kalau blur pun sikit-sikit saja.. Tapi sebelum raya haritu,
saya macam di awing-awangan, macam orang tengah asyik bercinta, macam lalok sikit-sikit.. Bayangkan,
saya konpius sekarang bulan September atau Oktober.
Alkisahnya, saya mendapat
baucer tesco, dengan setiap pembeliam RM100, saya akan dapat diskaun RM12 dan
tarikh luput adalah 9 Oktober…
So, sabtu petang (10 September) saya ke tesco dengan anak
sedara untuk shoping barang kering nak memasak untuk raya. Waktu dalam kereta
saya dah belek-belek baucer tesco tu. Tapi selalunya saya jarang ke tesco kalau
bal;ik kampong, saya lebih suka ke Mydin. Tapi sebab teringin nak guna baucer,
saya ambik keputusan ke tesco.
Bila sampai Tesco, saya tetiba macam terpukau. Terus saya
teringat tarikh expired baucer adalah 9 Oktober, saya berdebar-debar. Saya
terus tanya anak sedara saya…
Saya: Aini, harini berapa haribulan?
Anak sedara : 10 haribulan…
Alamak, dah 10hb,dah tak boleh pakai baucer. Masa nak bayar
tu hampir-hampir nak keluarkan baucer dan nak tanya cashier tu boleh tak kalau
nak guna jugak baucer walaupun tarikh expired dia kelmarin. Tapi, malangnya
saya tak buat macam yang hati saya nak. Saya memendam kekecewaan sampai ke
rumah dan masuk tidur dengan perasaan sedikit sedih.. well, sedih sebab tak
dapat save RM12..
Tapi tengah nak lelap mata tu, tetiba saya teringat… “Dayah,
sekarang kan baru bulan September”… Amma Appa Ayoyoyo… Kenapa Dayah? Why? Esok
pagi terus saya cek baucer betol-betol dan, saya masih ada satu bulan nak guna
baucer tersebut..
Kenapa dayah? Sekarang masih September.. Oktober nanti akan
sangat hectic.. Jangan mulakan lagi Oktober hang!!!!!!
Mak yang lawak
Mak saya kekadang dia tak boleh bezakan cucu-cucu sedara dia
especially kalau size badan sama.. Jangan nanti dia tak boleh bezakan cucu dan cicit sudah la... ehem-ehem..
Masa hari raya pertama, sedara saya (sebaya dengan saya
budak tu dan bujang lagi, eh!!!!) datang ambik buah durian, eh apahal pulak durian, buah kelapa untuk
kenduri adiknya pada raya ke-3. Masa beliau sampai,
Mak: Eh, mai sorang saja. Mana orang rumah tak bawak sekali
ka?
Beliau: Ooohhh, dia balik rumah sana.. (budak ni memang suka kelolo)
Dan, mak masih belum sedar kesilapan dia sehinggalah kami ke
rumah kenduri tersebut malam sebelum kenduri. “Beliau” itu telah menceritakan
kat mak beliau apa yang terjadi.. Dan mak beliau telah menceritakan kepada
mak..
Mak: Dia pun tak habaq kata dia tak kawen lagi…
Ok mak, you will always win!!!!
Lepas tu mak saya rasa tercabar sebab saya dan anak-anak
sedara makan ramen pedas yang tengah viral tu. Dan mak telah menyahut cabaran
(taktau sapa yang cabaq dia).. Dia telah menyimpan sebungkus ramen pedas di
rumah dan saya tengah menunggu bila dia nak habaq yang dia dah makan ramen tu..
Ramen pedas???? Makan lontong dengan sambal bilis pun perut
dah tak tahan…. Hurmmmm.. takpa, kita tunggu tengok..
Ulang tahun kelahiran..
HIHiHi… malu lah… 15 September… Ya, tarikh ulang tahun
kelahiran saya… Yang ke berapa??? Baru 13 tahun.. Haritu saya ubah setting FB
dan berjaya menghidekan tarikh itu.. Maka, bermula tahun ini, hanya orang
terpaling dekat sahaja yang wish saya pada tarikh tersebut.. Ok, guna sebelah
tangan sahaja dah boleh bilang, hahahahahaha…
Thanks sahabat yang wish menjelang detik 12 tengahmalam…
Thanks mak Ecah… haha
Selalunya Yon pun akan termasuk dalam list wish menjelang
detik 12 tengahmalam, tapi memandangkan beliau masih dalam treatment sebab
eksiden motor dan patah 4 jari kaki, maka beliau hanya wish apabila beliau bangun
tidor pagi 15 hb.
Dan opkos Puan Jat yang baru 2 hari melahirkan baby girl..
she never missed my birthday..
Dan zack-u ika and ilah… thanks a lot.. eh, macamkan mereka
membaca ini…. And girls in opis group whatsapp…
And petang 15hb, saya ke rumah kakak dan di raikan bersama
sebiji kek.. Thanks semua ahli keluarga di atas ingatan dan doa yang
baik-baik.. Jarang sebenarnya meraikan ulang tahun kelahiran di rumah..
Biasanya tarikh itu adalah hari bekerja…
Last but not least, saya telah membake sebiji kek sebagai hadiah kepada diri sendiri.. Tq semua yang makan kek yang mabeles tu.. Saya tahu, abang ipar saya mesti puji kek tu sedap, beliau adalah manusia yang tak pandai kondem makanan menurut kakak saya.. Bravo abang zamri!!
Korban
Alhamdulillah, tahun ini satu
bahagian korban/RM600…. Mahal kan harga sekarang.. Dulu sewaktu pertama kali
saya ambik bahagian bayaran sebahagian hanya RM280… See, hanya dalam less than
8years, harga naik almost RM300.. Maka, saya dan kakak dah berbincang nak
ternak lembu sendiri belakang rumah mak… haha.. angan-angan biar bombastic
katanya.. Walaupun belum rancang lagi sapa nak bela lembu tu nanti, tapi dah
ada rancangan nak bagi lembu makan apa semua.. Memang berangan percuma sungguh
kami ni!!!
Kahwin
Dah lama tak dapat soalan pasal
kahwin… Raya kali ni, ada la pulak ang sibuk bertanya tarikh kahwin. Payah kan
jadi tumpuan ramai ni.. Kang bagitahu tarikh, depa datang tapi takda majlis,
depa mengamuk pulak..
Bila senyum tak cakap apa, kita
pulak kena marah sebab tak serius katanya.. Eh, makcik ni.. Nasib baik lemang
banyak, bagi dia makan lemang.. kalau tak disebabkan lemang, memang makcik tu
balik sebab kena jamu selipar… Hahaha
Tarikh konvo
USM dah keluarkan tarikh konvo
dan saya akan berkonvo pada 24/10/2016 (ISNIN) jam 3Petang… Sesi kedua pada
hari pertama..
Memandangkan kami sekeluarga
sedang berdebar menguruskan majlis kenduri anak sedara saya, Azwa pada 1/10 ni,
maka perancangan untuk majlis konvo belum bermula…
Semua ahli keluarga tengah susah
hati nak sponsor apa untuk majlis azwa. Nasib baik kakak saya bagi task mudah
kat saya, just sediakan goodies untuk majlis tahlil.. Wiken ni saya kena ke
sana untuk diskas homestay yang family saya akan duduk sewaktu kenduri nanti..
Nak kena booking homestay yang terpaling selesa.. Ehem, kat rumah dia ada
homestay yang sediakan pool, menarik kan???
Lepas je kenduri Azwa, saya kena
design baju konvo walaupun takdan nak kurus.. haha.. Lantok la di situ isu
kurus itu.. Malas nak layan.. kahkah
Pemergian TGHD
Berita pemergian Tuan Guru Dato
Dr. haron Din pada pagi jumaat 16 september terasa menyentak sanubari..
Teringat saya saat membaca berita pemergian TGNA tahun lalu, berkaca-kaca mata
membaca newsfeed..
Berita pemergian TGHD lain pula
diskusi nya.. Pemergian beliau bukan setakat pada penghulu segala hari, malah
tempatnya jauh dari tanah air, di negara mat saleh dan banyak sekali hikmah di
sebalik semuanya.. Orang yang baik, akan meninggalkan pengajaran dan pelajaran
yang baik walaupun sesudah meninggal..
Banyak sekali kan update seminggu
ini.. Ada lagi sedikit, tapi, malas pulak nak typing… Nanti lah yaaaa
Daaaaaaaaaaaa
“Happy birthday to you, Happy
birthday to Hidayah, Happy birthday to you”
“Selamat hari lahir, Selamat
panjang umur murah rezki, selamat hari lahir…. Hidayah”
No comments:
Post a Comment